"Apakah keistimewaan sistem kediaman pintar atau pejabat pintar TimeTec berbanding yang lain? Ini adalah soalan yang sering diaju oleh pelanggan kami. Saya gemar memberi contoh ini, biasanya untuk sistem kediaman pintar, apabila terdapat kejadian pecah rumah, ia akan mencetuskan penggera dan memberi amaran kepada anda, keluarga dan beberapa kenalan rapat di telefon pintar anda. Selain itu, anda dan mereka yang berada di dalam rumah juga boleh mendengar siren yang dipasang di rumah itu. Tetapi, jika tiada siren yang dipasang di luar rumah, dan biasanya ini terjadi dengan sistem kediaman pintar, bukan sahaja jiran anda tidak dapat mendengarnya, apatah lagi rumah pengawal yang terletak agak jauh." Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec, memperkenalkan produk Kediaman/Pejabat Pintar i-TimeTec dalam siri pengumuman Bangunan Digital ini.
"Dari mana akan datangnya bantuan? Ia seharusnya datang dari pengawal yang dibayar oleh JMB (Badan Pengurusan Bersama) setiap bulan untuk mengurus masalah keselamatan komuniti berpagar ini. Tetapi biasanya ini tidak akan berlaku kerana kurangnya hubungan antara sistem. Ini bermaksud bahawa sistem kediaman pintar anda tidak berkomunikasi dengan sistem komuniti anda. Dan kesannya, keselamatan tertunda umpama tiada keselamatan," tambah Teh Hon Seng.
"Sistem kediaman/pejabat pintar TimeTec dapat berhubung ke panel i-Vizit di pondok pengawal sebagai sebahagian daripada sistem komuniti untuk bangunan kediaman (iNeighbour) dan komersial (TimeTec Building). Ia juga menghubungkan ke sistem TimeTec Patrol kami. Apabila penggera di mana-mana unit berbunyi, ia akan memberi amaran kepada pondok keselamatan serta pengawal keselamatan yang sedang bertugas. Pengawal keselamatan juga boleh menghubungi pemilik unit atau penyewa secara langsung untuk memeriksa dan memutuskan sama ada perlu untuk menghantar pengawal dengan segera atau tidak."
"Inilah kekuatan pengkomputeran teknologi cloud dan kekuatan penyambungan dalam ekosistem."
"Produk Kediaman Pintar/Pejabat Pintar TimeTec diperakui oleh SIRIM dan MCMC. Ini merupakan kelebihan bagi projek perumahan yang memerlukan peranti rumah pintar untuk dipakejkan kepada pembeli. Di Malaysia, adalah menjadi kesalahan jika seseorang menggunakan peralatan komunikasi tidak diperakui, jika disabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit (RM100,000.00) atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya."
Kediaman/pejabat pintar boleh menampilkan sistem tanpa wayar atau berwayar atau kedua-duanya. Sistem tanpa wayar lebih mudah dipasang. Memasang sistem automasi kediaman tanpa wayar dengan ciri-ciri seperti pencahayaan pintar, kawalan suhu, dan keselamatan, hanya berharga beberapa ribu dolar, menjadikannya penyelesaian yang sangat menjimatkan. Sebaliknya, sistem berwayar lebih dipercayai, tetapi ianya jauh lebih mahal berbanding sistem tanpa wayar.
"Tren sekarang telah beralih ke sistem kediaman/pejabat pintar tanpa wayar. Lebih mudah dipasang, dan harganya lebih rendah, lebih sesuai terutamanya untuk projek kediaman/pejabat pintar yang baharu di Malaysia, kerana kebanyakan pemilik rumah baharu akan mengubah suai rumah sebelum berpindah masuk. Pendawaian seluruh rumah akan menambah kos tambahan yang tidak dialu-alukan ramai pemilik. Saya sendiri mempunyai pengalaman terpaksa menambah ribuan ringgit untuk menyambung semula sistem penggera kediaman pintar kami yang telah dipasang siap dan diberi "percuma" oleh pihak pemaju. Ketika membuat pengubahsuaian rumah, kami telah memindahkan panel sistem tersebut dan ini telah melupuskan jaminan waranti keseluruhan sistem, " jelas Teh.
"Jika pemaju menggunakan sistem tanpa wayar, mereka hanya perlu menyerahkan perkakasan 'percuma' tersebut kepada saya ketika proses Serahan Milikan Kosong. Saya akan menguruskan selebihnya sendiri atau dibimbing pemaju selepas pengubahsuaian."
"Tentang automasi, penyambungan peranti pejabat pintar TimeTec ke Sistem Bangunan Pintar dan Komuniti Pintar TimeTec memberi kelebihan tambahan. Contohnya, tempahan fasiliti berhubung ke sistem kunci pintar atau peranti kawalan akses kami, yang membolehkan hak akses sementara kepada pengguna diberikan untuk membuka fasiliti melalui telefon pintarnya di dalam tempoh tempahan dan secara automatik menghidupkan dan mematikan pencahayaan dan penghawa dingin untuk menjimatkan tenaga, dll. "
Untuk maklumat lanjut mengenai peranti IoT Kediaman/Pejabat Pintar TimeTec, rujuk https://www.timeteccloud.com/iot/ dan hubungi Encik Mo Shuan Jin, Pengurus Jualan di [email protected] (017-3668891) atau Talian am dan e-mel: 03- 80709933 dan [email protected].
Nantikan artikel Ekosistem Bangunan Komersial Pintar TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel kelapan siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/631597
Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/631596
Mengenai Kumpulan TimeTec
Kumpulan TimeTec telah ditubuhkan pada tahun 2000. Dengan R&D in-house yang kuat dalam pembangunan perisian dan perkakasan, TimeTec telah memfailkan lebih daripada 20 paten di AS dan Malaysia; dan membangunkan penyelesaian HRTech terkini untuk pengurusan tenaga kerja dan penyelesaian PropTech untuk kediaman pintar, bangunan digital, rumah/pejabat pintar, tempat letak kereta pintar dan perbandaran pintar, melancarkan kuasa biometrik, pengkomputeran awan & edge, IoT dan Teknologi AI untuk membina ekosistem awan yang unik. Semua penyelesaian ini menghubungkan dan mengubah landskap kehidupan kerja dan kehidupan rumah dalam perspektif digital yang lebih besar melalui aplikasi super yang disatukan.
Usaha pemasaran Kumpulan TimeTec telah berjaya menghasilkan tiga jenama IT tempatan yang diiktiraf di peringkat global, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 18 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com.
Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, Kossan, Zalora, Focus Point, Yee Lee Group, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, AS, UK, Arab Saudi, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain.
Kandungan ini disediakan oleh TimeTec.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.