Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
UEM Sunrise melancarkan kempen Tahun Baru Cina tahun ini dengan ‘Happy Duo Duo’ yang dipenuhi dengan keceriaan dan perpaduan
Diterbitkan:  Jan 17, 2022 9:00 AM
Dikemaskini: 1:00 AM

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, telah melancarkan kempen Tahun Baru Cina bertemakan ‘Happy Duo Duo’ pada tahun ini untuk meraikan semangat kebersamaan dan keceriaan sempena sambutan tahun Harimau.

Kempen Tahun Baru Cina ‘Happy Duo Duo’ Syarikat diilhamkan daripada ungkapan “Twice the Joy, Double the Happy” yang selaras dengan slogan Syarikat “Find Your Happy”. Frasa "Duo Duo" yang membawa maksud "lebih banyak" juga merupakan permainan perkataan yang mencerminkan "22" berikutan sambutan tahun 2022. Kempen tersebut bertujuan untuk menyemarakkan perasaan ceria sewaktu berkumpul dan meluangkan masa bersama orang tersayang, keluarga, serta rakan-rakan secara selamat selaras dengan norma baharu semasa musim perayaan ini.

“Berlandaskan adat Tahun Baru Cina yang disambut setiap tahun, kami ingin meraikan kebahagiaan dan keceriaan ketika berkumpul dan bersama semula dengan orang yang tersayang, terutamanya selepas hampir dua tahun berada dalam perintah kawalan pergerakan. Kempen ini meraikan dan memberi penghormatan kepada tradisi-tradisi kecil Tahun Baru Cina yang kita berpegang teguh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.

Sepanjang tempoh kempen Tahun Baru Cina, UEM Sunrise akan menganjurkan beberapa akitiviti digital, promosi, dan video bertemakan perayaan bagi mempamerkan semangat kebersamaan. Terdapat juga banyak hadiah untuk dimenangi oleh para pembeli rumah serta orang awam.

Para pembeli rumah yang menandatangani SPA menjelang 22 Mac dapat menyertai pertandingan ‘Happy Duo Duo Book, Sign & Win’ secara automatik dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM622,222 termasuk peralatan dapur dan barangan elektronik. Selain itu, pelbagai faedah lain turut ditawarkan termasuk pengecualian daripada bayaran yuran guaman semasa menandatangi SPA dan permohonan pinjaman serta pengecualian duti setem untuk pembangunan-pembangunan yang tertentu bagi memudahkan lagi pengalaman membeli rumah. Pelanggan-pelanggan bertuah turut berpeluang memenangi cenderahati khusus daripada pembangunan terpilih.

Pembangunan-pembangunan terpilih termasuk KAIA Heights, Serene Heights; Radia Bukit Jelutong; Allevia Mont’Kiara; Solaris Parq; dan Residensi AVA, Kiara Bay di wilayah Tengah. Manakala di wilayah Selatan termasuk Senadi Hills; The Maris; Bayu Angkasa; Serassa Greens; Estuari Gardens; Teega Suites; Almãs Suites; Aspira ParkHomes; Aspira LakeHomes; Aspira Gardens; dan Aspira Square. Pembangunan-pembangunan Syarikat di perbandaran Forest Heights di Seremban yang turut menjadi rebutan termasuk Broadhill Residence, Begonia Forest Heights, Arden Hill, dan Aster.

Sebagai sebahagian daripada usaha kempen untuk menggalakkan kemampanan dan usaha pemuliharaan harimau sempena Tahun Harimau, UEM Sunrise akan menderma RM100, dengan had maksima RM22,200, kepada Program Pemuliharaan Harimau Malaya oleh Perikatan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan Malaysia (MYCAT) bagi setiap penyertaan yang lengkap untuk pertandingan ‘Send Happy Tiger Home Safely’ melalui laman web UEM Sunrise. Para peserta hanya perlu menjawab lapan soalan berbentuk pencarian harta karun (‘treasure hunt’) untuk berpeluang memenangi FUJIFILM Instax Mini 9.

“Di samping meraikan kegembiraan sempena Tahun Baru Cina ini, ia adalah wajar untuk kami meneruskan usaha-usaha kemampanan kami, kali ini untuk meningkatkan kesedaran terhadap inisiatif pemuliharaan harimau di negara ini.

“Secara umum, kita mengetahui bahawa harimau Malaya yang dibiarkan di hutan liar telah diklasifikasikan sebagai spesies yang terancam. Sebagai lambang negara kita, adalah penting bagi kita untuk memahami dan berusaha untuk memelihara haiwan ini dan habitat mereka; ini selaras dengan sifat-sifat C.H.I.E.F., yang merupakan singkatan nilai-nilai teras kami, iaitu Caring, Honest, Involved, Enthusiastic, dan Fun-loving,” tambah Sufian.

Pengguna-pengguna media sosial juga boleh menyertai pertandingan ‘Happy Tiger Filter’ melalui Instagram di mana pengguna merakam video selfie atau mengambil gambar dengan penapis foto bertemakan kempen ini sebagai ‘Reel’ dan kongsikannya untuk memenangi baucar Grab.

Tempoh kempen tersebut bermula pada 12 Januari dan berakhir pada 22 Mac 2022.

Sementara itu, pusat membeli-belah induk UEM Sunrise yang berkonsep kreatif di Mont’Kiara, Publika Shopping Gallery, akan menganjurkan bazar Tahun Baru Cina dengan lebih daripada 50 gerai yang menjual barangan perayaan seperti biskut, hamper, kotak hadiah limau mandarin premium, pakaian dan hiasan rumah. Bazar tersebut akan berlangsung dari 10 Januari sehingga 30 Januari 2022. Bengkel-bengkel seperti Kaligrafi Pelangi dan Karikatur juga akan berlangsung pada hujung minggu, diikuti oleh sesi lawatan Dewa Kekayaan (God of Prosperity) pada 23 dan 29 Januari, dan tidak ketinggalan sebuah arca maskot ‘Happy Tiger’ setinggi 8 kaki untuk penggambaran Instagram.

Ikuti perkembangan terkini dan ketahui lebih lanjut tentang Kempen Tahun Baru Cina 'Happy Duo Duo' UEM Sunrise dengan mengunjungi laman Facebook (@UEMSunrise) dan Instagram (@uem_sunrise) atau layari uemsunrise.com/happyduoduo.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS