Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Protein Penting Menyokong Sistem Pertahanan Badan
Diterbitkan:  Aug 1, 2022 9:56 AM
Dikemaskini: 1:56 AM

Biasanya, apabila ditanya mengenai Protein, kebanyakan akan teringat otot, gym, bodybuilding (bina badan), bersenam dan apa sahaja mengenai fitness atau aktiviti fizikal dahulu. Ini kerana protein sering dikaitkan mengenai manfaatnya terhadap otot badan dan kekuatan fizikal oleh ramai jenama suplemen dan makanan tambahan fitness. 

Ini bukan salah, namun protein bukan sekadar baik untuk membina otot. Malah ianya amat diperlukan oleh pelbagai fungsi utama badan, dan salah satunya adalah membina dan menyokong sistem pertahanan badan kita. 

Protein dan sistem imun 

Tahukah anda? Protein merupakan makronutrien sangat penting kerana ia merupakan nutrien utama yang diperlukan tubuh badan manusia dalam kuantiti yang banyak setiap hari (oleh itu ianya dikenali makro-nutrien).

Di kalangan pakar dietetik dan sains pemakanan, protein dikenali sebagai “Blok Binaan Asas” untuk penyembuhan dan pemulihan. Protein bukan sahaja penting untuk otot, malah asid amino protein juga diperlukan untuk memperbaharui dan memperbaiki sel dan tisu badan, mengawal pelbagai fungsi metabolik, dan menghasilkan sel darah putih, antibodi dan antioksidan untuk menyokong sistem imun kita. 

Di samping itu, tahukah anda badan kita sebenarnya tidak menyimpan protein untuk jangka masa yang panjang jika berbanding dengan karbohidrat atau lemak? Disebabkan ini, pengambilan makanan karbohidrat atau lemak yang banyak mudah menyebabkan kegemukan kerana lebihan  karbohidrat dan lemak dalam badan akan bertukar menjadi gula jika tidak digunakan secukupnya oleh aktiviti seharian. Manakala protein digunakan secara berterusan oleh sel-sel, tisu-tisu dan pelbagai fungsi badan sepanjang hari. Jadi, kita perlu mengambil protein secukupnya setiap hari untuk menyokong kesihatan badan kita. 

Jadi, berapa banyak protein kita perlukan?

Jumlah pengambilan protein untuk setiap individu berbeza mengikut umur, berat badan, jantina, status kesihatan dan tahap aktiviti fizikal seseorang. 

Namun, sebagai panduan umum, menurut Recommended Nutrient Intake of Malaysia (MRNI), seorang dewasa yang sihat (tanpa penyakit kronik atau kritikal) seharusnya mengambil protein sebanyak 1g bagi setiap kg jumlah berat badan setiap hari. 

Ini bermakna, jika berat badan seseorang individu 55kg, maka dia dicadangkan mengambil 55g protein setiap hari. Malahan, sekiranya rutin harian anda melibatkan banyak aktiviti fizikal, maka anda mungkin memerlukan lebih banyak protein. 

Adakah anda makan protein mencukupi setiap hari? 

Warga emas, wanita mengandung dan ibu-ibu yang menyusu badan, pesakit tertentu dan sesiapa yang berada dalam proses pemulihan juga memerlukan pengambilan protein yang lebih tinggi setiap hari untuk menyokong badan. 

Namun, ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak sedar bahawa mereka sering tidak makan protein mencukupi tetapi mengambil karbohidrat secara berlebihan. Ini perkara biasa di kalangan masyarakat orang Asia, disebabkan makanan utama kita adalah nasi dan mee. 

Sumber Makanan Protein

Protein boleh didapati dalam pelbagai sumber makanan haiwan seperti telur, tenusu, ayam, ikan, makanan laut, daging lembu, dan pelbagai jenis daging lain. Untuk diet vegetarian, sumber protein berasakan tumbuhan ada seperti tauhu, tempe, cendawan, kacang kuda, kacang edamame, lentil dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenis sumber makanan protein.

Namun, terdapat dua jenis sumber protein iaitu: protein lengkap dan protein tidak lengkap. Protein lengkap adalah sumber protein yang mengandungi kesemua asid amino utama yang diperlukan oleh tubuh badan, manakala protein tidak lengkap tidak mengandungi kesemua asid amino. 

Protein lengkap terdiri daripada kesemua sumber protein haiwan seperti makanan tenusu, telur, ayam, daging dan sesetengah protein tumbuhan seperti kacang soya, bijian quinoa. Manakala protein tidak lengkap ialah sumber protein berasaskan tumbuhan seperti sayur-sayuran, lentil, kekacang dan bijirin, di mana pemakan perlu mengambil beberapa jenis sumber protein tumbuhan untuk memperolehi kesemua asid amino mencukupi. 

Protein whey bioaktif sebagai suplemen

Untuk memenuhi keperluan protein seharian secara senang dan sihat, seperti cara kita makan vitamin atau suplemen untuk dapatkan khasiat tertentu, kita juga boleh mengguna suplemen protein berkualiti tinggi seperti Myotein High Whey Protein

Berasal dari jenama nutrisi klinikal Valens Nutrition, Myotein merupakan satu produk nutrisi protein yang kerap digunakan secara meluas oleh para ahli professional kesihatan dan institusi-institusi kesihatan di serantau Asia selama lebih 15 tahun.

Myotein kerap digunakan oleh pelbagai ahli profesional kesihatan dan hospital serantau Asia lebih daripada 15 tahun. 

Diimport dari New Zealand, Myotein High Whey Protein adalah protein whey bioaktif (bioactive whey protein) diperolehi daripada susu lembu segar. Ianya 100% whey bioaktif segar, bebas daripada perisa, bahan pegawet, dan gula tambahan. Protein whey juga adalah sumber protein lengkap yang baik dan sesuai untuk diet vegetarian (kecuali vegan). 

Bioactive Whey Protein kaya dengan bahan bioaktif semulajadi1 seperti immunoglobulin dan laktoferin yang membina dan menyokong sistem imun. Berikut adalah senarai penjana sistem imun yang terdapat di dalam Bioactive Whey Protein:

  • Immunoglobulin: menyokong sistem imun

  • Laktoferin: antiviral, antibakteria, antioksidan, antikulat

  • Laktoperoksida: menyekat perkembangan bakteria

  • Proteose peptone: mempertingkatkan penghasilan antibody

  • Beta-laktoglobulin: mengawal tindak balas limfa

  • Alfa-laktalbumin: mempertingkatkan tindak balas antibody

Dicipta khas untuk melengkapi diet dan bukannya menggantikan tabiat pemakanan sedia ada, Myotein juga bebas daripada bahan perisa. Ini bermakna ia boleh ditambah ke dalam apa-apa minuman pilihan anda seperti kopi, teh, koko, susu, smoothie, oat, bijirin dan sebagainya, tanpa mengubah rasa sebenar minuman. 

Artikel ini ditulis oleh Cik Siti Faihah Shamshul, pakar dietetik Persatuan Dietitian Malaysia (MDA). 

Myotein kini boleh didapati di farmasi-farmasi di seluruh Malaysia seperti Caring, Alpro, Big, AA, Sunway Multicare dan sebagainya. Adanya pakej 300g tin dan juga kotak mini starter pack (14 sachets) yang baru dilancarkan kebelakangan ini. 

Promosi online MYOTEIN juga sedang dijalankan di SHOPEE (sehingga 30 Sep 2022), tekan SINI untuk kupon jika anda membeli Myotein sekarang! 

Sebarang maklumat lanjut mengenai Myotein High Whey Protein, layari  https://myotein.valensnutrition.com/bm 

Rujukan:

1. Geoffrey al. JACN 2007 Vol 26, No.6. Emerging Health Properties of Whey Protein and their Clinical Implications. 


Kandungan ini disediakan oleh Pharm-D Sdn Bhd

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS