Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Hidup bersama COVID-19: Era baharu dengan pendekatan pelbagai cabang sebagai maklum balas terhadap COVID
Diterbitkan:  Dec 16, 2021 9:00 AM
Dikemaskini: Dec 22, 2021 2:40 AM

Gambar di atas: Atas kiri: Dr Peter Tok; Atas kanan: Dr Chua Hock Hin; Bawah: Dr Leong Hoe Nam

Virus COVID-19 akan terus berada di sekeliling kita buat tempoh yang lama dan ia juga menjejaskan kehidupan komuniti di seluruh dunia. Di Malaysia, pandemik ini bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi dan masyarakat, tetapi juga sumber penjagaan kesihatan negara. Prihatin dengan keadaan ini, Roche Malaysia baru-baru ini menganjurkan satu perbincangan meja bulat bersama media untuk memberi tumpuan terhadap pengurusan, intervensi dan pilihan rawatan, selain itu vaksinasi juga diperlukan, bagi membantu komuniti, khasnya pesakit-pesakit yang lemah, untuk menjalani kehidupan dalam norma baharu.

Panel-panel yang terlibat dalam sesi perbincangan tersebut termasuk Dr Chua Hock Hin, Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Penyakit Berjangkit dari Hospital Umum Sarawak dan Dr Leong Hoe Nam, Pakar Perunding Penyakit Berjangkit Klinik Rophi dari Pusat Perubatan Pakar Mount Elizabeth Novena, Singapura. Sementara Dr. Peter Tok dari Pusat Penyelidikan Hasil Klinikal, Institut Penyelidikan Klinikal Malaysia berperanan sebagai moderator.

“Orang awam perlu menyedari bahawa terdapat pilihan rawatan sedia ada dan pilihan rawatan yang bakal berada dipasaran tidak lama lagi bagi membantu mereka mengawal simptom-simptom yang dialami, selain menyumbang kepada pencegahan dan rawatan terhadap penyakit ini,” kata Dr. Peter. Beliau percaya bahawa kemudahan ini diperlukan bagi mencegah dan menentang penularan COVID-19 pada masa hadapan serta meminimumkan penutupan ekonomi. Ia sekaligus dapat menyumbang kepada penerimaan orang ramai untuk hidup bersama COVID-19 di kalangan kita.

“COVID-19 merupakan cabaran kesihatan global yang terbesar dalam kehidupan kita, namun, bagaimanakah kita dapat hidup bersamanya?” tanya Dr Chua. Beliau berkata, “Salah satu cara terbaik adalah untuk melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk memahami penyakit dan kepelbagaian pilihan rawatan yang ada, termasuk perubatan moden, solusi diagnosis dan vaksin. Seperti yang kita ketahui, syarikat-syarikat, institusi penyelidikan dan kerajaan sedang bekerjasama untuk mencari jalan yang berpotensi untuk merawat dan menguruskan COVID-19. Oleh itu, adalah amat penting agar sistem kesihatan mengambil langkah awal bersama pemberian vaksin serta kaedah-kaedah pencegahan dan rawatan bagi membasmi penularan COVID-19.”

Tambah beliau, “Pesakit COVID-19 yang paling lemah perlu diberi perhatian lebih kerana mereka tidak mampu membentuk antibodi yang mencukupi bagi melawan virus berkenaan. Walaupun telah divaksin, pesakit-pesakit ini masih mudah terdedah kepada jangkitan ekoran komorbiditi yang tersirat atau ubat-ubatan yang diambil. Terdapat pelbagai rawatan berbeza yang tersedia, pada masa sama sedang dibangunkan, bagi menangani keperluan pesakit-pesakit yang berada di rumah mahupun hospital. Ia merangkumi terapi profilaktik dan rawatan ini diharapkan dapat mencegah mereka daripada mengalami keadaan penyakit yang lebih teruk dan menawarkan lebih banyak pilihan rawatan sekiranya mereka berada di hospital. Langkah-langkah ini seterusnya dapat membenarkan pesakit-pesakit terlibat menjalani kehidupan normal yang baru bersama COVID-19.

Dr Leong berkata, “Di samping penjagaan klinikal, penambahan oksigen dan ventilasi mekanikal, terdapat beberapa pilihan rawatan yang telah terbukti berkesan bagi merawat pesakit COVID-19. Contohnya, antibodi peneutralan (Nabs), antivirus dan imunomodulator.

Mengulas lanjut berkenaan NAbs, katanya, “Antibodi peneutralan ini adalah antibodi yang terbentuk secara semulajadi. Ia memainkan peranan penting terhadap sistem imun tubuh. Antibodi ini memberi isyarat bahawa terdapat kehadiran patogen dalam tubuh bagi membolehkan sel-sel darah putih mencari dan membunuhnya. Antibodi peneutralan bertanggungjawab untuk menghalang kemasukan patogen ke dalam sel agar ia tidak menjangkiti sel-sel sihat, tidak berkembang dan menyebabkan jangkitan yang lebih teruk1. Sementara itu, antivirus pula bertindak secara berlainan, bergantung pada jenis ubat dan virus. Antivirus boleh menghalang reseptor agar virus tidak terikat dan memasuki sel-sel sihat. Ia membantu menentang jangkitan virus dan mengurangkan beban virus iaitu amaun virus aktif dalam tubuh2. Satu lagi rawatan adalah yang melibatkan imunomodulator. Ia merupakan satu kelas ejen yang merangsang atau menahan sistem imun. Ia sering digunakan sebagai salah satu cara menentang kanser, jangkitan atau penyakit-penyakit lain3.

Dr Leong menambah,, “NAbs adalah satu bentuk rawatan terkini. Sekiranya diberikan awal kepada pesakit, kita berupaya menurunkan kadar morbiditi dan kematian. Kita telah mencapai perkembangan yang pesat sepanjang pandemik ini dan akan terus berdaya tahan untuk menghadapi cabaran akan datang, khasnya apabila dilengkapi dengan rawatan-rawatan inovatif ini.”

Sejak permulaan pandemik COVID-19, Roche telah meneroka pelbagai pendekatan bagi memenuhi keperluan mereka yang terkesan ekoran virus berkenaan. Sungguhpun kadar vaksinasi kian meningkat di seluruh dunia, namun kebanyakan negara sedang berhadapan dengan gelombang keempat penularan virus tersebut. Ini dapat dilihat menerusi menerusi peningkatan angka kes yang dilaporkan. Oleh demikian, pilihan rawatan bagi setiap tahap penyakit dan varian yang membimbangkan masih diperlukan.

Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Bhd berkata, “Dalam keadaan yang luar biasa ini, kami komited untuk bekerjasama dengan sistem kesihatan negara dalam usaha menentang COVID-19 dan meminimumkan impak virus berkenaan. Kami telah menghasilkan beberapa solusi diagnostik yang membantu mengesan dan mendiagnosis jangkitan berkenaan, di samping terus membangunkan dan menyokong terapi-terapi berpotensi yang boleh memainkan peranan dalam merawat penyakit ini.”

“Impak COVID-19 melangkaui jangkitan terhadap pesakit. Oleh itu kami menjalin kerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan, pihak berkuasa dan organisasi-organisasi berkaitan untuk membantu memastikan pesakit terus menerima inovasi terkini dalam ujian, rawatan dan penjagaan yang diperlukan sepanjang tempoh yang amat mencabar ini. Dengan memanfaatkan tradisi perkongsian yang telah lama terjalin, kami akan sama-sama berusaha untuk mengukuhkan industri penjagaan kesihatan agar lebih mampan pada masa hadapan.”


Kandungan ini disediakan oleh Roche (Malaysia) Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS