Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Dipercayai dan digunakan secara meluas oleh doktor dan ahli perubatan professional, jenama nutrisi klinikal ini ingin meningkatkan kualiti hidup melalui sains nutrisi
Diterbitkan:  Jul 15, 2022 2:32 PM
Dikemaskini: 6:44 AM

Kebelakangan ini, disebabkan penyakit kritikal dan kronik semakin meningkat, serta kemunculan penyakit-penyakit baru, kita mengalami banyak masalah kesihatan yang sering memerlukan diet terapeutik khusus untuk sokongan nutrisi. Misalnya, diet cecair bagi pemakanan melalui tiub, diet puri bagi pesakit disfagia, diet serat tinggi, diet protein tinggi, diet bagi pesakit ginjal dan sebagainya. 

Oleh itu, nutrisi klinikal lebih diperlukan berbanding dengan dahulu untuk memenuhi keperluan diet khas yang tidak dapat dicapai melalui diet pemakanan normal, demi membantu dan menyokong kesihatan dan kualiti kehidupan pesakit.

Produk Valens kerap digunakan di hospital dan klinik untuk menyokong pelbagai rawatan dan terapi.

Nutrisi klinikal yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup

Inilah apa yang dilaksanakan Valens Nutrition sejak ditubuhkan: meningkat dan menyokong kesihatan melalui nutrisi berasaskan sains. Lebih daripada 15 tahun, Valens telah digunakan secara meluas oleh golongan ahli perubatan professional seperti doktor, pakar diet, ahli farmasi, ahli terapi dan ramai lagi. Tanyalah mana-mana doktor atau dietitian, kebiasaannya mereka mengenali jenama Valens. 

Valens mempunyai kepakaran dalam pengeluaran produk nutrisi tambahan yang memenuhi keperluan diet khusus seperti pemakanan melalui tiub, diet berprotein tinggi, diet disfagia dan banyak lagi. Produk-produk Valens seperti Myotein, Thixer, Gucil dan lain-lain kebiasaannya digunakan di hospital dan pusat penjagaan jangka panjang seperti onkologi, pembedahan, penjagaan luka dan trauma, ICU, pediatrik, geriatrik, dialisis dan lain-lain. 

Memenuhi keperluan pengguna dahulu

Misi Valens adalah merapatan jurang kesihatan dan memenuhi keperluan-keperluan nutrisi sebanyak mungkin tanpa mengira betapa kecil atau khusus kumpulan pengguna tersebut. 

Menurut Cik Jennifer Wu, pakar diet dan pengurus produk Valens Nutrition, segala nutrisi atau makanan tambahan harus mengutamakan keperluan pesakit atau pengguna terlebih dahulu.

“Selalunya, ia bukan sekadar apa yang kami boleh buat atau mampu tawarkan, tetapi apa yang pesakit perlukan,” kata Cik Wu, pengurus produk Valens Nutrition. “Tidak dinafikan, terdapat banyak produk bernutrisi yang baik di pasaran. Tetapi kami perlu fikir terlebih dulu, adakah ini apa yang pesakit betul-betul perlukan?

Inilah apa yang membezakan Valens daripada jenama atau produk nutrisi lain. Kami tidak hanya menumpukan perhatian kepada saingan pasaran, atau kecanggihan sesuatu produk, tetapi kami mengutamakan keperluan pesakit dahulu.”

Bioactive whey protein Myotein kerap digunakan di hospital dan klinik untuk pelbagai rawatan nutrisi.

Contohnya, Valens terkenal di kalangan pakar perubatan dengan produk protein whey bioaktifnya – Myotein dan Myotein Plus, yang kerap digunakan di hospital dan klinik untuk pelbagai kegunaan seperti penjagaan kanser, penjagaan penuaan, penjagaan sebelum dan selepas pembedahan dan banyak lagi. Apa yang membezakan Myotein berbanding dengan produk protein lain adalah kawalan kualiti yang ketat. Oleh itu, Myotein bukan sahaja selamat dan sesuai diguna oleh kebanyakan individu sebagai makanan tambahan atau suplemen, tetapi juga sesuai untuk penjagaan kesihatan pesakit yang lebih rumit seperti pemakanan melalui tiub enteral, diet pesakit ginjal dan lain-lain.

Kebiasaannya, golongan berusia dan pesakit-pesakit neurologi seperti strok dan penyakit Alzheimer biasa mengalami masalah disfangia (kesukaran menelan cecair dan makanan tertentu) dan golongan pesakit ini sering memerlukan bahan pemekat makanan atau minuman untuk memekatkan cecair atau melembutkan makanan tertentu. Valens THIXER merupakan jenama bahan pemekat makanan dan minuman terkemuka di Malaysia dan Singapura, dan disahkan selamat secara klinikal. THIXER juga merupakan bahan tambahan makanan yang umumnya diakui selamat (GRAS) oleh United States Food and Drug Administration (FDA).

THIXER diakui selamat digunakan sebagai bahan makanan umum (GRAS) oleh United States Food and Drug Administration (FDA).

Di Malaysia, Valens Gucil PHGG (Gam Guar Terhidrolisis Separa) juga merupakan serat larut yang terbukti secara klinikal untuk kesihatan pencernaan, termasuk mengatasi cirit-birit. Melalui sebuah kajian saintifik (2021) kebelakangan ini,  penggunaan serat PHGG sebagai suplemen oleh pesakit yang menerima rawatan radioaktif untuk bahagian pelvis, dapat mengurangkan risiko cirit-birit selepas radioterapi. Ini bermaksud, serat PHGG mungkin memainkan peranan profilaksis mencegah kesan sampingan cirit-birit akibat radiasi, jika diberikan sebelum memulakan rawatan radioterapi1.

Kerjasama dengan pakar kesihatan bagi memenuhi keperluan

Demi menghasilkan produk tepat dan sesuai untuk memenuhi keperluan kesihatan, Valens turut berkerja rapat dengan pakar kesihatan seperti doktor, pakar diet, hospital, pengamal klinikal termasuk pihak berkuasa kesihatan. Oleh itu, kesemua produk Valens diformulasi melalui sistem kawalan kualiti yang ketat dan mematuhi piawaian perubatan farmaseutikal. Ini memastikan produk Valens selamat dan sesuai digunakan sebagai makanan tambahan atau suplemen kepada sesiapa yang memerlukan nutrisi tambahan.

Dengan arus pemodenan dan perubahan gaya hidup, nutrisi tambahan bukan lagi sesuatu pilihan tetapi tidak boleh diabaikan untuk menyokong kesihatan kita. Sama ada ia digunakan sebagai pencegahan atau rawatan, nutrisi klinikal kini sering diperlukan untuk memberi sokongan kesihatan yang baik, atau melengkapi program rawatan pesakit. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Valens Nutrition, sila layari website: https://valensnutrition.com/ 

Rujukan:

  1. Rosli, D., Shahar, S., Manaf, Z. A., Lau, H. J., Yusof, N., Haron, M. R., & Majid, H. A. (2021). Randomized Controlled Trial on the Effect of Partially Hydrolyzed Guar Gum Supplementation on Diarrhea Frequency and Gut Microbiome Count Among Pelvic Radiation Patients. JPEN. Journal of parenteral and enteral nutrition45(2), 277–286. https://doi.org/10.1002/jpen.1987


Kandungan ini disediakan oleh Pharm-D Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS