Penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan termuka Selangor, SELGATE Corporation Sdn. Bhd. melalui anak syarikat penjagaan kesihatannya, SELGATE Healthcare Sdn. Bhd. telah melancarkan SELGATE Healthcare Centre di Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam hari ini.
Komuniti Shah Alam dan kawasan kejiranan kini boleh mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan penjagaan perubatan yang berkualiti di satu lokasi yangsama. Pusat penjagaan kesihatan in menempatkan perkhidmatan yang merangkumi klinik awam, klinik pergigian, Farmasi Jovian Selcare dan makmal diagnostik.
Lebih daripada sekadar pusat penjagaan kesihatan tradisional, pusat sehenti ini menyediakan pengalaman yang menyegarkan dengan menggabungkan teknologi dan peralatan terkini serta pasukan penjagaan primer bersepadu yang terdiri daripada pakar dari pelbagai disiplin.
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Haji Amirudin bin Shari, dan diserikan dengan kehadiran EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Yang Berhormat Dr Siti Mariah Mahmud serta Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Shah Alam, Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman.
Berucap pada majlis pelancaran, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Noor Hisham Mod Ghouth menyatakan bahawa pusat penjagaan kesihatan bersepadu in merupakan sebuah pencapaian yang bermakna kepada syarikat kerana ia sejajar dengan aspirasinya untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan peribadi yang berkualiti dan mampu milik buat semua. "Harapan SELGATE adalah untuk menjadi salah sebuah pengendali penjagaan kesihatan swasta terkemuka di Malaysia dan kami senantiasa berusaha untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti yang mampu dimiliki dan pada masa yang sama untuk mengisi jurang perkidmatan kesihatan di kawasan lain."
SELGATE komited dan menyokong kuat dasar kerajaan persekutuan dan negeri bagi menuju ke arah negara yang lebih maju melalui sumbangan kepakaran khususnya dalam sektor kesihatan.
"Kerjasama kami dengan Kerajaan Negeri dalam memerangi wabak COVID-19 sejak awal adalah tanda komitmen kami dan juga telah membuktikan bahawa kerjasama antara kerajaan dan badan korporat adalah penting bagi kesejahteraan rakyat Selangor," kata Noor Hisham.
Keputusan untuk membina SELGATE Healthcare Centre juga selaras dengan kesungguhan Kerajaan Neger Selangor untuk menambahbaik dan menaik taraf perkhidmatan kesihatan di kawasan bandar khususnya di bu negeri, Shah Alam. Dengan pembangunan pusat bersepadu ini, SELGATE bole membantu mempromosikan Selangor sebagai salah sebuah destinasi pelancongan kesihatan yang ideal serta meningkatkan ekonomi negeri.
"Walau kita berada dalam keadaan yang tidak menentu, namun akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti tidak harus dikompromi. Kami mahu menyediakan orang ramai penjagaan yang berterusan, memberikan mereka lebih banyak kemudahan dan akses kepada perundingan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan seta tenaga kepakaran pilihan mereka," tambahnya.