Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Memupuk impian baru dengan Allianz L.E.A.P
Diterbitkan:  Dec 11, 2021 9:00 AM
Dikemaskini: 1:00 AM

Para pelajar pengajian tinggi kini boleh memperoleh ilmu serta meneroka kebolehlaksanaan dan peluang dalam industri insurans melalui program Allianz L.E.A.P.

Allianz L.E.A.P. adalah sebuah "ekosistem kejayaan" yang menyediakan para pelajar pengajian tinggi dengan sebuah platform di mana mereka boleh (Learn) belajar, (Engage) berinteraksi, mempunyai peluang untuk memperoleh (Apprenticeships) perantisan, dan yang paling penting; membantu mereka mencari (Purpose) tujuan hidup mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) Joseph Gross berkata Syarikat berbangga menjadi penanggung insurans pertama yang menawarkan program sedemikian dan terus komited untuk mencipta peluang kerjaya yang pelbagai dalam industri insurans.

“Di Allianz, kami mengambil berat tentang komuniti di sekeliling kami – termasuklah masyarakat sekeliling, pembelajaran dan pembangunan, serta pembentukan masa depan yang selamat, inklusif dan mampan. Dan salah satu cara kami melakukannya adalah melalui program Allianz L.E.A.P.,” kata Gross di Majlis Pelancaran Allianz L.E.A.P. hari ini.

Allianz L.E.A.P. menawarkan program kepimpinan, ceramah kerjaya, peluang untuk berinteraksi dengan pakar industri melalui sesi perkongsian pengetahuan dan menyertai program latihan dalam syarikat.

“Sebagai seorang bapa, saya melihat keperluan untuk mempunyai sebuah platform yang membantu pelajar memperoleh pengalaman diingini yang akan membantu mereka membina kepercayaan dan keyakinan diri. Untuk membolehkan pelajar meneroka industri insurans yang akan membantu mereka membangunkan kemahiran kepimpinan dan etika kerja yang kukuh serta mengajar mereka fleksibiliti dan kebolehsesuaian,” kata Gross.

“Lebih penting lagi, dengan Allianz L.E.A.P., pelajar boleh menggunakan program ini sebagai platform di mana mereka boleh menunjukkan kemahiran dan keupayaan mereka serta meletakkan diri mereka di landasan kejayaan dan memperolehi peluang kerjaya bersama kami,” tambah Gross.

Tambahan pula, dengan Allianz L.E.A P., pelajar boleh menjadi Duta Pelajar Allianz, di mana mereka memperolehi ganjaran yang menarik dengan mempromosikan program dan aktiviti- aktivitinya. Manfaat lain dari program ini termasuk hadiah penyertaan acara, ganjaran gaya hidup, jemputan eksklusif dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Allianz L.E.A.P., lawati allianz.com.my/allianz-leap.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS