Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Allianz Malaysia menyumbang RM1.6 juta bantuan COVID-19 untuk komuniti kurang bernasib baik, petugas barisan hadapan
Diterbitkan:  Nov 2, 2021 9:00 AM
Dikemaskini: 1:00 AM

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah menyumbang sejumlah RM1.6 juta untuk inisiatif bantuan COVID-19 bagi membantu komuniti kurang bernasib baik dan petugas barisan hadapan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2021.

Dana tersebut – yang sebahagiannya diperoleh melalui derma dalaman yang melibatkan kakitangan dan ejen Allianz Malaysia – digunakan oleh jabatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kumpulan, Allianz4Good, untuk membeli barang-barang penting seperti bahan makanan dan keperluan asas untuk komuniti kurang bernasib baik, serta pek makanan, peralatan perubatan dan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan perubatan.

Ketua Allianz4Good, Ng Siew Gek berkata syarikat terus memberikan sokongan kepada kumpulan komuniti ini kerana mereka adalah yang paling teruk terjejas dan kekal terdedah kepada kesan sosial dan ekonomi yang dibawa oleh pandemik COVID-19.

“Allianz Malaysia menyedari bahawa usaha tanggungjawab korporatnya lebih penting pada masa sekarang, apabila terdapat risiko kemiskinan yang meningkat dan kesan jangka panjang kepada golongan komuniti kurang bernasib baik dan keluarga mereka.

Ketua Allianz4Good, Ng Siew Gek

“Sebagai sebuah syarikat insurans, kami menjalankan perniagaan perlindungan. Kami bertemu ramai individu setiap hari dan mendengar masalah mereka, terutamanya mengenai kesihatan fizikal dan kewangan mereka. Kami tahu ramai individu sedang bergelut akibat kehilangan pekerjaan dan kegagalan perniagaan, dan kami sedar bahawa ia lebih menjejaskan golongan masyarakat yang kurang bernasib baik,” katanya sambil menambah bahawa Allianz4Good bersyukur kerana mempunyai rakan sekerja yang telah bersatu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan Allianz4Good baru-baru ini telah diterima oleh komuniti yang terjejas di Lembah Klang serta Semporna dan Telipok di Sabah.

Sumbangan untuk lebih daripada 665 penerima bantuan di Lembah Klang disalurkan melalui Save Environment Save Ourselves, sementara Allianz4Good menyampaikan bantuan kepada 200 buah keluarga di Semporna melalui Borneo Komrad dan 60 keluarga yang terjejas di Telipok melalui Zer0 Hunger.

Allianz4Good juga telah menyokong petugas barisan hadapan perubatan sejak permulaan wabak pada 2020. Baru-baru ini, kumpulan CSR tersebut menggunakan RM18,750 daripada dana yang dikumpul secara dalaman daripada pekerja dan ejen untuk menyediakan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Selayang, manakala baki RM48,200 digunakan untuk membeli PPE untuk petugas barisan hadapan di hospital-hospital.

Pada 2020, tahun pertama hidup dengan kesan COVID-19, Allianz Malaysia telah menyumbang lebih RM3.16 juta melalui Allianz4Good untuk menyokong bekalan PPE, peralatan perubatan dan barangan untuk meningkatkan kapasiti wad bagi pekerja barisan hadapan.

Kumpulan ini juga menyokong pelbagai komuniti kurang bernasib baik yang mengalami masalah kewangan disebabkan oleh beberapa perintah kawalan pergerakan dan kelembapan ekonomi secara keseluruhan.

Allianz4Good mendorong kemasukan sosial melalui inisiatifnya yang mensasarkan kumpulan komuniti kurang bernasib baik seperti Orang Kelainan Upaya, masyarakat Orang Asli, komuniti lain yang berisiko dan mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan B40.

Allianz4Good akan terus memainkan peranan untuk menyokong komuniti-komuniti tersebut dan petugas barisan hadapan untuk sepanjang tahun ini.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS