Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Pembiayaan Peribadi Dengan Kadar Keuntungan Terapung
Diterbitkan:  Jan 19, 2022 12:30 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu disebabkan wabak pandemik Covid-19 ini, masalah kewangan pastinya menjadi isu utama bagi mereka yang terkesan. Meskipun dengan pelbagai program yang dijalankan oleh kerajaan dalam membantu mereka yang terkesan disebabkan wabak ini, namun, ianya mungkin tidak mencukupi bagi mereka yang amat memerlukan bantuan.

Oleh itu, pembiayaan atau pinjaman peribadi adalah menjadi pilihan utama bagi mereka yang memerlukan wang tambahan. Berdasarkan permintaan yang tinggi bagi pembiayaan peribadi dan juga bagi menyediakan banyak lagi pilihan kepada pelanggan, Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan produk pembiayaan peribadi islamik yang baharu iaitu Pembiayaan Peribadi-i Al Yaseer.

Perkataan ‘Yaseer’ yang membawa maksud fleksi atau mudah ini menggambarkan proses permohonan yang mudah dan kelulusan permohonan yang segera ditawarkan oleh CBP kepada pelanggan. Kadar keuntungan yang digunakan bagi produk Pembiayaan Peribadi Al-Yaseer adalah berdasarkan Kadar Keuntungan Terapung yang boleh berubah mengikut Kadar Asas. Walaubagaimanapun, perubahan kepada Kadar Keuntungan Terapung tidak akan melebihi Kadar Keuntungan Siling yang telah ditetapkan semasa akad perjanjian pembiayaan di antara pelanggan dan CBP.

Penawaran Pembiayaan Peribadi-i Al-Yaseer CBP ini telah bermula pada 1 Januari 2022 dan pastinya ianya merupakan satu pilihan kepada pelanggan yang memerlukan pembiayaan peribadi dengan proses permohonan yang mudah dan kelulusan yang pantas. Pelanggan yang terdiri daripada kakitangan awam atau swasta adalah layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi-i Al-Yaseer.

Kelebihan produk Pembiayaan Peribadi-i Al-Yaseer adalah ansuran bulanan yang boleh berubah jika berlaku perubahan kepada Kadar Keuntungan Terapung. Pelanggan akan menikmati jumlah ansuran bulanan yang lebih rendah jika berlaku penurunan kepada Kadar Keuntungan Terapung disebabkan penurunan kepada Kadar Asas. Secara tidak langsung ianya akan meringankan komitmen bulanan pelanggan.

Selain dari itu, Ibra’ (rebat) juga akan diberikan kepada pelanggan jika pelanggan membuat penyelesaian awal sebelum tarikh matang pembiayaan dan juga Ibra’ (rebat) akan diberikan ke atas jumlah keuntungan yang dikenakan berdasarkan perbezaan di antara Kadar keuntungan Terapung dan Kadar Keuntungan Siling.

Dengan kaedah permohonan yang mudah, kelulusan yang pantas serta ansuran bulanan yang boleh berubah bagi Pembiayaan peribadi-i Al Yaseer CBP ini, ternyata ianya amat memberi kelebihan kepada pelanggan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pembiayaan Peribadi-i Al-Yaseer ini boleh layari laman web www.cbp.com.my atau hubungi 1 300 88 7650. Orang ramai juga boleh berkunjung ke cawangan CBP terdekat di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat.


Kandungan ini disediakan oleh Co-opbank Pertama (CBP).

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS