Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
UEM Sunrise mengutamakan artis tempatan bagi menyokong pemuliharaan alam sekitar dan haiwan
Diterbitkan:  Mar 14, 2022 2:24 PM
Dikemaskini: Mar 15, 2022 2:30 AM

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia telah melancarkan inisiatif komuniti terkini bertajuk “K’Artulistiwa” pada hari Sabtu lepas di galeri jualan KAIA Heights.

Tujuan pameran seni tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan bersama komuniti dengan menganjurkan pameran yang menempatkan karya artis tanah air di galeri jualannya serta menjadi ruang untuk pelbagai aktiviti seni yang diterajui masyarakat seperti mural, bengkel seni, dan pameran solo dan berkumpulan oleh para artis. Aktiviti-aktiviti tersebut terbuka kepada orang awam sebagai usaha untuk mencetuskan minat dan menyebarkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar dan haiwan serta pemeliharaan warisan budaya.

“K’Artulistiwa” adalah permainan kata ‘khatulistiwa’ yang melambangkan lokasi geografi Malaysia, ‘K’ mewakili perbandaran utama Syarikat di Mont’Kiara, ‘art’ sebagai alat untuk menyatukan komuniti, dan ‘tulis’ yang mewakili ekspresi diri. Akhir sekali, “Istiwa” membawa erti “membangkit” dalam istilah Arab, yang sejajar dengan falsafah UEM Sunrise.

Dengan dorongan matlamat Syarikat yang berteraskan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), pameran seni tersebut juga berniat untuk memberi fokus kepada elemen rangka kerja ESG Syarikat, dengan mengemukakan keperluan yang tinggi untuk melindungi biodiversiti serta menonjolkan kepentingan menyokong keperluan para masyarakat. 

“UEM Sunrise menganggap kesenian sebagai wadah untuk komunikasi dan perubahan sosial. Bahkan, seni merupakan tunjang kepada mana-mana masyarakat bertamadun. Adalah penting untuk kami memimpin melalui teladan dengan mempraktikkan strategi pembangunan yang peka terhadap alam sekitar dan sosial. Artis tempatan kita kini merupakan pejuang kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah.

Beliau menambahkan bahawa inisiatif seni tersebut dalam perancangan untuk diperagakan di galeri jualan Syarikat lain dalam masa terdekat.

“Dengan galeri jualan kami yang menjadi lebih daripada sekadar ruang untuk mempamerkan pembangunan kami, ia juga boleh berfungsi sebagai pelantar dan ruang kreatif. Ia merupakan harapan kami agar dapat bekerjasama dengan artis tempatan dengan lebih mendalam untuk membangunkan komuniti mampan diri yang bukan sahaja memperjuangkan pemuliharaan hidupan liar, tetapi juga memperjuangkan seni sebagai satu bentuk ekspresi dan cara untuk menyokong ekonomi tempatan,” kata Sufian.

Untuk pelancaran "K'Artulistiwa" yang pertama, UEM Sunrise telah bekerjasama dengan artis pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar, Suzi Chua, di mana minatnya dalam kesenian dan pemuliharaan alam sekitar telah memberi inspirasi kepadanya untuk memperjuangkan matlamat beliau melalui pelbagai bentuk seni. Inisiatif tersebut dilancarkan semasa acara penghargaan Syarikat bersama pelanggan setianya yang dipanggil Trésorians.

Suzi berkata, “Hutan hujan merupakan habitat kepada pelbagai jenis haiwan - besar mahupun kecil. Oleh sebab penebangan hutan, habitat-habitat semula jadi semakin berkurang, mengakibatkan banyak haiwan liar kehilangan tempat tinggal mereka. Sebagai artis pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar, saya menganggap ini sebagai misi saya untuk menjadi suara bagi mereka, dan menangani isu yang membimbangkan ini dalam masyarakat kita. Saya berharap suara mereka dapat disampaikan melalui lukisan saya dengan meningkatkan kesedaran dan melindungi mereka daripada kepupusan. Melalui kerjasama saya dengan UEM Sunrise, saya mampu menzahirkan kesenian kepada reka bentuk dalaman dan 'memberi kehidupan' kepada galeri jualan KAIA Heights.”

Karya-karya seni beliau kini dipamerkan di sekitar galeri jualan KAIA Heights yang terletak di Taman Equine, Seri Kembangan dan orang awam boleh menghayati dan membeli karya-karya tersebut. Sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada usaha-usaha pemuliharaan Harimau Malaya dan beruang matahari Borneo serta habitat-habitat mereka. Kedua-dua haiwan tersebut merupakan haiwan tempatan kepada ekosistem alam sekitar Malaysia dan kini sedang diancam kepupusan.

Acara : “K’Artulistiwa”
Tarikh : 12 Mac dan seterusnya
Masa: 10 pagi hingga 5 petang setiap hari
Tempat : Galeri Jualan KAIA Heights, Taman Equine, Seri Kembangan
KEMASUKAN PERCUMA


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS