Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Sime Darby Plantation dan lagi tujuh penerima anugerah utama pada majlis Anugerah GeoInovasi
Diterbitkan:  Jun 23, 2022 11:48 AM
Dikemaskini: Jun 24, 2022 2:06 AM

Tujuh organisasi pelbagai bidang di Malaysia meraih Anugerah GeoInovasi anjuran Esri Malaysia, sekali gus menyaksikan keberkesanan dan peningkatan penggunaan teknologi geospatial dalam menyelesaikan cabaran dunia sebenar.

Majlis anugerah yang berlangsung pada 25 Mei 2022 meraikan inisiatif transformasi digital yang paling berjaya dari pelbagai industri. Antara pemenangnya ialah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Sime Darby Plantation Research Sdn Bhd, PLANMalaysia@Pulau Pinang, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PeGIS) dalam pembangunan aplikasi mudah alih Penang Stops Violence sebagai medium untuk membantu mangsa terlibat mendapatkan bantuan awal daripada Pegawai Sokongan Pertama. Penang Stops Violence ialah aplikasi khas untuk membantu golongan Wanita di Pulau Pinang.

"Kami telah menyaksikan bagaimana teknologi geospatial menyokong strategi transformasi digital di beberapa organisasi yang paling progresif di negara ini. Kami berasa terharu dan bertuah menyaksikan kepintaran organisasi berkenaan menangani cabaran dunia sebenar terutamanya apabila tiada penyelesaian secara tradisional,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Esri Malaysia, CS Tan.

Tanpa mengira bidang atau industri yang memanfaatkan teknologi geospatial, Tan berkata, perkembangan dan pembangunan teknologi berkenaan ternyata membantu pemimpin untuk membuat keputusan berdasarkan data dalam menangani masalah bandar yang kompleks serta pada masa sama menyokong organisasi komersil dalam menangani ketidakcekapan dalam operasi mereka. 

Sime Darby Plantation Research Sdn Bhd – ditugaskan untuk membangun, mengaplikasi dan memindahkan pengetahuan, penemuan kaji selidik dan teknologi berkaitan untuk menambah baik hasil perladangan, proses pengilangan dan menyesuaikan produk pertanian/perladangan/komoditi. Beroleh kemenangan di atas projek : Pengurusan Data Spatial & Analitis Pantas atau SMART yang merupakan platform geospatial sesawang mudah alih yang dibangunkan oleh Unit Precision Agriculture; pusat penyelidikan geospatial Sime Darby Plantation Research Sdn Bhd. SMART menyediakan kemudahan kepada Sime Darby Plantations menghasilkan gambaran data. Menerusi kepintaran lokasi, SMART membolehkan pengguna melihat gambaran menyeluruh, dan membuat keputusan yang lebih baik.

SMART mencipta suatu ekosistem data geospatial di Sime Darby Plantation, dengan lebih daripada 330 pengguna di seluruh jabatan yang menghasilkan kira-kira 30% - 50% peningkatan dalam kecekapan kerja mereka. 

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS), Malaysia turut menerima pengiktirafan melalui projeknya, eLASIS dan Mobile LASIS (kesinambungan eLASIS). eLASIS dibangunkan dan berperanan sebagai sebuah pusat maya sehenti bagi melaksanakan transformasi digital sistem penyampaian perkhidmatan jabatan selaras dengan misi membawa perkhidmatan yang mudah dicapai oleh seluruh lapisan rakyat.

Dengan keluasan 12.4 juta hektar dan populasi penduduk seramai 2.9 juta di 12 bahagian, 45 daerah dan 24 daerah kecil, eLASIS menyediakan maklumat tanah, lokasi geografi dan peta kadastral yang disepadukan dengan GPS dan “imagery base-map” ke arah perkhidmatan yang pantas, tepat dan boleh dipercayai melalui platform yang mudah dan selamat digunakan serta boleh diakses di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

eLASIS dan Mobile LASIS merupakan transformasi berterusan sistem penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan dan  telah terbukti keberkesanannya semasa PKP di mana orang awam terjejas oleh pandemik Covid-19. Transaksi dalam talian menunjukkan peningkatan sebanyak 42% kepada 257,421 dengan kutipan hasil dalam talian meningkat sebanyak 147% kepada RM7,823,934.00 pada tahun 2021. 

Organisasi ketiga yang menerima anugerah ialah PLANMalaysia@Pulau Pinang yang melaksanakan tugas utama perancangan bandar dan luar bandar termasuk penyediaan Pelan-Pelan Pemajuan. Aplikasi pemetaan SMARTPLAN secara online seperti MyKAMPUNG, membolehkan PLANMalaysia@Pulau Pinang berkongsi data dan menjalin kerjasama dengan lebih berkesan bersama agensi kerajaan dan pihak berkepentingan. Akses kepada maklumat terkini mengenai kampung di seluruh daerah di dalam negeri Pulau Pinang membantu di dalam merangka dasar perancangan, pembangunan, pemantauan dan pemuliharaan kawasan perkampungan.

Projek aplikasi mudah alih PeGIS'– Penang Stops Violence – adalah sebahagian daripada kempen 'Penang Goes Orange' oleh kerajaan negeri yang bermatlamat untuk menghentikan keganasan terhadap wanita. PeGIS bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) menerusi aplikasi mudah alih untuk membantu rakan, jiran atau mangsa keganasan rumah tangga mendapatkan lebih banyak saluran dari segi bantuan, membuat aduan dan menerima bantuan daripada Pegawai Sokongan Pertama. 

Penang Stops Violence membolehkan pengguna menghubungi pegawai berkaitan secara terus menerusi telefon atau mengunjungi lokasi Pegawai Sokongan Pertama yang dipaparkan pada aplikasi. Aplikasi yang meraih kemenangan ini menggabungkan data bertulis dan geospatial serta berfungsi untuk mengurangkan kecederaan dan kehilangan nyawa. 

Pemenang seterusnya, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), merupakan Majlis Bandaraya kedua di Malaysia yang membangunkan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi menyelesaikan aduan penduduk. Papan pelayar SISPAA dibangunkan bersama pasukan penyelidik di bawah The Global Future Cities Programme, yang dibiayai oleh Dana Prosperity daripada Kerajaan UK.

SISPAA membolehkan pegawai penerima aduan di setiap jabatan di MBIP memeriksa, menjawab dan menyelesaikan masalah. Seramai 17 ketua jabatan boleh mengakses metrik prestasi pasukan mereka menerusi fungsi saringan dan memantau aduan aktif. Kerja-kerja pemulihan dirancang dan dilaksanakan dengan mudah memandangkan pasukan boleh mengakses aduan berdasarkan lokasi dan kerja yang dipantau oleh ketua jabatan, Datuk Bandar dan Setiausaha. Peningkatan sebanyak 2% dicapai dalam bulan pertama penggunaanya untuk menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari, berbanding bulan sebelumnya.

Portal GeoJB Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merupakan satu platform data yang mengintegrasikan data spatial dan bukan spatial daripada pelbagai sistem dalaman MBJB, turut menerima anugerah tahun ini. Portal berkenaan direka untuk menguruskan bandar raya Johor Bahru secara pintar dan mampan bagi mencapai Intelligent Johor. Portal GeoJB memberi inspirasi dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia untuk mencapai matlamat menjadi negara yang berdaya tahan.Portal GeoJB paling popular digunakan bagi semakan zon pembangunan dan garis panduan Rancangan Tempatan. Ia juga digunakan untuk mengenalpasti sempadan pentadbiran termasuk memeriksa status kelulusan pembangunan. Terdapat fungsi lain pada portal GeoJB termasuk pemantauan kutipan cukai taksiran dan pelesenan. Portal GeoJB juga menjadi Urban Observatory Centre kepada bandar raya Johor Bahru untuk merealisasikan 'Greater Johor Bahru'.

Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) di Kedah turut menerima anugerah untuk pelaksanaan sistem pusat data menerusi pembangunan Sistem Pangkalan Data Bersepadu Kulim (Kulim Integrated Database System - KIDS). Pihak berkuasa tempatan tersebut mempunyai pelbagai data dalam format jadual yang mengandungi kedua-dua data berstruktur dan tidak berstruktur yang boleh dikendalikan dan ditakrifkan oleh sistem pangkalan data baharu berkenaan untuk kegunaan khas tertentu. Sistem terbabit membolehkan pengemaskinian maklumat, dan input data jabatan secara lebih bersepadu. Sistem yang teratur membolehkan pembentukan keputusan dan pemantauan dasar yang lebih efektif, memandangkan adanya data dan maklumat terkini yang diselenggara dengan lebih baik.

Beberapa modul KIDS seperti Kawalan Perancangan, Pemeriksaan Pengezonan, Kemas Kini Penilaian, Sistem Saliran dan Aplikasi OSC turut menyokong pelaksanaan inisiatif Permit Pembinaan Segera (E10) MPKK yang memudahkan dan mempercepatkan kerja pembangunan, kerja pembinaan dan pengeluaran dengan berkesan tanpa sebarang kelewatan. Ini secara dinamik menarik perhatian pelabur yang lebih tinggi seterusnya memberikan impak yang lebih besar dan positif terhadap ekonomi setempat. Di antara 2016 hingga 2022, Kulim berjaya menarik lebih daripada RM52 bilion pelaburan tempatan dan antarabangsa. Pada masa sama, ia menawarkan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

"Esri Malaysia berasa bangga untuk menyaksikan segala impak ini dalam memperkasakan dan membolehkan pembuat keputusan melakukan perubahan positif kepada perniagaan dan masyarakat serta kami berharap ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak dalam perjalanan ke arah pendigitalan,” kata Tan.


Kandungan ini disediakan oleh PubliCT.io.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS