Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Pusat Beli Belah AEON Metro Prima menjadi tuan rumah Pameran Pokémon Tcg Ke-25
Diterbitkan:  Feb 10, 2022 1:46 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

AEON CO. (M) BHD. (AEON) membawa berita gembira kepada peminat Pokémon dengan menganjurkan pameran Pokémon Trading Card Games (TCG) ke-25 di Pusat Beli Belah AEON Metro Prima di Kuala Lumpur.

Pameran yang berlangsung dari 28 Januari hingga 13 Februari 2022 ini diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Pokémon TCG. Pokémon sangat popular di kalangan peminat di Malaysia serta di rantau Asia Tenggara semenjak 1990-an.

Encik Naritomo Yamazaki, Ketua Pegawai Eksekutif, AEON Fantasy (M) Sdn. Bhd. yang instrumental dalam menganjurkan pameran tersebut berkata, “Kami turut merasa teruja sebagaimana para peminat Pokémon dengan acara ini. Ia memberi peluang bagi mengimbau kembali kenangan indah berinteraksi dengan watak-watak di dalam permainan ini. Pada masa yang sama dapat mengetahui tentang evolusi terbaharunya dan mendekatkan diri dengan komuniti permainan Pokémon melalui pelbagai aktiviti termasuk pertukaran dan menjual barangan koleksi Pokémon seperti kad dan figurin.”

Menurut Encik Tsutomu Motomura, Timbalan Pengarah Urusan AEON yang turut melaksanakan pelancaran majlis, “Kami di AEON bersyukur dan berbesar hati menjadi pusat beli belah pertama di Malaysia yang menganjurkan Pameran Pokémon TCG bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-25.”

“AEON bukan sekadar memberikan khidmat sektor peruncitan baharu. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman baharu lagi menyeronokkan kepada para pelanggan kami, bagi mereka mencipta kenangan indah semasa mereka bersama kami. Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan peminat Pokémon berkumpul di sini untuk hari yang dipenuhi dengan keriangan menerusi pelbagai aktiviti namun SOP terus dipatuhi,” tambah Motomura.

Acara tersebut mempamerkan Pokémon TCG: Celebrations cards, Pokémon TCG: Sword and Shield - Evolving Skies, dan Pokémon TCG: Sword and Shield - set pengembangan Fusion Strike. Peminat turut berpeluang untuk menukar kad mereka, menonton demonstrasi permainan video terbaharu, Pokémon Legend: Arceus, bermain Pokémon Ga-Olé dan membeli produk dan barangan rasmi Pokémon.

Peminat juga dapat menonton penampilan Pikachu pada setiap Sabtu dan Ahad pada jam 3.00 petang, 5.00 petang dan 7.00 malam yang merangkumi sesi ‘Meet & Greet’, ‘Walkabout’ dan Tarian.

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON untuk memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Matlamat 3) yang memfokuskan kepada Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik. Ianya menggalakkan kehidupan yang sihat dan kesejahteraan untuk semua pada setiap peringkat umur. 


Kandungan ini disediakan oleh AEON CO. (M) BHD.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS