Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Jom Cuti Sakan! Rancang percutian anda dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai RM15,000 bersama Kopetro Travel
Diterbitkan:  Jul 18, 2022 11:02 AM
Dikemaskini: 3:02 AM

Industri pelancongan kini rancak dengan kehadiran pelancong dalam dan luar negara yang membanjiri lokasi pelancongan seluruh negara. Menyedari keadaan ini, anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS (KOPETRO) Berhad, KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. telah melancarkan kempen “Cuti Sakan” yang menawarkan pelbagai pakej percutian bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di dalam dan luar negara seterusnya menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi menerusi industri pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah berkata peralihan ke fasa endemik seakan memberikan harapan baharu terhadap sektor perniagaan lebih-lebih lagi industri pelancongan yang teruk terkesan sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia.

“Sememangnya kita sudah menjangkakan apabila keadaan kembali seperti sedia kala, industri pelancongan akan menjadi antara industri yang akan dapat menjana pendapatan dengan pantas. Justeru, pelancaran kempen “Cuti Sakan” yang telah dirancang  rapi ini diharap dapat melipat-gandakan pendapatan syarikat seterusnya menyumbangkan kepada ekonomi negara,” kata Ahmad Shakir.

Dilancarkan pada 1 Julai 2022 yang lalu, kempen “Cuti Sakan” akan berlangsung sehingga 30 September 2022 dengan mensasarkan ibubapa, pasangan dan juga pelancong berkumpulan sebagai kumpulan sasaran utama. “Cuti Sakan” menawarkan lebih 100 pakej yang terdiri daripada pakej lawatan dan percutian dalam negara serta pakej pelancongan antarabangsa. Antara pakej yang dijangkakan akan mendapat sambutan adalah pas taman tema seperti Sunway Lagoon, Genting Skyworld, Lost World of Tambun, Bangi Wonderland dan Legoland Malaysia yang ditawarkan serendah RM38.

Bagi ibubapa yang merancang untuk membawa anak-anak bercuti pada hujung tahun nanti, percutian dalam negara seperti ke Langkawi dan Kota Kinabalu pastinya menjanjikan sebuah pengalaman yang indah buat keluarga. Pakej pelancongan ke London, Paris dan Korea turut ditawarkan dengan harga berpatutan. Selain itu, pakej lawatan ke Cameron Highlands dan percutian pulau seperti ke Pulau Sipadan dan Bali turut ditawarkan buat pasangan yang merancang untuk berbulan madu. 

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri pelancongan, KOPETRO Travel mempunyai rakan niaga di serata dunia menjadikannya sebuah agensi pelancongan yang mampu menawarkan pelbagai servis pelancongan buat pelanggan yang memilih untuk mendapatkan khidmat agensi pelancongan demi menjadikan segala perancangan untuk percutian menjadi lebih mudah dan jimat.

Menurut Ketua Pegawai Operasi KOPETRO Travel, Hasnoal Idris, kempen “Cuti Sakan” turut menawarkan peluang memenangi hadiah buat pelanggan-pelanggan yang bertuah.

“Ibarat durian runtuh, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati percutian yang diidamkan tetapi juga dapat menikmati hadiah cabutan bertuah yang kami disediakan,” kata Hasnoal. 

Dengan berbelanja serendah RM200 untuk mana-mana pakej yang ditawarkan melalui kempen “Cuti Sakan”, pelanggan akan melayakkan diri untuk mendapat cabutan bertuah bagi memenangi hadiah-hadiah berupa pakej percutian bernilai lebih RM15,000.

Tambah beliau lagi, untuk mendapatkan pakej yang ditawarkan, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian hotline KOPETRO Travel 03-21641577 atau melayari website KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my atau mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook dan Instagram. Selain itu, orang ramai juga boleh datang ke booth KOPETRO Travel di beberapa lokasi pameran Matta Fair, antaranya di Batu Pahat pada 23 dan 24 Julai 2022, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Ogos 2022, di Penang pada 20 dan 21 Ogos 2022 dan di Kuala Lumpur bermula 2 hingga 4 September 2022.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS