mk-logo
Pengumuman
KOPETRO duduki tangga kedua koperasi terbaik negara bagi tahun 2021
Diterbitkan:  Feb 15, 2022 5:51 PM
Dikemaskini: Feb 22, 2022 1:06 PM

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah dipilih sebagai koperasi kedua terbaik didalam senarai indeks 100  koperasi terbaik Malaysia, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak  penubuhannya pada tahun 1980. 

Pengerusi KOPETRO, Tuan Haji Khairu Najhan Bin Zainuddin berkata, pengiktirafan  tertinggi yang diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah  berdasarkan kecemerlangan KOPETRO dalam mengurus tadbir dan kedudukan  kewangan yang terus kukuh.

Katanya, pengiktirafan itu diumumkan pada Majlis Program Pelancaran Sambutan  100 Tahun Koperasi anjuran SKM di Aloft Hotel, Kuala Lumpur SENTRAL, Kuala  Lumpur baru-baru ini. Sebelum ini pencapaian terbaik KOPETRO adalah Koperasi ke 5 terbaik pada Tahun 2020. 

“Sebagai salah satu koperasi terunggul di Malaysia, kami akan terus komited bagi  menjadikan KOPETRO sebagai suatu jenama korporat yang dikenali dan diterima  ramai”. 

“Pengiktirafan ini penting bagi membuktikan KOPETRO berada pada landasan yang  tepat dalam memantapkan pengurusan operasi yang efisien menerusi urus tadbir  yang cekap berdasarkan inisiatif-inisiatif di dalam Pelan Strategik KOPETRO 2021- 2025 dalam merialisasikan 5 sasaran utama KOPETRO.  

"Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada  semua pihak termasuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA,  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Anggota Lembaga  Koperasi dan semua anggota KOPETRO di atas kepercayaan yang diberikan.

Penghargaan juga kepada seluruh warga kerja KOPETRO atas usaha yang  dicurahkan dalam meletakkan KOPETRO ke peringkat ini,” katanya dalam satu  kenyataan. 

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah juga  menyatakan transformasi budaya kerja kakitangan KOPETRO turut menjadi faktor  penyumbang kepada pencapaian ini. “Perubahan terhadap budaya kerja yang  menitikberatkan semangat kecemerlangan dan semangat kerja berpasukan juga  menjadi pendorong kepada pencapaian ini”. 

“Konsep ini selaras dengan pegangan gagasan koperasi yang bergerak seramai  mungkin secara bersama-sama bagi membolehkan pembaharuan dan kecemerlangan berlaku,” katanya.

Kata Ahmad Shakir lagi, bagi menghadapi cabaran perniagaan tatkala dunia masih  lagi berperang dengan pandemik Covid 19, KOPETRO akan berusaha dengan lebih  sistematik bagi memastikan kelestarian prestasi KOPETRO dapat diteruskan.

“Selain itu, KOPETRO juga menumpukan usaha dengan lebih agresif untuk  meningkatkan perniagaan KOPETRO supaya dapat menjana memberikan lebih  banyak manfaat untuk menarik lebih ramai anggota untuk menyertai KOPETRO,” katanya. 

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad  (KOPETRO) dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS, juga telah menerima  dua anugerah berprestij pada tahun 2020 iaitu anugerah oleh The BrandLaureate bagi  kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards dan juga Lang International Corporate  Titan Awards – Cooperative Icon of The Year 2020. 

Selain Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan  Perhotelan, Makanan dan Minuman juga Perdagangan dan Peruncitan. 

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)  boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di http://www.kopetro.com.my/ atau di akaun  media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad. 


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS