Anggaran 800 peniaga bazar tempatan di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, dan Sarawak telah ‘Boost-kan’ perniagaan mereka
Pengguna Boost boleh menebus Duit Raya RM10 di aplikasi setiap Jumaat sebagai insentif menyokong peniaga Bazar tempatan*
Kuala Lumpur, 14 April 2022 – Pada bulan Ramadan ini, dengan fasa peralihan negara ke arah status endemik, anggaran 800 peniaga bazar tempatan telah mendigitalkan operasi perniagaan dengan menggunakan Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) Axiata, untuk melindungi keselamatan masyarakat melalui pembayaran tanpa tunai.
Gerai-gerai legenda tempatan seperti Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, Air Balang Laksamana, Syakiya Nasi Lemak Kukus, dan Murtabak Muslim KL adalah antara beratus-ratus peniaga bazar yang telah menerima Boost sebagai penyelesaian pembayaran digital pilihan mereka pada tahun ini.
Salah seorang peniaga bazar tempatan, Mohd Ridzuan bin Kihi, pemilik Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, berkata: “Kami gembira kerana bazar Ramadan kini boleh beroperasi sepenuhnya selepas menghadapi sekatan selama 2 tahun akibat COVID-19. Pasukan kami sangat teruja untuk kembali berhubung dengan pelanggan setia kami dan memasak sajian kegemaran mereka di bazar. Sebagai satu komuniti, kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan pelanggan dan pekerja kami selamat dengan menyediakan kemudahan pembayaran tanpa sentuhan untuk transaksi harian, seperti Boost. Marilah kita bersama-sama melindungi satu sama lain supaya ekonomi kita boleh terus pulih.”
Joe Qamarul Bin Abdul Razak, pemilik Air Balang Laksamana, sebuah gerai minuman yang telah beroperasi di bazar Pandan Indah sejak 15 tahun lalu, menyatakan bahawa perniagaan kecil, sepertinya, bergantung pada musim perayaan sebagai sumber pendapatan utama mereka untuk menampung kos kehidupan sepanjang tahun. Tambahnya, dia berterima kasih kepada Boost kerana membuat pembayaran tanpa tunai lebih mudah diakses oleh semua orang, kerana ia membantu meminimumkan risiko gangguan perniagaan sepanjang bulan Ramadan. Ini telah membolehkan Joe untuk terus mencari rezeki sebagai pencari nafkah tunggal keluarganya.
Di samping memperkasakan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dengan lapisan perlindungan tambahan melalui penyelesaian fintech yang mudah digunakan dan lancar, Boost juga telah menyuntik insentif bagi pembeli untuk menyokong perniagaan tempatan.
Demi menyokong komuniti peniaga tempatan, setiap Jumaat pada jam 12PTG sehingga 4PTG dari sekarang sehingga akhir April 2022, rakyat Malaysia boleh menebus kredit Duit Raya RM10 di aplikasi Boost sebagai sebahagian daripada kempen ‘Kongsikan KeberkaTEN Ramadan’*.
“Selepas 2 tahun bazar Ramadan yang sunyi, kami gembira melihat rakyat kini lebih selesa meneruskan kehidupan harian dengan kunjungan dan jualan di bazar yang hampir mencapai tahap pra-pandemik. Ini direalisasikan dengan sokongan yang telah diberikan oleh Boost, yang telah membantu kami menarik lebih ramai pelanggan dengan tawaran menarik dan bayaran digital yang lancar,” kata Kak Long, pemilik Syakiya Nasi Lemak Kukus.
Rakyat Malaysia boleh mendapatkan juadah kegemaran mereka sebagai persediaan untuk iftar pada bulan Ramadan ini dan menikmati ganjaran besar daripada peniaga-peniaga Bazar yang telah ‘Boost-kan’ gerai mereka di lokasi-lokasi berikut:
Padang Perbandaran Ampang Jaya (Pandan Indah), Kuala Lumpur
Cyberjaya, Selangor
Mahkota Square, Kuantan, Pahang
Jalan Dato Pati, Kelantan,
Shahbandar, Terengganu,
Metro City, Sarawak
Eric Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Biz, berkata: “Kami amat teruja melihat ratusan peniaga bazar Ramadan tempatan menggunakan Boost sebagai platform pembayaran digital pilihan mereka. Ini mencerminkan usaha berterusan kami untuk lebih memudahkan akses penyelesaian digital dan juga memperkasakan PMKS dengan alatan dan sokongan yang diperlukan untuk pertumbuhan perniagaan mereka di era digital ini. Dengan hampir setengah juta perniagaan tempatan yang menggunakan Boost di seluruh negara, kami bersedia untuk membantu komuniti peniaga dan MSME kami. Ini bertujuan untuk merealisasikan aspirasi perniagaan mereka melalui ekosistem teknologi inovatif kami yang turut menawarkan aplikasi pembiayaan dan juga pengalaman offline-to-onine (O2O) runcit yang lancar, terutamanya ketika Malaysia beralih ke fasa endemik.”
Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, berkata: “Sambil rakyat Malaysia menunaikan ibadah bulan Ramadan dengan harapan untuk menjalani kehidupan norma baharu, Boost telah merancakkan tawaran kami dengan ganjaran ‘Kongsikan KeberkaTEN Ramadan’ untuk menggembirakan hampir 10 juta pelanggan kami. Boost akan sentiasa di sisi rakyat Malaysia sebagai peneman gaya hidup sehenti untuk segala keperluan harian, termasuk kemudahan pembayaran bil, transaksi dalam talian, e-derma, pembayaran tanpa tunai, dan banyak lagi, terutamanya pada musim Ramadan ini. Dengan Boost, pengguna boleh menikmati pengalaman membeli-belah bazar yang lancar dengan insentif dan diskaun yang menarik.”
Para peniaga Bazar yang ingin ‘Boost-kan’ gerai bazarnya untuk menawarkan kemudahan dan keselamatan lebih tinggi kepada pekerja dan pelanggan mereka, boleh berdaftar di sini: https://bit.ly/boostbizramadan
Untuk pembeli pintar yang mahu memaksimumkan penjimatan menerusi aplikasi Boost, sila kunjungi https://bit.ly/BoostKeberkaTENRamadan
Untuk usahawan tempatan yang memerlukan pembiayaan mikro yang patuh Syariah, sila layari https://bit.ly/KongsikanKeberkaTEN
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Mengenai Boost
Boost merupakan syarikat teknologi kewangan (fintech) milik Axiata yang menyatukan semua perkhidmatan kewangan merangkumi pembayaran, pembiayaan mikro, insurans mikro, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan solusi perniagaan. Kami menggabungkan fintech, data dalaman dan AI untuk memenuhi permintaan pengguna dan peniaga yang semakin meningkat dan berkembang di seluruh rantau, dengan matlamat untuk menjadi penyedia spektrum penuh fintech di Asia Tenggara. Perniagaan Boost diselaraskan kepada empat jenama utama:
Boost Life
Platform eDompet pengguna yang dilancarkan pada tahun 2017, memfokuskan kepada penawaran gaya hidup pengguna seperti pembayaran runcit dalam dan luar talian, pembayaran bil, insurans dan pengangkutan & kes penggunaan transit dengan ciri-ciri baharu yang selalu diperkenalkan dari semasa ke semasa.
Boost Biz
Segmen untuk para peniaga yang menawarkan platform pembayaran untuk perusahaan pelbagai saiz, alat perniagaan dan solusi digitalisasi.
Boost Credit
Sebelum ini dikenali sebagai Aspirasi, ia menempatkan perniagaan pembiayaan mikro & insurans mikro dan merupakan perintis pembiayaan Alternatif Digital di Malaysia dan Indonesia.
Boost Connect
Sebelum ini dikenali sebagai Apigate, ia merupakan perniagaan pengewangan digital dan penyedia ekosistem platform pembayaran pertumbuhan pelanggan yang menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif.
Pengguna boleh memuat turun Boost di Google Play Store, App Store dan HUAWEI AppGallery.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myboost.com.my, portal berita (Newsroom) atau ikut Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp/) ataupun Instagram (instagram.com/myboostapp/).
Kandungan ini disediakan oleh Boost Malaysia.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.