FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) baru-baru ini melancarkan FWD ADD Rider, perlindungan tambahan yang direka untuk menyediakan manfaat sekiranya meninggal dunia dan kehilangan anggota akibat kemalangan (ADD) termasuk perbelanjaan perubatan, kewangan dan perlindungan penjagaan mental. Rider ini juga menyediakan manfaat unik yang boleh dipilih untuk melengkapkan perlindungan kemalangan utama.
Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, berkata, “Kami berbesar hati untuk melancarkan satu lagi rider yang boleh membantu pelanggan kami, termasuk pekerja ekonomi gig menjaga implikasi kewangan mereka akibat situasi yang tidak dijangka, sebagai tambahan kepada perlindungan asas takaful mereka. Tambahan pula, FWD ADD Rider kini merupakan satu-satunya rider takaful kami yang menawarkan perlindungan penjagaan mental. Pelanggan juga turut mempunyai fleksibiliti untuk menyesuaikan rider dengan menambah manfaat pilihan untuk perlindungan yang lebih inklusif pada kadar sumbangan yang berpatutan.”
Manfaat utama FWD ADD Rider akan melindungi pelanggan dan keluarga mereka dalam keadaan berikut:
Manfaat Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) Akibat Kemalangan membayar 100% daripada jumlah dilindungi.
Manfaat Kehilangan Anggota melindungi kehilangan penggunaan atau kehilangan bahagian badan akibat kemalangan, bergantung pada tahap kecederaan.
Manfaat Pampasan Tiga Kali Ganda membayar 300% jumlah dilindungi sekiranya meninggal dunia atau HUPK akibat kemalangan jika kemalangan itu berlaku dalam pengangkutan awam.
Manfaat Ihsan menyediakan manfaat kematian akibat kemalangan dengan jumlah sebanyak RM5,000 bagi membantu urusan pengebumian.
Untuk mempertingkatkan keyakinan, pelanggan juga boleh memaksimumkan perlindungan kemalangan mereka dengan manfaat pilihan berikut:
Manfaat Bayaran Balik Perubatan sehingga RM20,000 setahun.
Manfaat Pembelian Peralatan Ortopedik sehingga RM3,000 setiap kemalangan.
Manfaat Rawatan Perubatan Alternatif sehingga RM3,000 setiap kemalangan.
Manfaat Pendapatan Bulanan sehingga RM5,000 untuk 60 atau 120 bulan yang dibayar sekiranya mengalami HUPK.
Manfaat Pampasan Mingguan membayar sehingga 75% daripada pendapatan mingguan orang dilindungi.
Manfaat Penjagaan Mental menyediakan pembayaran balik yuran perundingan pakar psikiatri sehingga RM25,000 untuk Gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD) dan Gangguan Pelarasan (AD).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FWD ADD Rider dan manfaatnya, layari fwd.com.my/products/loss-of-life/add-rider atau hubungi mana-mana ejen FWD Takaful yang berdaftar. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau emel [email protected] untuk maklumat lanjut.
Kandungan ini disediakan oleh Supernewsroom.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.