Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
PPZ-MAIWP terima RM12 juta Zakat Perniagaan daripada 18 buah syarikat korporat
Diterbitkan:  Dec 2, 2021 5:58 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM12,035,334.43 daripada 18 syarikat korporat dalam Majlis Zakat Korporat 2021 hari ini di Masjid Negara disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Haji Idris Haji Ahmad.

Berikut adalah 18 syarikat yang menunaikan Zakat Perniagaan mereka pada hari ini:

  1. Alhijrah Media Corporation : RM430,229.45

  2. Agrobank : RM198,621.00

  3. CIMB Islamic Bank Berhad : RM1,000,000.00

  4. Co-opbank Pertama Malaysia Berhad : RM699,275.88

  5. FGV Holdings Berhad : RM426,654.00

  6. GITN Sdn Bhd : RM160,000.00

  7. Institut Jantung Negara Sdn Bhd : RM2,437,779.00

  8. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur : RM363,300.00

  9. Koperasi Tenaga Nasional Berhad : RM243,371.28

  10. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad : RM971,262.00

  11. Kumpulan MIDF : RM244,247.10

  12. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) : RM395,010.72

  13. Pharmaniaga Berhad : RM1,980,000.00

  14. SIRIM QAS International Sdn Bhd : RM519,164.84

  15. Takaful Ikhlas Family Berhad : RM185,556.60

  16. Takaful Ikhlas General Berhad : RM261,278.40

  17. UEM Edgenta Berhad : RM311,439.50

  18. Zurich General Takaful Malaysia Berhad : RM1,208,144.66

Penganjuran Majlis Zakat Korporat 2021 ini bertujuan sebagai penghargaan kepada para pembayar kami dan juga sebagai galakan kepada syarikat-syarikat korporat lain untuk membayar zakat perniagaan mereka agar lebih ramai golongan asnaf dan mereka yang memerlukan di Wilayah Persekutuan dapat dibantu. Setakat November 2021, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat sebanyak RM632.2 juta berbanding tahun 2020 RM584.3 juta yang mencatatkan peningkatan sebanyak 8 peratus.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman berkata, PPZ-MAIWP mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat di PPZ-MAIWP atas keprihatinan untuk bersama menggalas tanggungjawab membantu asnaf dan mereka yang memerlukan.

“Saya juga ingin menyeru kepada semua umat Islam untuk segera menunaikan zakat sebelum atau pada 31 Disember 2021 bagi mendapat rebat cukai pendapatan di samping membantu lebih ramai asnaf untuk bangkit dalam mengharungi situasi sukar COVID-19 ini.” katanya.

Turut hadir Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP, Ustaz Mohd Nizam Yahya, dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS