Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Boost mensubsidikan 50% untuk barangan runcit di pasaraya agar rakyat mampu membeli lebih banyak telur dan ayam
Diterbitkan:  Jul 15, 2022 10:02 AM
Dikemaskini: Jul 18, 2022 1:02 AM

Kuala Lumpur, 14 Julai 2022 – Bagi membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat, aplikasi gaya hidup dan perkhidmatan kewangan digital, Boost, terus mengukuhkan sokongannya kepada rakyat Malaysia dengan mensubsidikan 50% bagi pembelian barangan runcit, termasuk telur dan ayam, sepanjang bulan Julai* (https://myboost.app.link/AZpKDPYxurb). Subsidi ini adalah sebahagian daripada bantuan #BoostUntukRakyat yang bertujuan untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian masyarakat tempatan. Boost juga menggalakkan rakyat untuk mencadangkan sokongan yang diperlukan di media sosial rasmi Boost. 

Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Boost, berkata: “Sebagai syarikat teknologi kewangan tempatan, kami sedia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini. Bantuan #BoostUntukRakyat adalah inisiatif berterusan, dan kami ingin mendengar pandangan rakyat mengenai sokongan-sokongan lain dari Boost yang diperlukan bagi meringankan beban kewangan masyarakat. Kami menggalakkan rakyat untuk berkongsi cadangan dan kami akan berusaha untuk terus menambah baik sokongan kami.”

Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Ketua Pegawai Eksekutif, Boost Life, berkata: “Ramai rakyat Malaysia sedang menghadapi kesusahan menampung kos sara hidup dalam beberapa bulan kebelakangan ini, disebabkan oleh kenaikan harga barangan keperluan. Kami berharap subsidi 50% baharu kami untuk pembelian barangan runcit akan membolehkan rakyat untuk lebih berjimat apabila membeli telur, ayam, dan barangan keperluan di pasaraya rakan niaga kami di seluruh Malaysia, di Timur dan Barat.” 

Sepanjang Julai, rakyat Malaysia boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit #BoostUntukRakyat bagi pembelian barang runcit di dalam BoostUP Rewards Catalogue dengan menggunakan hanya 4,000 Boost Stars – diskaun 50%  daripada 8,000 Boost Stars asal*.  Sebagai alternatif, pengguna juga boleh menebus RM10 Partner Wallet kredit tersebut menggunakan kombinasi RM4.75 dan 200 Boost Star menerusi fungsi FlexiRedeem, untuk penjimatan RM5 atau diskaun 50%*. FlexiRedeem memberi pengguna Boost fleksibiliti unik untuk menebus ganjaran menggunakan Boost Star dan tunai. 

Untuk menebus RM10 Partner Wallet kredit, pengguna boleh mengunjungi bahagian FlexiRedeem di BoostUP Rewards Catalogue dalam aplikasi Boost. Selepas membuat pilihan, klik butang ‘Redeem Reward’ (Tebus Ganjaran) untuk menyesuaikan kombinasi pilihan antara tunai dan Boost Star yang diperlukan, kemudian klik ‘Redeem Now’ (Tebus Sekarang) di halaman ‘My Rewards’ (Ganjaran Saya) dan masukkan kod penebusan untuk menyempurnakan proses. 

Selepas penebusan disempurnakan, RM10 Partner Wallet kredit adalah sah selama 30 hari dan tiada perbelanjaan minimum diperlukan. Kredit yang ditebus boleh disemak di halaman ‘My Partner Wallets’ (Partner Wallet Saya). Partner Wallet kredit akan digunakan secara automatik apabila membeli telur, ayam, dan barangan keperluan harian daripada pasaraya rakan niaga, termasuk Lotus’s, Giant, Mydin, AEON BiG, Village Grocer, dan sebagainya di Semenanjung Malaysia, dan juga Bataras, Boulevard Sabah, Borneo Supermart, dan lain-lain di Malaysia Timur.

Tambahan lagi, menerusi Boost Missions, pengguna boleh mempercepatkan koleksi Boost Stars bagi menebus RM10 Partner Wallet kredit tersebut. Sepanjang bulan Julai, setiap pengguna boleh mengumpulkan sehingga 2,000 Boost Stars bonus dengan melaksanakan misi Pembayaran Bil dan Top Up (Tambah Nilai) di aplikasi Boost*. Ini adalah di samping 1 hingga 3 Boost Stars sedia ada yang diperoleh pengguna bagi setiap perbelanjaan RM1, yang menjamin penjimatan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan*. Ganjaran dan tawaran tambahan juga boleh dinikmati pada 15 Julai sempena BoostUP Day bulanan. 

Subsidi 50% bagi barangan runcit yang diberikan oleh Boost ialah tawaran terbaharu #BoostUntukRakyat dalam usaha berterusan bagi meringankan beban rakyat. Sebelum ini, Boost memberikan sokongan kepada rakyat dengan membantu mengurangkan bil isi rumah bulanan menerusi BoostBills pada bulan Jun 2022, bekerjasama dengan MAIWP dalam beberapa inisiatif untuk membantu golongan B40 sejak Februari 2022,  berganding bahu dengan beberapa NGO dalam mengutip eDerma bagi mangsa banjir pada Disember 2021, dan banyak lagi. 

Nikmati subsidi 50% dan Ganjaran BoostUP; layari: https://myboost.app.link/AZpKDPYxurb

Dapatkan Boost Stars menerusi Boost Missions; layari: https://myboost.app.link/Ou7wJ3ojCrb 

Daftar sebagai peniaga Boost; layari: https://bit.ly/3yuoQyp 

Mengenai Boost

Boost merupakan syarikat teknologi kewangan (fintech) milik Axiata yang menyatukan semua perkhidmatan kewangan merangkumi pembayaran, pembiayaan mikro, insurans mikro, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan solusi perniagaan. Kami menggabungkan fintech, data dalaman dan AI untuk memenuhi permintaan pengguna dan peniaga yang semakin meningkat dan berkembang di seluruh rantau, dengan matlamat untuk menjadi penyedia spektrum penuh fintech di Asia Tenggara. Perniagaan Boost diselaraskan kepada empat jenama utama: 

Boost Life

Platform eDompet pengguna yang dilancarkan pada tahun 2017, memfokuskan kepada penawaran gaya hidup pengguna seperti pembayaran runcit dalam dan luar talian, pembayaran bil, insurans dan pengangkutan & kes penggunaan transit dengan ciri-ciri baharu yang selalu diperkenalkan dari semasa ke semasa. 

Boost Biz

Segmen untuk para peniaga yang menawarkan platform pembayaran untuk perusahaan pelbagai saiz, alat perniagaan dan solusi digitalisasi.

Boost Credit

Sebelum ini dikenali sebagai Aspirasi, ia menempatkan perniagaan pembiayaan mikro & insurans mikro dan merupakan perintis pembiayaan Alternatif Digital di Malaysia dan Indonesia.

Boost Connect

Sebelum ini dikenali sebagai Apigate, ia merupakan perniagaan pengewangan digital dan penyedia ekosistem platform pembayaran pertumbuhan pelanggan yang menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif.  

Pengguna boleh memuat turun Boost di Google Play Store, App Store dan HUAWEI AppGallery.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myboost.com.my, portal berita (Newsroom)atau ikut Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp/) ataupun Instagram (instagram.com/myboostapp/).


Kandungan ini disediakan oleh Boost Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS