mk-logo
Pengumuman
KOPETRO gamatkan Karnival Jom Heboh di Anjung Floria, Putrajaya
Diterbitkan:  Jun 22, 2022 8:01 AM
Dikemaskini: 12:01 AM

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)  tidak melepaskan peluang untuk menyertai Karnival Jom Heboh yang kembali  menggegarkan orang ramai dengan siri pertama karnival tersebut selepas dua tahun  tidak diadakan. Bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun 2022 di Anjung Floria, Putrajaya,  KOPETRO menjanjikan pelbagai tawaran hebat di samping aktiviti menarik buat  pengunjung yang hadir ke booth KOPETRO di Karnival Jom Heboh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah,  KOPETRO menganggap ini sebagai salah satu platform terbaik untuk mempromosikan  produk-produk keluaran KOPETRO khususnya makanan sejuk beku jenama LengQuas. 

“KOPETRO secara amnya akan terus menyokong usaha untuk meningkatkan ekonomi  negara. Justeru, kami akan sentiasa mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam  pelbagai acara terutamanya yang melibatkan penjualan produk tempatan seperti di  Karnival Jom Heboh, sekaligus dapat memperkenalkan produk keluaran KOPETRO  kepada orang ramai” 

Beliau juga menambah, kesemua produk keluaran KOPETRO akan dijual dengan harga  promosi, jadi inilah masa yang sesuai buat semua pengunjung untuk menyokong  barangan tempatan khususnya produk yang dikeluarkan oleh KOPETRO.

Istimewa di Karnival Jom Heboh, KOPETRO menawarkan pakej mengerjakan ibadah  korban di Mekah sempena sambutan Hari Raya AIdiladha yang bakal disambut tidak  lama lagi. Ditawarkan melalui anak syarikat KOPETRO iaitu KOPETRO Travel, pelanggan boleh mendaftar untuk melaksanakan ibadah korban dan mengagihkan  dagingnya kepada golongan yang memerlukan di Mekah dengan harga serendah RM420  untuk seekor kambing, dan akan menerima sijil penyertaan, cenderahati serta video  penyembelihan secara PERCUMA. 

Selain itu, pengunjung turut boleh mendapatkan tawaran pakej pelancongan ke destinasi  antarabangsa seperti ke Balkan, Turki dan Istanbut pada harga serendah RM3,588. Buat  mereka yang ingin bercuti di dalam negara, KOPETRO Travel turut menawarkan pakej  percutian perjalanan sehari ke kawasan pelancongan terkemuka di Malaysia seperti di  Cameron Highlands, Melaka dan Pulau Pinang dengan harga bermula RM70. 

Selain pakej pelancongan, KOPETRO turut akan mempromosikan produk makanan  sejuk beku jenama LengQuas. Terdapat pelbagai variasi menu yang boleh dipilih  mengikut citarasa pengunjung, antaranya adalah Daging Masak Hitam, Daging Dendeng,  Ayam Percik dan Paru Goreng Berlada yang akan dijual pada harga tawaran istimewa.

Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk  mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan  oleh KOPETRO. 

Facebook:  
www.facebook.com/kopetroberhad 
www.facebook.com/lengquas.official 
www.facebook.com/kopetrotravel 

Instagram:  
www.instagram.com/kopetroberhad 
www.instagram.com/lengquas.official 
www.instagram.com/kopetrotravel


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS