Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Selangor memulakan Program Inisiatif Hijau yang diperkenalkan oleh LPHS bersama Synergy Group
Diterbitkan:  Aug 8, 2022 1:01 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Synergy Group memulakan program Sumber Cahaya dalam Kegelapan (Light Source in Darkness) secara rasminya, yang berikrar untuk membantu pengurusan  bangunan kediaman di Selangor menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 80% dengan kos pendahuluan sifar. 

Program berkenaan mensasarkan 12 majlis perbandaran di Selangor dan menjangkakan pemasangan lampu LED membabitkan lebih daripada 8,000 bangunan berstrata. Sejajar dengan inisiatif Smart Selangor, program oleh Synergy Group & ODESI ini bermatlamat untuk memudahkan visi kerajaan negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar dan Hijau yang lebih sesuai untuk didiami menjelang 2025.

Sumber Cahaya dalam Kegelapan berada di bawah Program Inisiatif Hijau LPHS yang meluas, disokong oleh Rodziah binti Ismail, Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, yang menghadiri majlis bersalaman pada Ahad lalu di Pangsapuri Salvia di Kota Damansara, kondominium pertama yang menerima pemasangan projek ini di Petaling Jaya. Majlis bersalaman berkenaan turut dihadiri oleh wakil LHPS, Nor Hanizan Bin Sahib, Jayanthi Kuppusamy daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahmad Faizan Bin Noordin daripada Perbadanan Pengurusan Pangsapuri, Pangsapuri Salvia , serta wakil daripada Synergy Group dan Odesi.

“Selangor berbangga menjadi salah sebuah negeri pertama yang memacu inisiatif untuk menyaksikan masa hadapan yang lebih hijau dan lebih baik serta menjana penjimatan untuk penduduknya dan pengurusan bangunan berstrata. Rodziah menggesa semua Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan untuk menyertai program ini memandangkan mereka boleh menikmati penjimatan dengan kos pendahuluan sifar. Kami benar-benar berharap dapat dilihat sebagai negeri contoh atas usaha kami dan berharap untuk memperoleh manfaatnya,” kata Rodziah.

“Selain daripada penjimatan yang sudah pun dinikmati daripada program ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerima pakai Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon, yang menawarkan rebat cukai kepada pemilik rumah yang telah melaksanakan inisiatif untuk menjadikan kediaman mereka lebih hijau dan mesra alam sekitar. Skim ini berkongsi matlamat yang sama untuk memastikan Selangor bergelar Smart City yang memiliki emisi rendah karbon menjelang 2025,” tambah Jayanthi daripada MBPJ.

Majlis bersalaman berkenaan dimulakan dengan ucapan oleh Jayanthi Kuppusamy daripada MBPJ, diikuti oleh ucapan daripada Rodziah, sebelum diakhiri dengan acara penanaman pokok sebagai simbolik usaha menyelamatkan planet dan para hadirin menanam kapsul masa yang mengandungi hasrat daripada LPHS, MBPJ, Synergy dan ODESI untuk 10 tahun akan datang.

Synergy Group menawarkan lampu LED yang paling tahan lama dan berpaten dengan jangka hayat selama 10 tahun dan menjimatkan lebih banyak tenaga sehingga 80% berbanding lampu lain di pasaran. Ia menjanjikan prestasi yang mengurangkan kos penggantian produk dan memaksimumkan penjimatan. Menerusi tempoh yang dipersetujui, Synergy Group yang bermodalkan RM400 juta melaksanakan program berkenaan dan penjimatan tenaga adalah setara dengan lebih daripada 3,700,000 tan pengurangan emisi CO2 dan mewakili penanaman lebih daripada 100,000,000 pokok bagi tempoh 10 tahun.

“Pangsapuri Salvia merupakan kondominium pertama kami di Petaling Jaya yang memperoleh manfaat daripada program ini. Ia bukan hanya membantu pihak pengurusan bangunan dari segi pengurangan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi, malah memudahkan lagi kerajaan negeri Selangor dalam usaha mencapai tahap bandar yang mampan dan lebih hijau,” kata Aaron Wong daripada Synergy Group.


Kandungan ini disediakan oleh Publict.io.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS