Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Raikan DIRI ANDA bersama Dato Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly sempena Shopee 3.15 Hari Pelanggan
Diterbitkan:  Mar 11, 2022 6:04 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Shopee menyambut Dato Pandelela Rinong dan Datuk Abdul Latif Romly sebagai Duta Jenama 3.15 Hari Pelanggan di Malaysia, dalam pada mereka menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kemenangan-kemenangan kecil dan memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri. Shopee 3.15 Hari Pelanggan ialah jualan mega pertama tahun ini. 

Berlangsung dari sekarang hingga 15 Mac, Shopee menyajikan anda dengan tawaran-tawaran yang hebat demi membantu rakyat Malaysia menemui diri mereka dan meneroka minat baharu. Kini sudah tiba masanya untuk berbuat baik kepada diri sendiri. Nikmati kehidupan mengikut masa anda sendiri, beranikan diri, dan manfaatkan tahun yang menjelang. 

Berikut merupakan antara sorotan yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia:

Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum

Nikmati penghantaran percuma walaupun hanya dengan pembelian satu barang sahaja! Anda tidak perlu risau tentang perbelanjaan minimum apabila membeli-belah, dengan menuntut dan menggunakan baucar istimewa ini semasa membuat pembayaran.

Tawaran Diskaun 95%

Dapatkan barangan daripada senarai kategori Shopee yang luas dan nikmati pelbagai pilihan menarik ketika Shopee menawarkan tujuh sesi Jualan Kilat Shocking Sale setiap hari dengan 40 produk ditawarkan pada potongan harga 95%. Selain itu, para pengguna juga boleh menikmati baucar diskaun 95% setiap hari tanpa perbelanjaan minimum.

Putar & Menang Nissan Almera

Inilah peluang anda untuk memandu pulang sebuah Nissan Almera baharu! Kumpul tiket emas setiap hari sambil anda bermain permainan Spend & Win. Lebih banyak tiket yang anda kumpulkan, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi sebuah kereta baharu.

Sampul Misteri

Jangan lepaskan peluang bermain permainan yang amat menarik sepanjang jualan mega ini, iaitu Sampul Misteri. Berlangsung pada pukul 8 malam setiap hari di Shopee Live hingga 15 Mac, dengan slot tambahan pada jam 12 tengah hari pada 15 Mac, pemanggil bertuah dikehendaki menjawab soalan untuk membuka sampul surat dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan. Para penonton pula boleh meneka sampul surat yang mengandungi hadiah wang tunai utama tersebut, dan berpeluang memenangi Syiling Shopee dengan tekaan yang betul.

Menangi iPhone Setiap Hari

Para pembeli juga berpeluang memenangi sebuah iPhone 13 setiap hari dengan tiket emas yang telah mereka kumpulkan. Pelbagai baucar penjual serta baucar Digi juga bakal dinikmati apabila mengambil bahagian dalam Spin & Win setiap hari.

Tawaran Travel & Shop dari Destinasi Kegemaran Anda

Kerinduan pada keseronokan melakukan perjalanan jauh tidak bermakna anda tidak boleh menikmati produk-produk destinasi kegemaran dari keselesaan rumah anda. Shopee membawakan kepada anda koleksi tawaran dari Korea dan Indonesia dengan diskaun hingga 50% manakala koleksi dari China ditawarkan pada harga RM5 ke bawah.

Shopee Mall

Dapatkan produk-produk yang dijamin 100% tulen daripada rangkaian jenama yang luas di Shopee Mall dengan tawaran dan diskaun yang diperbaharui setiap hari. Nikmati hari diskaun 25%, Pulangan Tunai Syiling Shopee 25% dan baucar 25% untuk pelbagai jenama serta banyak lagi! Jika ini masih tidak mencukupi, raikan Shopee 3.15 Hari Pelanggan ini dengan potongan harga lebih menarik hingga 30% dan baucar 30% daripada jenama kegemaran anda seperti Huawei, Pandora, Watsons dan Timberland!

ShopeeFood Day 

Nikmati diskaun hebat pada ShopeeFood Day dari 12 hingga 14 Mac 2022. Ini termasuk Penghantaran Percuma Sepanjang Hari, Diskaun 50% Super Deals, baucar Masa Terhad dengan diskaun hingga 65% (3 petang hingga 5 petang) dan Savings Pass pada RM0.10 dengan baucar bernilai hingga RM195. Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk sebarang pesanan ShopeeFood, para pengguna juga berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai hingga RM5,898 dalam peraduan Order & Win. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shopee.com.my/m/shopeefoodday

Tawaran TV Shopee 

Saksikan Shopee Live atau TV3 pada pukul 9 malam pada 15 Mac untuk mendapatkan tawaran TV terbaik sambil menikmati beberapa persembahan selebriti tempatan yang memukau semasa program Tawaran TV Shopee untuk 3.15 Hari Pelanggan. Nantikan juga penampilan istimewa daripada sebuah kumpulan penyanyi lelaki dari Korea!

Tandakan 15 Mac pada kalendar anda

Pada hari terakhir jualan mega tersebut, bersiap sedia untuk 12AM - 2AM Midnight Madness, Shop & Win, lebih banyak Waktu Penghantaran Percuma, 95% Pulangan Tunai Syiling Shopee dan banyak lagi untuk membolehkan anda menikmati lebih dengan wang Ringgit anda!

Bagi para pengguna SpayLater pula, pada 15 Mac, nikmati ansuran 0% selama 3 bulan dan 6 bulan untuk semua produk FMCG dari 12 tengah malam hingga 11:59 malam, baucar khas Shopee 3.15 Hari Pelanggan bernilai hingga RM65 dan juga Baucar Masa Terhad dari 12 tengah malam hingga 2 pagi dan 12 tengah hari hingga 2 petang bernilai RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120.

Shopee 3.15 Hari Pelanggan menampilkan pelbagai promosi menarik daripada jenama terkenal di Shopee Mall termasuk CU Malaysia, Dessini, Enfagrow, Grafen, Huawei, Mentholatum, P&G, Skechers, TTRacing dan Vinda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 3.15 Hari Pelanggan, layari https://shopee.com.my/m/Consumer-Day. Pastikan anda menambah nilai dan menggunakan ShopeePay untuk menikmati proses pembayaran yang lebih lancar.

*Tertakluk pada terma dan syarat.


Kandungan ini disediakan oleh Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS