Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
UEM Sunrise memulakan 2022 dengan penuh semarak sempena pembukaan rasmi pameran KAIA Heights
Diterbitkan:  Jan 21, 2022 9:55 AM
Dikemaskini: 1:55 AM

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia telah merasmikan pembukaan pameran KAIA Heights dengan menampilkan kediaman bertingkat atas bukit yang eksklusif di Equine Park, Seri Kembangan yang dikelilingi keindahan alam semula jadi terpelihara yang lapang, landskap pelbagai generasi, dan kemudahan-kemudahan lain yang menarik.

Terletak di puncak bukit yang dikelilingi Persiaran Equine Pardana dan Jalan Equine, setiap unit dalam pembangunan 19.24 ekar ini mempunyai pemandangan tanpa halangan yang menghadap sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Jalil, atau Hutan Simpan Ayer Hitam yang mengagumkan.

Pembina-pembina KAIA Heights merangkumi portfolio yang terdiri daripada barisan arkitek, pereka dalaman dan landskap yang terkemuka, yang memberi perhatian kepada konsep kediaman tiga-generasi, di mana para penduduk boleh menangkap semula (‘Recapture’) kemeriahan pengembaraan luar; mengecas semula tenaga (‘Replenish’) selepas seharian bekerja; dan merehatkan (‘Restore’) badan, minda dan jiwa dengan udara segar yang mencukupi dan suasana landskap serba hijau, terutamanya untuk warga emas.

Dikelilingi oleh kehijauan semula jadi, KAIA Heights menyediakan lapangan alam semula jadi yang terpelihara seluas enam ekar dan landskap berukuran lapan ekar serta kemudahan yang memenuhi keperluan keluarga pelbagai generasi yang ingin mencari ketenangan hidup. Ia merupakan kehidupan alam semula jadi yang adiwarna walaupun berkedudukan hanya beberapa minit dari pelbagai kemudahan-kemudahan yang ditawarkan di Seri Kembangan.

Para penduduk boleh membeli-belah di AEON Mall Taman Equine atau Giant Seri Kembangan. Sekolah antarabangsa seperti Alice Smith dan Rafflesia International School juga berada di kawasan berdekatan.

KAIA Heights juga berdekatan dengan lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP), Lebuh Raya KL-Putrajaya (MEX) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), dan Lebuh Raya Bukit Jalil, serta jarak hanya sejauh 1.6km dengan kereta ke stesen MRT Taman Equine yang bakal dibangunkan.

Terhad kepada 10 unit setiap tingkat, KAIA Heights yang berketumpatan rendah dibina dalam dua fasa pembangunan di mana setiap fasa terdiri daripada dua menara, yang menempatkan lebih kurang 30 tingkat bagi setiap unit. Dengan harga permulaan RM567,800, purata keluasan untuk setiap unit adalah antara 972 hingga 1,437 kaki persegi bagi fasa pertama, dengan beberapa unit dilengkapi dengan ruang tambahan yang boleh diubahsuai kepada pejabat rumah, gim mini atau kawasan permainan kanak-kanak.

KAIA Heights juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, laluan joging sepanjang 1.2km, dewan serbaguna/gelanggang badminton, gimnasium, tiga jenis kolam renang, tapak BBQ, dan kawasan permainan pelbagai generasi dalam lingkungan seluas lapan ekar. KAIA Heights berusaha untuk mempromosikan gaya hidup aktif untuk para penduduknya sambil dikelilingi alam semula jadi.

Dengan lokasi KAIA Heights yang eksklusif dan strategik bersama kemudahannya yang menarik serta harga mampu milik, pembangunan kediaman yang bakal menyusul ini merupakan rumah yang mudah dimiliki untuk para pembeli rumah kali pertama termasuk keluarga-keluarga pelbagai generasi - kecil dan besar, golongan muda, dan juga warga emas.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah mengatakan bahawa KAIA Heights direka untuk menginspirasikan pengalaman hidup yang ceria dengan keinginan untuk menyediakan ruang tempat kepada penduduk untuk mencari kualiti hidup yang lebih baik bagi diri serta ahli keluarga mereka.

“Pembangunan yang berkonsep kekeluargaan ini dibina dengan pelbagai ruangan serba hijau dan kemudahan rekreasi berintegrasi yang menyediakan landasan untuk gaya hidup aktif di samping menawarkan akses mudah ke pelbagai kemudahan kesihatan, pusat pendidikan dan ruang runcit. Persekitaran berketumpatan rendah ini meningkatkan nilai, kebolehdiaman dan daya tarikan KAIA Heights, justeru menjadikan KAIA Heights sesuai untuk para pembeli rumah kali pertama, pembeli yang ingin menaiktaraf, serta pasangan yang berkeluarga muda,” tambah Sufian.

“UEM Sunrise memahami keperluan sebuah masyarakat yang terangkum, oleh kerana itu kemudahan rekreasi tersebut bersifat berbilang generasi untuk membuatkan ia lebih menarik bagi warga emas dan turut memperluaskan keupayaan untuk menjana ruang yang selamat dan selesa buat generasi keluarga akan datang,” tambah Sufian.

KAIA Heights kini mendapat pensijilan perak Green-RE. Ia menggunakan bahan tidak toksik, beretika dan mampan serta menggunakan air hujan untuk pengairan. Pembangunan tersebut juga memulihara hampir 40% daripada perhutanan di sekitar kawasan, menggunakan kompos yang dikitar semula daripada sisa hortikultur, dan direka bentuk tanpa telaga udara untuk pengudaraan yang lebih baik. UEM Sunrise turut bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia untuk menanam pelbagai spesies pokok yang merupakan tumbuhan asli di persekitaran Hutan Simpan Ayer Hitam.

Fasa pertama dijangka siap pada suku pertama 2025. Pembangunan secara keseluruhannya akan menempatkan sekitar 924 unit dengan purata 48 unit setiap ekar. Walaupun pembangunan terletak di atas puncak bukit yang eksklusif, pembinaan akan dilaksanakan dengan mematuhi piawaian keselamatan yang paling ketat, mengekalkan paras tanah tinggi dan pelepasan sekurang-kurangnya 14m dalam garisan anjakan bangunan.

KAIA Heights juga terlibat dalam Kempen Tahun Baru Cina ‘Happy Duo Duo’ UEM Sunrise yang dilancarkan pada minggu lepas. Ia diilhamkan daripada ungkapan “Twice the Joy, Double the Happy” yang selaras dengan slogan Syarikat “Find Your Happy”, di mana kempen tersebut bertujuan untuk menyemarakkan perasaan ceria sewaktu berkumpul dan meluangkan masa bersama orang tersayang, keluarga, serta rakan-rakan dan menghargai mereka semasa musim perayaan ini. Para pembeli rumah yang menandatangani SPA mereka dengan pembangunan-pembangunan yang tertentu berpeluang untuk memenangi cabutan hadiah serta diskaun istimewa.

Orang ramai boleh menghubungi talian 1800 88 8008 untuk menempah temujanji untuk melihat unit pameran di KAIA Heights di Equine Park, Seri Kembangan. Mereka boleh mengunjungi galeri jualan melalui aplikasi Waze atau Google dengan menaip 'KAIA Heights’. Layari uemsunrise.com untuk maklumat lanjut tentang pembangunan-pembangunan yang menarik.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS