Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Mini Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia anjuran FELCRA Berhad
Diterbitkan:  Oct 6, 2022 12:05 PM
Dikemaskini: 4:05 AM

Mini Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia FELCRA Berhad akan diadakan bermula dari 9 sehingga 10 Oktober 2022 bertempat di Kolej MARA Banting, Selangor.

Perasmian Mini Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia Felcra Berhad ini akan disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar di Kolej Mara Banting.

Sebanyak 40 agensi kerajaan dan usahawan tempatan dijemput sebagai peniaga dan pempamer pada program yang akan dilangsungkan selama 2 hari tersebut.

Turut diadakan ialah pelbagai aturcara istimewa untuk pengunjung seperti sukaneka rakyat, cabutan bertuah dengan hadiah lumayan berupa kereta Perodua Axia, 3 buah motosikal dan pelbagai hadiah yang lain, jualan murah, dan pertandingan memasak nasi ambeng.

Pengisian lain bersempena Mini Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia adalah Ceramah Perdana oleh pendakwah terkenal Ustazah Dato' Siti Nurbahyah dan Ustaz Wan Akasyah serta alunan selawat dan persembahan nasyid oleh Kumpulan Hijjaz.

Program ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia. Jom beramai-ramai ke Mini Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia di Kolej MARA Banting, Selangor.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS