Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Memaksimumkan Kualiti Pengalaman Pelanggan
Diterbitkan:  Jun 15, 2022 11:00 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

Sepanjang dua tahun yang lalu semasa pandemik, ramai di antara kita telah bergantung hampir sepenuhnya kepada internet daripada keselesaan dan keselamatan di rumah. Perkhidmatan internet banyak membantu kita untuk kekal berhubung dengan perkara yang penting dan meneruskan kehidupan. Ini telah membuat kita lebih menghargai kemudahan yang dibawa oleh Internet. Hari ini ketika dunia beralih kembali ke gaya hidup normal, penggunaan digital yang berleluasa ini telah mendapat tumpuan orang ramai terutamanya ke atas kualiti pengalaman pengguna dalam perkhidmatan kesalinghubungan internet yang mereka langgani.

Jadi, apa itu kualiti pengalaman pengguna dan bagaimana anda tahu jika anda menikmati pengalaman yang baik?

Secara ringkas, kualiti pengalaman pengguna ialah kepuasan keseluruhan yang anda rasai sebagai pengguna terhadap perkhidmatan dan aplikasi yang digunakan untuk mendapat sambungan internet. Industri telekomunikasi menggunakan kualiti pengalaman pengguna sebagai ukuran untuk memastikan penyedia perkhidmatan memberikan pengalaman dan kepuasan pengguna yang terbaik. Di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh kerajaan misalnya, kualiti pengalaman pengguna diukur melalui beberapa metrik termasuk penstriman video yang lancar, muat naik halaman web yang pantas, panggilan suara & suara IP tanpa gangguan serta pengalaman e-sukan dalam masa nyata (real-time) yang lancar.

Sebagai pengguna internet, kita digalakkan untuk berkongsi maklum balas melalui platform seperti aplikasi mudah alih peta JENDELA oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) atau pusat maklum balas syarikat telekomunikasi masing-masing, supaya kualiti pengalaman dapat dipertingkatkan secara kolektif untuk orang ramai.

Apabila maklum balas penduduk setempat dikumpul untuk sebarang penambahbaikan, syarikat telekomunikasi akan menghantar pasukan yang berkaitan (sama ada rangkaian, operasi atau perkhidmatan pelanggan) untuk menilai punca kebimbangan pengguna dan menawarkan penyelesaian jika perlu. Latihan ini adalah proses yang teliti dan syarikat telekomunikasi perlu bekerja sepanjang masa dalam memastikan pelanggan menerima kesalinghubungan internet terbaik bila menjalani rutin harian mereka. Tetapi, sebagai pengguna, apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kualiti pengalaman kita? 

Meningkatkan kualiti pengalaman anda

Pertamanya, adalah penting untuk memahami perkara yang mempengaruhi sambungan internet anda. Ini termasuk menilai lokasi dan cuaca, mengenal pasti usia atau jenis peranti anda, serta menilai kapasiti dan kekerapan anda menggunakan internet. Salah satu cara untuk meningkatkan pengalaman anda sebagai pengguna adalah untuk mengenal pasti faktor luaran yang mempengaruhi kualiti pengalaman. Ia boleh membantu anda menyelesaikan sendiri (troubleshoot) isu yang diamali.

  • Spesifikasi & prestasi peranti

  • Bersihkan RAM – tutup aplikasi yang tidak digunakan untuk mengosongkan RAM dan mendapat kelajuan internet yang lebih pantas. Lebih banyak aplikasi dibuka, lebih banyak RAM digunakan.

  • Optimumkan storan – kosongkan fail yang tidak digunakan, cache & sampah daripada peranti anda untuk prestasi internet yang lebih pantas.

  • Cas bateri peranti anda – apabila paras bateri turun ke bawah 30%, ia menjejaskan kekuatan isyarat dan kelajuan melayari internet.

  • Pastikan peranti sentiasa dikemas kini – pastikan peranti anda dan sistemnya dikemas kini untuk menyokong kapasiti dan kelajuan lebar jalur (bandwidth) yang diperlukan untuk kegunaan berkapasiti tinggi.

  • Lokasi pengguna

  • WiFi untuk di dalam rumah atau bangunan – gunakan sambungan WiFi ketika berada di dalam bangunan, terutamanya yang bertingkat tinggi.

  • Guna VoLTE & VoWiFi – aktifkan VoLTE dalam peranti anda untuk menikmati panggilan suara HD di mana sahaja anda berada. Rujuk di sini untuk cara mengaktifkannya bagi pengguna Android atau Iphone.            

  • Halangan fizikal – dinding konkrit atau cermin boleh memberi kesan kepada gangguan isyarat.

  • Lokasi penghala – pastikan peranti anda tidak jauh dari penghala WiFi.

  • Keadaan cuaca

  • Memanfaati WiFi yang ada – untuk sambungan panggilan yang lebih jelas ketika ribut petir, kekal di dalam rumah dan sambung ke WiFi.

  • Guna mod pesawat – hidupkan mod Pesawat selama 5 saat dan matikannya untuk menyambung semula.

  • Elak bateri yang lemah – bateri yang lemah boleh menyebabkan isyarat telefon lemah apabila hujan.

Sudah semestinya untuk menikmati sambungan internet tanpa gangguan serta kualiti pengalaman yang baik, pengguna disarankan untuk menggunakan sambungan internet di rumah, di tempat kerja dan semasa dalam perjalanan (mudah alih) – dan memastikan agar data internet mencukupi untuk menyokong keperluan internet harian anda.

Pilih penyelesaian internet yang betul

Memilih penyelesaian internet yang tepat akan meningkatkan kualiti pengalaman anda dan tidak ada dua pengguna yang mempunyai keperluan internet yang sama. Penting untuk diambil perhatian bahawa kelajuan lebar jalur internet boleh dipengaruhi oleh bilangan isi rumah, jumlah penggunaan, dan sama ada ia boleh diakses dari dalam atau di luar rumah. Sebagai contoh, penstriman video secara langsung atau memuat turun filem akan menggunakan lebar jalur yang lebih daripada panggilan Zoom selama sejam atau memuat naik halaman web.

Secara teorinya, jika anda mempunyai empat pengguna yang menstrim video 4K secara serentak dalam satu rumah, anda perlu memilih sekurang-kurangnya pelan internet berkelajuan 100Mbps untuk pengalaman penstriman yang lancar. Dalam keadaan ini, memilih pakej pascabayar dan mengandingkannya dengan pelan fiber akan dapat memenuhi keperluan kesalinghubungan seluruh isi rumah.

Pelan Digi Postpaid Family Unlimited yang terkini misalnya, membantu keluarga kekal berhubung melalui 3 talian pascabayar berkelajuan tinggi tanpa had. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk mengandingkan pelan mereka dengan pelan Internet Digi Fiber 300Mbps yang sangat pantas hanya dengan penambahan sebanyak RM100/bulan. Dengan cara ini, keempat-empat ahli keluarga boleh meneruskan aktiviti e-pembelajaran, bekerja dari rumah dan melayari internet tanpa perlu risau tentang penurunan kadar kelajuan.

Sementara itu, bagi pelajar universiti Malaysia berumur antara 18-25 yang menggunakan pelan Digi Postpaid 40 atau 60 atau penjawat awam serta para guru yang mempunyai pelan Digi Postpaid 60 atau 90, Digi telah menyediakan  program Digi Signature untuk memenuhi keperluan sambungan internet mereka. Pelanggan dalam pelan ini akan menikmati penjimatan sebanyak RM120 (rebat tambahan RM10/bulan sepanjang kontrak 12 bulan) dan menikmati Sosial Media Tanpa Had selama 12 bulan.

Bagi pengguna individu atau pelajar yang mempunyai penggunaan dan keperluan internet yang sangat khusus, pelan prabayar akan memenuhi keperluan mereka dengan cara yang terbaik dan membantu mereka  untuk kekal berhubung. Pelan Digi Prepaid NEXT terkini menawarkan Internet Tanpa Had untuk aplikasi media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook dan Twitter, sesuai untuk peminat media sosial, membolehkan mereka sentiasa mengikuti perkembangan berita semasa.

Penggemar permainan mudah alih pula boleh memilih pelan Digi RDY yang merupakan pelan prabayar yang direka khusus untuk menambah baik pengalaman permainan mudah alih mereka. Dengan ciri-ciri Always-On Gaming Internet dan Optimised Gaming Latency, pemain boleh menumpukan pada permainan mereka dan menstrim seperti profesional tanpa perlu lagi risau akan kehabisan kuota Internet semasa permainan diadakan. Dengan Pelan Digi RDY, para pemain juga akan menerima pulangan kredit permainan dengan ciri Game Credit Cashback yang membolehkan mereka menggunakan pulangan kredit tersebut untuk sebarang pembelian kelengkapan baharu karakter. di Internet.

Jadi, tidak kira di mana anda berada atau jenis internet yang digunakan, Digi komited dalam menambah baik perkhidmatan dan liputannya untuk memberikan pengalaman internet yang lebih lancar di samping  menghubungkan rakyat Malaysia kepada perkara yang penting. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran rangkaian dan produk Digi, layari https://www.digi.com.my/.


Kandungan ini disediakan oleh Digi

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS