Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Banjir: Lumpur tebal beri cabaran kepada mangsa di Kampung Insaf, Lanchang
Diterbitkan:  Jan 7, 2022 8:11 AM
Dikemaskini: Jan 10, 2022 4:23 AM

Pahang: Penduduk di kawasan Kampung Insaf, Lanchang tidak menyangka mereka akan dilanda banjir kilat yang disertai lumpur teruk. Seramai 17 buah keluarga tinggal di kampung berkenaan kini hanya dapat melihat kesan kerugian dan kehilangan yang dialami selepas terkesan teruk akibat banjir tersebut.

Salah satu daripada dua buah rumah penduduk yang baru sahaja siap dibaikpulih melalui peruntukan Pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) turut dihanyutkan banjir manakala rumah-rumah yang rendah telah roboh kerana ditelengami air. Selain itu, terdapat 4 buah keluarga di kawasan tersebut yang sudah tidak dapat menduduki di rumah mereka.

Mangsa banjir dari Kampung Insaf, Zulkiflee Muhammad, berkata kejadian banjir tersebut berlaku selepas 3 hari hujan berterusan. Walaupun kawasan tersebut telah dinaiki air pada awal tahun lalu namun airnya tidak berlumpur seperti yang berlaku kali ini.

Pihak Kerajaan menghulurkan bantuan dengan cepat

Menurut Arman bin Muhammad Jaffar, kerajaan telah memberikan bantuan dengan cepat kali ini. Sebelum penduduk-penduduk berpindah ke penempatan untuk membersihkan rumah, pihak kerajaan sudah menampilkan diri untuk membantu mereka dari segi pembersihan, makanan, kelengkapan dan lain-lain.

Mangsa banjir telah diberikan bantuan dalam masa 10 hari, dimana kerajaan pusat telah memberikan sumbangan RM 1000 manakala kerajaan negeri telah memberikan RM 500 berserta tilam dan peralatan dapur dan elektrik. Walaupun, jumlah sumbangan yang diberikan tidak dapat menyempurnakan semua hasil kerugian penduduk, namun mereka bersyukur atas sumbangan tersebut.

Majoriti penduduk di kampung tersebut berharap badan-badan kerajaan dapat membantu mereka untuk mendapatkan penempatan yang baru supaya keselamatan mereka dapat dijamin.

Selain pihak kerajaan, terdapat juga pihak NGO dan persendirian yang datang untuk membantu. Penduduk di kampung tersebut juga berkata bahawa pihak Jabatan Kerja Raya Melaka juga telah memasang pendawaian litar elektrik dan mentol dalam masa sehari untuk meringankan beban mangsa di kawasan tersebut.

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Baru-baru ini YAB Perdana Menteri telah mengumumkan inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia sehingga RM1,000 yang akan diberikan kepada warganegara yang layak untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Untuk memanfaatkan baucar diskaun tersebut, pemilik kenderaan tidak perlu membuat sebarang permohonan. Pemilik kenderaan dengan kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat.

Setakat ini, hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.

Bantuan Pembelian Peralatan Elektrik Domestik

Perdana Menteri juga telah mengumumkan bahawa bantuan Pembelian Peralatan Elektrik Domestik sebanyak RM500 dalam bentuk e-rebat akan diberikan kepada mangsa banjir untuk meringankan beban pengguna elektrik domestik yang terkesan, untuk membuat pembelian peralatan elektrik bagi menggantikan peralatan yang rosak.

Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022 dan pengguna dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis/pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan manakala Pembelian Barangan Elektrik Domestik telah bermula pada 7 Januari 2022. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman sesawang di pautan www.seda.gov.my/bantuan



This content is provided by 99 Media.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS