Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Shopee menyaksikan bilangan penjualnya meningkat lebih dua kali ganda tahun ini ketika lebih ramai rakyat Malaysia menceburi e-dagang
Diterbitkan:  Dec 9, 2021 1:47 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Shopee terus menyaksikan lebih ramai rakyat Malaysia mengalihkan, atau memulakan perniagaan mereka di atas talian, memandangkan jumlah penjual di platform tersebut meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam masa setahun yang lepas. Ini menunjukkan peningkatan penglibatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam ekonomi digital berikutan kebergantungan pengguna yang semakin meningkat pada e-dagang dan pembayaran digital.

Ramai penjual Malaysia juga telah dapat merancakkan pertumbuhan e-dagang mereka bersama Shopee. Malah, 80 penjual tempatan, yang telah menyertai Shopee pada tahun 2021, berjaya menjana jualan sebanyak lebih RM1 juta hanya dalam tahun pertama mereka di platform tersebut. Sebahagian daripada penjual ini berasal dari kawasan luar ibu negeri dan luar bandar-bandar utama seperti Hutan Melintang, Perak; Kulim, Kedah; dan Bera, Pahang. Mereka menjual produk mudah alih dan aksesori, barangan rumah dan kediaman, serta produk kesihatan dan kecantikan, antara lain.

Bagi Liow Chee Kah, 33, yang mengendalikan kedai Woohuu Store bersama isterinya di Shopee, beliau menjana jualan berjumlah RM1 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama menyertai platform e-dagang tersebut. “Walaupun harga produk saya agak rendah, namun ia bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapai jumlah jualan ini. Semasa kami bermula di Shopee, kami menggunakan Shopee Ads dan menyertai kempen Shopee serta Jualan Kilat Shocking Sale. Ini terbukti berkesan dalam meningkatkan pendedahan kepada kedai saya dan menarik lebih ramai pengikut. Kini, sambil kami meneruskan strategi harga rendah, para pelanggan kembali untuk membeli berulang kali.”

Liow bekerja di sebuah kilang yang menghasilkan perabot di Bera, Pahang di mana perniagaan tersebut terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Beliau kemudian memutuskan untuk memulakan perniagaan atas talian di Shopee bersama isterinya bagi menampung pendapatan isu rumah mereka.

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Menjelang penghujung tahun 2021, kita dapat melihat setahun lagi di mana rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan pandemik, dan kini ia lebih penting bagi perniagaan-perniagaan untuk beroperasi di atas talian demi menarik lebih ramai pelanggan yang mengutamakan pembelian atas talian. Pada tahun ini, kami menyaksikan lebih ramai peniaga dan penjual tempatan sama ada memulakan langkah pertama mereka di atas talian atau meneruskan perjalanan mereka bersama kami.

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee

Pencapaian penjual kami juga merupakan bukti kebolehan e-dagang untuk mencipta mata pencarian yang inklusif dan mampan dalam landskap perniagaan yang mencabar. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan mereka, dan kami terus berusaha untuk membantu lebih banyak PMKS tempatan mendapat manfaat daripada teknologi serta mempunyai akses kepada ekonomi digital."

Bagi membantu lebih ramai penjual berjaya di atas talian, Shopee meraikan penjual-penjual tempatan dengan memperkenalkan lebih banyak kempen di peringkat serantau dan tempatan untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka. Di bawah inisiatif #ShopeeSapotLokal di Malaysia, Shopee menganjurkan pertandingan ‘Seller of the Month’ di mana para penjual akan berkongsi perjalanan mereka sebagai penjual Shopee di media sosial. Penjual yang memenangi pertandingan ini, setelah dipilih oleh juri dalaman dan undian daripada pengguna Shopee, akan menerima slot penstriman langsung terbitan Shopee Live, baucar kedai, Shopee ads credits dan barangan eksklusif.

Selain itu, kempen dua digit Shopee seperti 12.12 Jualan Hari Jadi yang sedang berlangsung bertujuan meraikan pencapaian para penjual sambil menggalakkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kedai mereka melalui tawaran yang menarik.

Sambutan akhir tahun yang paling meriah ini, yang sedang berlangsung hingga 12 Disember, memberi rakyat Malaysia Baucar Penghantaran Percuma tanpa pembelanjaan minimum serta 12 juta baucar. Seorang pembeli bertuah akan membawa peluang sebuah kereta baharu dengan bermain Putar & Menang Hyundai Kona, ditaja sepenuhnya oleh AIG Malaysia Insurance Bhd. Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menambah nilai dompet mudah alih ShopeePay mereka dari sekarang hingga 11 Disember bakal memenangi hingga 12,121 Syiling Shopee setiap hari.

Platform e-dagang tersebut melalui #ShopeeGivesBack kini bekerjasama bersama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial termasuk Budimas Charitable Foundation, Hopes Malaysia Welfare Association, Islamic Aid Malaysia dan MyKasih Foundation dalam usaha mengumpul sumbangan derma. Shopee juga berkolaborasi dengan Mydin, Nestlé, RB Home, Thong Guan Trading dan Unilever untuk menawarkan pengguna pilihan untuk menderma pek bundle antara RM30 dan RM100. Hasil daripada sumbangan serta pek bundle ini akan disalurkan untuk menyediakan keperluan seperti air bersih, makanan dan kemudahan asas lain kepada komuniti luar bandar dan kurang bernasib baik di Malaysia.

“Setiap 12.12, Shopee bersama-sama pengguna kami - para pembeli, penjual dan komuniti tempatan, meraikan kejayaan dan pencapaian sepanjang setahun yang berlalu. Pada tahun ini, kami ingin menzahirkan penghargaan kami kepada semua kerana memberi peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka melalui pelbagai elemen, entiti dan usaha di Shopee. Kami berasa teruja untuk meraikan penghujung tahun bersama semua rakyat Malaysia sambil membawa keceriaan pada musim cuti ini,” tambah Pang.

Sempena sambutan ulang tahun Shopee yang ke-6, Shopee akan menganjurkan 12.12 Birthday Bash TV Show di Shopee Live dan TV3 dari jam 9 malam pada 11 Disember. Rancangan itu akan mempersembahkan selebriti tempatan seperti Misha Omar, K-Clique, Siti Nordiana dan ramai lagi. Para penonton juga bakal terpikat dengan XBox Series X, Pengering Rambut Dyson Supersonic dan 12 juta Syiling Shopee yang dapat direbut semasa Shopee Shake Battle Mode. Rancangan TV itu juga akan menampilkan Timbang & Menang, di mana para penonton dapat meneka berat objek yang dipilih secara rawak oleh pengacara dan memenangi hingga RM15,000.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi, layari https://shopee.com.my/m/12-12

Tertakluk pada terma dan syarat. 


Kandungan ini disediakan oleh Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS