Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
KOPETRO rangkul anugerah Koperasi terbaik sektor pelancongan peringkat Wilayah Persekutuan dan kebangsaan
Diterbitkan:  Jul 19, 2022 9:06 AM
Dikemaskini: 1:06 AM

Koperasi Kakitangan PETRONAS (KOPETRO) Berhad telah berjaya merangkul anugerah bersempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2022 di bawah sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. Anugerah ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Malaysia Tourism Centre (MATIC), Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata anugerah yang berjaya dimenangi ini merupakan satu titik permulaan kerjasama dengan Federasi Pelancongan yang banyak memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung. Pengiktirafan ini adalah tanda penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepada KOPETRO yang selama ini telah membanting tulang memberikan perkhidmatan yang terbaik buat semua pelanggan.

“Anugerah ini merupakan pemangkin semangat kami untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik pada masa akan datang terutamanya dalam sektor pelancongan. Kami akan sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan dan menjaga kualiti di tahap yang lebih baik dari semasa ke semasa”.

“Sehubungan dengan itu, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Federasi Koperasi Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Malaysia Berhad, Anggota Lembaga Koperasi dan semua anggota KOPETRO yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi sebagai salah satu Koperasi yang terbaik di Malaysia. Dan tidak lupa juga kepada pelanggan kami yang sentiasa memberi sokongan kepada perkhidmatan yang kami sediakan” ujar Encik Ahmad Shakir.

Anugerah yang sama turut disampaikan pada majlis yang berlainan bagi peringkat Nasional iaitu di Majlis Hari Koperasi Negara yang bertempat di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur. Bagi setiap anugerah yang diterima, KOPETRO berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai yang berjumlah RM10,000 bagi peringkat Nasional dan RM2,000 bagi peringkat Wilayah Persekutuan. 

Pengiktirafan ini sekaligus menjadikan KOPETRO sebagai salah sebuah agensi pelancongan yang kompeten dalam menguruskan hal-hal berkaitan pelancongan di dalam mahupun luar negara. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan sejak penubuhannya 40 tahun yang lalu dan setiap pengiktirafan ini memberikan semangat bagi KOPETRO untuk melangkah ke hadapan mendepani cabaran semasa dan akan datang.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. Selain Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman juga Perdagangan dan Peruncitan.

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)  boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di www.kopetro.com.my atau di akaun  media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS