Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
UEM Sunrise mencapai kadar tempahan sebanyak 75% untuk pelancaran fasa terakhir Aspira Gardens
Diterbitkan:  Mar 30, 2022 11:00 AM
Dikemaskini: 3:00 AM

Dalam satu lagi perluasan portfolio produk yang berasaskan kemampanan, UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, melancarkan fasa terakhir Aspira Gardens dengan kadar tempahan sebanyak 75% sebelum bermulanya acara pelancaran pada hujung minggu yang lalu.

Sambutan hangat terhadap Fasa 2 tatkala penularan wabak Covid-19 membuktikan penerimaan pasaran dan populariti produk dari siri Aspira di Iskandar Puteri, Johor, di mana fasa-fasa terdahulu telah habis dijual sejak pelancarannya pada Disember 2019.

Terletak di perbandaran hijau Gerbang Nusajaya yang bakal menyusul, dengan hanya 118 unit rumah kluster dua tingkat berstrata serta rumah berkembar berstrata, Aspira Gardens adalah pembangunan kediaman berdensiti rendah pertama di Johor yang direkabentuk untuk sedia menerima kelengkapan panel solar (solar-ready) di unit kediaman serta menggunakan lampu jalan berkuasa solar.

Ia merupakan pembangunan pegangan bebas premium yang berorientasikan konsep kediaman untuk keluarga pelbagai generasi, yang direka untuk kehidupan pintar dan selamat. Fasa 2 Aspira Gardens yang mempunyai nilai pembangunan kasar berjumlah RM107 juta dijangka akan disiapkan pada suku pertama 2025.

Dengan harga jualan bermula daripada RM763,000 dan keluasan binaan bermula daripada 2,608 kaki persegi yang merangkumi 4+1 bilik tidur dan lima bilik air, Aspira Gardens direka dengan teliti dan dilengkapi dengan ruang yang luas dan selesa, sesuai untuk keluarga pelbagai generasi. Bilik tidur di tingkat bawah disediakan dengan ciri-ciri mesra warga emas seperti pintu bilik tidur bukaan yang lebih luas dan bilik mandi en suite. Tingkat bawahnya juga dilengkapi dengan lantai tanjakan untuk kemudahan mereka yang berkerusi roda.

“Berpandukan momentum kami untuk membina produk yang relevan dan dekat dengan kepelbagaian keperluan pemilik rumah di Johor ketika ini, kami berbesar hati dengan maklumbalas positif berterusan daripada para pelanggan kami terhadap produk terbaru Syarikat walaupun ketika wabak Covid-19 masih belum reda sepenuhnya dan suasana pasaran yang lemah. Sokongan padu mereka adalah petanda baik terhadap pelancaran pertama Syarikat untuk tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah.

"Dengan berita pembukaan semula sempadan kita kepada pelawat antarabangsa, kami yakin bahawa ia juga boleh menyumbang kepada pemulihan pasaran hartanah tahun ini," tambah beliau.

Aspira Gardens tidak banyak berbeza dengan produk-produk dalam siri Aspira yang lain dalam aspirasinya untuk mewujudkan pembangunan yang lebih hijau. Selain daripada direkabentuk untuk sedia menerima pemasangan sistem panel solar (solar ready), ia disudahi dengan cat ‘Volatile Organic Compound (VOC)’ rendah, dilengkapi dengan kelengkapan cekap air, sistem penuaian air hujan untuk jenis unit-unit tertentu, dan pusat kitar semula awam untuk menggalakkan amalan mesra alam di kalangan penduduknya.

Aspira Gardens merupakan sebuah komuniti berpagar yang dilengkapi kawalan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pintu masuk serta rondaan keselamatan sepenuh masa yang membolehkan penduduk berinteraksi dan menyertai aktiviti-aktiviti kejiranan dengan minda yang tenang. Ruang komuniti mesra alamnya direka bentuk untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat yang menampilkan kemudahan komunal seperti taman permainan berinspirasikan rumah pokok, denai larian, ruangan hijau terbuka dan pelbagai peralatan rekreasi di sekitar presint kediaman.

Disebabkan lokasinya yang berdekatan Singapura, pembangunan kediaman pegangan bebas tersebut adalah sangat sesuai bagi mereka yang berulang-alik ke negara berjiran setiap hari melalui Laluan Kedua Malaysia-Singapura, terutamanya selepas pembukaan Persimpangan Gerbang Nusajaya baharu yang bakal dibuka kepada trafik tidak lama lagi.

Penduduk Aspira Gardens boleh menikmati akses mudah ke hab komersialnya, Aspira Square serta kawasan mercu tanda, termasuk LEGOLAND Malaysia Resort, Mall of Medini, dan Hospital Gleneagles Medini untuk keperluan perubatan. Puteri Harbour yang terletak di Iskandar Puteri, menawarkan pelbagai tempat-tempat makan dan ruang runcit dengan pemandangan yang indah di sepanjang Selat Johor.

Pembangunan kediaman seluas 12.87 ekar ini hanya sejauh 5km ke EduCity Iskandar, iaitu hab pendidikan Iskandar Puteri. Institusi-institusi antarabangsa seperti Newcastle University Medicine Malaysia, Raffles University, dan University of Reading Malaysia telah menempatkan kampus mereka di sekitar EduCity Iskandar.

Aspira Gardens ialah pembangunan terbaru yang melengkapkan perancangan induk UEM Sunrise bagi perbandaran Gerbang Nusajaya seluas 4,551 ekar, yang bermula dengan pelancaran Aspira LakeHomes kepada orang ramai pada tahun 2016.

Untuk maklumat lanjut tentang Aspira Gardens dan apa yang ditawarkan, layari uemsunrise.com atau galeri jualan Gerbang Nusajaya yang terletak di dalam Mall of Medini.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS