Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Publika melancarkan usaha sama dengan Fergana Art untuk memberi tumpuan kepada pemulihan Malaysia daripada wabak Covid-19
Diterbitkan:  Nov 24, 2021 5:20 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Publika Shopping Gallery menganjurkan pameran seni Covid-19 bersama Fergana Art yang bertemakan “Pemulihan:Pembaharuan”. Pameran ini mendokumentasikan kesan Perintah Kawalan Pergerakan dan wabak Covid-19 terhadap kehidupan manusia, sumber rezeki masing-masing dan masyarakat selama 20 bulan lalu di Malaysia.

Pameran tersebut yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, mengandungi lukisan, cetakan, video, fotografi, arca, objek, seni pemasangan, esei, puisi, cereka, diari visual, serta nota peribadi. Koleksi tersebut menzahirkan visual bersejarah dan tindak balas berbentuk sastera terhadap wabak Covid-19.

UEM Sunrise, melalui pusat beli-belah induknya yang bercirikan kreatif, Publika Shopping Gallery, merupakan salah satu penaja utama pameran tersebut yang berusaha untuk menyediakan platform dan menyokong industri kreatif Malaysia, di samping memberikan akses mudah kepada orang awam untuk menikmati karya seni.

Pemenang-pemenang dari Pertandingan dwitahunan Balai Seni Negara, Bakat Muda Sezaman; Samsudin Wahab, Haslin Ismail, Fuad Arif, dan Wong Hoy Cheong adalah antara 89 orang artis, jurugambar, dan penulis yang menyertai pameran tersebut. Karya-karya mereka yang lepas juga dipamerkan dan diperoleh oleh Balai Seni Negara, Guggenheim dan institusi lain untuk koleksi tetap mereka. Sebuah kolektif artis dari Sabah, Pangrok Sulap juga mempamerkan karya mereka di pameran tersebut. Kumpulan tersebut terlibat secara aktif dalam projek berasaskan komuniti, serta membantu pelajar di sekolah luar bandar dan rumah anak yatim.

Dan tidak ketinggalan Digit Collective, sekumpulan individu daripada pelbagai latar belakang teknikal, yang terdiri daripada artis visual, ahli teknologi maklumat dan pengkomputeran, ahli akademik seni bina dan reka bentuk, pereka bentuk landskap dan alam sekitar, pelombong data dan jurutera pengetahuan.

Pameran tersebut juga merangkumi jurugambar-jurugambar daripada pelbagai media arus perdana serta digital termasuk The Biddy’s, sebuah kolektif wartawan foto dan penulis baru muncul yang telah mempertaruhkan nyawa mereka untuk merakam peristiwa wabak tesebut.

“Pameran yang menakjubkan ini merupakan dokumentasi sejarah bagi mengingatkan kita tentang perjuangan, pengorbanan dan kehilangan yang telah kita alami selama tempoh 20 bulan yang lalu; dan menunjukkan semangat manusia yang juga akan menjadi inspirasi kepada kita ke arah pemulihan dan pembaharuan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah.

“UEM Sunrise melalui Publika akan terus menyediakan pelbagai peluang dan menyokong industri kreatif Malaysia melalui platform-platform seperti MAP@Publika,” tambahnya.

Fergana Art turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UEM Sunrise dan Publika Shopping Gallery yang telah memberi peluang dan sokongan pengurusan dalam melaksanakan projek tersebut.

Penasihat and pengurus Fergana Art, Jaafar Ismail menyatakan bahawa artis-artis kreatif seperti artis visual, pelakon, pembuat filem, wartawan dan penulis telah merekodkan peristiwa Covid-19 Malaysia selama tempoh 20 bulan yang lalu.

“Artis-artis kreatif kami telah memberi pemandangan terhadap realiti kehidupan yang terjejas oleh Covid-19. Dengan pembukaan semula sektor-sektor serta sempadan kita, tema kami untuk pameran tahun ini memberi fokus kepada perjalanan negara kita ke arah pemulihan. Kami amat menghargai sokongan daripada pihak Publika serta UEM Sunrise yang menggalakkan kami dalam meneruskan usaha untuk mempamerkan tindak balas Malaysia terhadap Covid-19,” katanya lagi.

Pameran “Pemulihan:Pembaharuan” merupakan sambungan pameran yang dianjurkan pada Jun tahun lalu bertema, “Bridging The Distance:Making Us Stronger”. Turut dianjurkan bersama Publika dan Fergana Art, ia telah memberi tumpuan kepada perjuangan dalam pembendungan pandemik serta dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada barisan hadapan perubatan dan keselamatan.

“Pemulihan:Pembaharuan” juga ditaja dan disokong oleh Yayasan Hasanah dan Balai Seni Negara.

Acara: Pameran “Pemulihan:Pembaharuan”
Tarikh: 15 November - 5 Disember 2021
Masa: 10 pagi hingga 10 malam
Venue: The Gallery and White Box, MAP@Publika
KEMASUKAN PERCUMA


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS