Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Tunaikan umrah anda dengan penuh memori bersama KOPETRO Travel
Diterbitkan:  Aug 16, 2022 7:39 PM
Dikemaskini: 11:39 AM

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri pelancongan dalam dan luar negara, KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menawarkan pelbagai pakej bagi memenuhi permintaan terhadap pakej Umrah yang semakin melonjak sejak negara Arab Saudi mula memberikan kebenaran kepada rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah Umrah. Setelah hampir dua tahun masyarakat beragama Islam tidak dapat menunaikan Umrah akibat penularan pandemik Covid-19, umat Islam kini mula membanjiri Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk beribadah. 

KOPETRO Travel menawarkan dua jenis pakej Umrah yang bermula dengan harga serendah RM7,799 seorang. Dengan pakej Ekonomi, jemaah akan pergi menunaikan Umrah dengan menggunakan visa pelancong. Jemaah bakal diterbangkan ke Madinah dengan menaiki pesawat Saudi Airlines dan akan berada selama empat malam di sana sebelum berangkat ke Mekah. Di Madinah, jemaah akan menginap di Hotel Dar Al Naeem, yang kedudukannya agak dekat dengan Masjid Nabawi, manakala di Mekah pula, jemaah akan menginap selama enam malam di Hotel Mira Ajyad, lebih kurang 250 meter daripada Masjidil Haram. Biarpun pakej yang ditawarkan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang melibatkan syarikat penerbangan dan ketersediaannya hotel, KOPETRO Travel menjanjikan mereka akan memberikan hotel yang setaraf dengan hotel yang ditawarkan dalam iklan pada asalnya. 

Bagi Pakej Platinum pula, jemaah akan menunaikan Umrah dengan menggunakan visa Umrah yang mana mereka bakal menghabiskan masa selama lima malam di Madinah dan lima malam di Mekah. Pakej penuh ini menawarkan kedudukan hotel yang lebih dekat dengan masjid di kedua-dua tempat; Hotel Swiss Al Maqam di Mekah, lebih kurang 150 meter dari Masjidil Haram dan Hotel Rove di Madinah, yang jaraknya hanya 50 meter dari Masjid Nabawi. Kedua-dua pakej yang ditawarkan sudah termasuk caj bagi Kursus Umrah, insurans perjalanan, pengangkutan bas beserta Mutawwif yang berpengalaman. Selain itu jemaah juga akan mendapat set bagasi, ihram dan telekung secara percuma. 

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah menzahirkan rasa syukurnya atas pencapaian KOPETRO Travel yang mampu berdiri teguh meskipun banyak syarikat-syarikat pelancongan yang gulung tikar akibat tidak mampu beroperasi sewaktu pandemik Covid-19 mula melanda dunia. 

“Kepercayaan dan sokongan pelanggan-pelanggan selama lebih 30 tahun ini menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus meningkatkan mutu prestasi perkhidmatan kami,” kata Ahmad Shakir. 

“Sebagai salah sebuah agensi pelancongan di bawah rangkaian antarabangsa TheAdvantage Global Network, KOPETRO Travel mempunyai kelebihan untuk menawarkan pakej-pakej pelancongan yang boleh disesuaikan mengikut kehendak dan kemampuan setiap pelanggan kami. Hubungan rakan niaga di seluruh dunia ini menjadikan KOPETRO Travel sebuah syarikat yang berpengaruh dan dipercayai,” ujar Ahmad Shakir.

Selain daripada pakej Umrah, KOPETRO Travel turut menawarkan pakej Badal Umrah yang bermula RM450 seorang. Badal Umrah adalah sebuah ibadah yang bertujuan untuk menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadah Umrah tetapi uzur dan sakit parah sehingga tidak mampu menjalankan ibadah itu sendiri. Badal Umrah ini dijalankan dengan melantik seorang yang berpengalaman dalam mengerjakan Umrah untuk mewakilkan pelanggan yang tidak berkeupayaan. Istimewanya tentang badal Umrah ini pelanggan akan mendapat cenderahati yang berbentuk sijil penyertaan dan sejadah serta tidak perlu risau kerana rakaman video Badal Umrah akan diberikan sebagai bukti perkhidmatan mereka dijalankan dengan betul dan jujur. 

Pelanggan-pelanggan yang berminat untuk mendapatkan pakej Umrah, Badal Umrah mahupun pakej-pekej pelancongan lain yang ditawarkan KOPETRO Travel bolehlah melawat booth mereka di MATTA Fair Penang pada 20 dan 21 Ogos 2022 ini. Sebelum ini, KOPETRO Travel sering terlibat dalam pameran Matta Fair termasuklah yang terkini di Austin Convention Centre, Johor Bahru yang mendapat sokongan yang hebat dari para pengunjung. 

KOPETRO Travel sedang rancak mengadakan kempen ‘Cuti Sakan bersama KOPETROTravel’ yang menawarkan hadiah berupa pakej pelancongan bernilai lebih RM15,000.Pelanggan hanya perlu berbelanja serendah RM200 dengan membeli mana-mana pakejpelancongan daripada KOPETRO Travel untuk melayakkan diri memenangi hadiah yangditawarkan. Berlangsung sejak 15 Julai 2022 yang lalu, kempen ini akan berjalan sehingga30 September 2022 nanti.

Untuk informasi lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan KOPETRO Travel, layari laman sesawang www.kopetrotravel.com.my atau ikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook dan Instagram.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS