Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Lah dekat jer.. Sini rupanya kampung BoBoiBoy!
Diterbitkan:  Apr 22, 2022 5:57 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Baru-baru ini, kecoh di ruangan media sosial MONSTA, mengenai gambar teaser untuk iklan raya mereka bagi tahun 2022 yang bertajuk ‘Kembali Aidilfitri’. Gambar itu menunjukkan papan tanda lebuhraya yang tertera jarak ke kampung halaman watak animasi terkenal, BoBoiBoy. Perjalanan BoBoiBoy bermula sejauh 490KM untuk ke kampung halamannya iaitu Kota Hilir.

Gambar yang dimuatnaik oleh BoBoiBoy dengan status yang nampak berdebar-debar, mendapat reaksi positif dari netizen. Ada diantara mereka yang bertanya khabar tentang perjalannya dan berasa tidak sabar untuk menonton iklan raya tersebut.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Kota Hilir merupakan premis bandar untuk siri animasi terbaru dari MONSTA iaitu Mechamato, kisah ayah kepada BoBoiBoy yang juga merupakan seorang superhero. Para peminat MONSTA sudahpun sedikit sebanyak mengenali tentang kisah Amato, ayah kandung kepada BoBoiBoy.

MONSTA menggunakan Bandar Hilir, bandar sebenar di Melaka sebagai sumber inspirasi untuk Kota Hilir di dalam siri animasi Mechamato. Tempat bersejarah seperti bangunan The Stadthuys, kapal Mendam Berahi, A Famosa, serta tempat rekreasi seperti Jonker Walk, Melaka River Cruise, dan lain-lain pernah muncul di dalam siri animasi Mechamato.

Selain dari itu, ada diantara peminat BoBoiBoy telah mula membuat pelbagai andaian dan teori mengenai teaser ini di Youtube.

Difahamkan iklan raya MONSTA untuk tahun 2022 akan disiarkan di Youtube rasmi mereka pada Jumaat ini, 22 April, untuk tontonan semua. Mari kita nantikan.


Kandungan ini disediakan oleh Animonsta Studios Sdn. Bhd..

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS