mk-logo
Pengumuman
Majlis rumah terbuka Aidilfitri KOPETRO: KOPETRO santuni anggota koperasi di Pengerang
Diterbitkan:  Jun 1, 2022 12:01 PM
Dikemaskini: 4:01 AM

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menutup sambutan Aidilfitri tahun ini penuh meriah dengan mengadakan sebuah majlis hari raya di hotel milik mereka, Singgah Pengerang. Terdahulu, KOPETRO telah mengadakan tiga sesi rumah terbuka di Kertih pada 19 Mei 2022, di Kuala Lumpur pada 24 Mei 2022 dan di Melaka pada 26 Mei 2022. Kesemua lokasi sambutan hari raya telah dipilih bagi menyantuni komuniti anggota koperasi di kawasan tersebut. 

Singgah Pengerang adalah hotel kedua milik KOPETRO selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh anak syarikat mereka, KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd. (KHR). Selain menguruskan hotel milik mereka, KHR turut menawarkan perkhidmatan nasihat dan khidmat pengurusan hotel bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan perhotelan.

Di dalam ucapannya di majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah memberitahu bahawa matlamat utama majlis tersebut diadakan adalah bagi merapatkan semula hubungan silaturrahim antara pihak pengurusan koperasi dengan anggota-anggota KOPETRO di Pengerang setelah dua tahun tidak dapat mengadakan perjumpaan sebesar ini, di samping menyemarakkan lagi perayaan Aidilfitri dalam norma baharu. 

“Kami berharap dengan adanya majlis sebegini, akan ada lebih ramai lagi kakitangan PETRONAS yang akan berdaftar menjadi anggota KOPETRO. Setelah lebih 40 tahun ditubuhkan, kami yakin faedah yang kami tawarkan adalah kompetitif dan sentiasa mendahulukan kebajikan anggota-anggota,” kata Ahmad Shakir. 

Tambah beliau lagi, dengan rangkaian produk pelaburan dan pembiayaan yang menawarkan kadar faedah semasa yang rendah, KOPETRO mampu memenuhi matlamat kewangan anggota yang mahukan persekitaran kewangan yang selamat. 

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertemakan ‘Segalanya Raya’, berlangsung di perkarangan hotel Singgah Pengerang, seawal jam 12 tengah hari sehingga lewat jam 6 petang telah dihadiri hampir 200 orang tetamu jemputan, terdiri daripada anggota-anggota dan rakan-rakan niaga KOPETRO. Mereka dijamu dengan beraneka juadah Aidilfitri dan menu tempatan daripada Singgah Cafe, seperti Laksa Johor dan Mee Rebus, menu istimewa daripada restoran tersebut. 

Buat tempahan pakej penginapan di Singgah Pengerang di laman web www.singgah.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui tentang pelbagai promosi hebat dari Singgah Pengerang: 

Facebook: https://www.facebook.com/singgahpengerang  

Instagram: https://www.instagram.com/singgahpengerang  

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai KOPETRO, layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun @kopetroberhad di Facebook, Instagram dan YouTube.


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS