mk-logo
Pengumuman
KOPETRO Travel tawar pakej memukau di Matta Fair Pahang
Diterbitkan:  Jun 14, 2022 4:01 PM
Dikemaskini: Jun 15, 2022 3:14 AM

Pameran pelancongan MATTA melabuhkan tirainya untuk siri kali keempat dengan pelbagai pakej pelancongan istimewa buat semua pengunjung yang hadir. Pameran tersebut bermula pada 10 hingga 12 Jun 2022 bertempat di ruang legar Melor, Berjaya Megamall, Kuantan. Terdahulu KOPETRO Travel pernah menyertai pameran yang sama dianjurkan di Johor, Kuala Lumpur dan Perak.

Aktiviti pelancongan kini semakin rancak apabila kerajaan mengisytiharkan fasa peralihan Endemik Covid-19 serta membenarkan sektor pelancongan dijalankan sejak 1 April 2022 yang lalu. KOPETRO Travel juga tidak terlepas mengambil peluang untuk menawarkan pakej yang bertepatan dengan kemampuan rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, peralihan fasa ini sekaligus dapat menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada ekonomi negara khususnya melalui sektor pelancongan.

“Pakej yang kami tawarkan ini sangat sesuai untuk semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke luar negara dengan pakej lengkap yang lebih jimat. Selepas lebih 2 tahun aktiviti pelancongan tidak dapat dijalankan, kini masyarakat boleh mula merancang untuk bercuti bersama keluarga” ujar Ahmad Shakir.

Tambah Ahmad Shakir lagi, KOPETRO Travel akan terus komited menyediakan pakej pelancongan terbaik yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan serta menghasilkan produk-produk pelancongan yang menepati keperluan dan kemahuan masyarakat khususnya para pelanggan KOPETRO Travel.

Pameran pelancongan terbesar yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) ini merupakan pameran yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia saban tahun terutamanya mereka yang inginkan pelbagai pakej percutian dengan tawaran hebat. Bukan sahaja menawarkan pakej domestik malah pameran ini juga turut mempromosikan pakej percutian antarabangsa ke seluruh pelusuk dunia.

Pengunjung begitu teruja dengan pakej percutian yang ditawarkan istimewa hanya di pameran MATTA iaitu pakej percutian ke Balkan dengan harga serendah RM3,588. Para pelanggan juga diberi peluang untuk membuat pilihan penerbangan mengikut pakej pelancongan yang dipilih seperti Qatar Airlines, Turkish Airlines, Oman dan Mahan Airlines.

Selain itu, pengunjung juga turut ditawarkan pakej percutian perjalanan sehari ke kawasan pelancongan terkemuka di Malaysia seperti di Cameron Highlands, Melaka dan Pulau Pinang. Pengunjung boleh memilih pelbagai pakej yang bersesuaian pada harga jimat serendah RM60 istimewa hanya di pameran MATTA.

KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) yang menawarkan servis pelancongan dan percutian. Sebagai salah satu agensi pelancongan yang ditubuhkan lebih 36 tahun yang lalu, KOPETRO Travel terus menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.

Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan. Antaranya ialah anugerah “Annual Million Dollar Award” daripada Malaysian Airlines. KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan di bawah agensi antarabangsa iaitu “The Advantage Global Network”. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi dan ahli Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KOPETRO Travel, layari laman web www.kopetrotravel.com.my atau ikuti akaun @kopetrotravel di Facebook, Instagram dan YouTube.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS