Lazada, platfrom eDagang terkemuka Asia Tenggara, dan Kerajaan Negeri Perak mengumumkan kerjasama untuk menggiatkan penggunaan e-Dagang dan meningkatkan hasil bagi beribu-ribu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Perak sebagai sebahagian daripada inisiatif 'Go Cashless and E-Commerce Perak' (GLeMMER).
Karnival STeP Lazada, yang akan dianjurkan dari 15 Oktober hingga 31 Disember 2021, akan mempromosi perniagaan dan produk Perak menerusi laman khas Shop Malaysia Online di aplikasinya, dan akan membawakan pelbagai tawaran eksklusif, baucar platform dan baucar penghantaran percuma dengan matlamat meningkatkan kunjungan dan jualan di gedung dalam talian mereka. Tambahan lagi, mereka juga boleh memanfaatkan pakej rangsangan Pintar Niaga Lazada, dengan ganjaran bernilai RM2,000, yang termasuk komisen, yuran pembayaran dan penyenaraian sifar, penyelesaian pemasaran percuma bernilai RM150 dan penghantaran percuma untuk membantu meruntuhkan tembok yang menghalang mereka daripada menceburi dunia e-Dagang.
Penjual baharu di Perak juga layak untuk menyertai inisiatif Start It Up, Laz It Up kelolaan Lazada, dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai US$10,000 jika mereka melancarkan gedung di pasaran Lazada dalam mod jualan aktif sebelum 30 Oktober (11:59 PM). Start It Up, Laz It Up ialah proses pendaftaran tiga langkah mudah serba baharu untuk usahawan yang sedang meningkat naik, penjual sosial dan perniagaan fizikal sedia ada yang mahu melancarkan perniagaan dalam talian.
“Pandemik global telah menjejaskan ekonomi dan memberi kesan kepada banyak perniagaan. Kami juga telah melihat ramai rakyat Malaysia kehilangan kerja yang mencuba nasib sebagai usahawan untuk mencari rezeki. Menerusi kerjasama yang berkesan antara sektor awam dan swasta seperti kerjasama kami dengan Lazada untuk Karnival STeP, kami berhasrat untuk menggiatkan lagi transformasi digital Perak supaya kami bersedia memenuhi aspirasi kerajaan menjadikan Malaysia Nadi Digital ASEAN,” kata YB Dato’ Zainol bin Haji Paharudin, Exco Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak.
“Komitmen Lazada untuk memperkasakan PMKS dan menggiatkan ekonomi Malaysia sentiasa menjadi keutamaan. Selain daripada mengetepikan faktor yang menghalang penyertaan peniaga dalam dunia e-Dagang, kami sentiasa mencari cara-cara inovatif untuk memanfaatkan teknologi bagi memastikan para peniaga kami dan perniagaan mereka sedia menghadapi masa depan. Kami teruja dengan penyertaan usahawan dan perniagaan Perak dalam keluarga Lazada, dan langkah ini tepat pada masanya memandangkan pesta jualan mega akhir tahun seperti 11.11 dan 12.12 akan diadakan tidak lama lagi,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia.
Untuk mempermudah proses pendaftaran, semua penjual baharu dari Perak di Lazada akan diberikan risalah panduan asas e-dagang daripada kumpulan sokongan khas Lazada untuk perniagaan baharu. Para peniaga juga boleh menggunakan rangkaian lengkap teknologi, kefahaman mendalam dan bahan latihan menyeluruh Lazada menerusi Lazada University. Kempen pemasaran eksklusif seperti Kempen Penjual Baharu Mingguan akan menawarkan pengalaman dan pembelajaran masa sebenar kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan, meluaskan capaian pelanggan dan meningkatkan kemahiran bagi merangka strategi pemasaran yang berkesan.
Sepanjang tempoh yang sama, para pembeli di Lazada Malaysia boleh memberikan sokongan kepada perniagaan dan produk negeri Perak yang diperagakan di platform Lazada. Sebagai bonus tambahan, pengguna yang membeli daripada peniaga dari Perak akan menerima rebat khas dan baucar diskaun menarik dan juga promosi jualan Crazy Flash Sales dan Promosi Penghantaran Percuma Hairian.
Menyokong pertumbuhan PMKS di Lazada
‘Pakej Kedai Pintar', iaitu pakej rangsangan Lazada untuk perusahaan kecil dan sederhana dilancarkan pada bulan April 2020. Platform ini menyaksikan peningkatan 300 peratus penjual baharu yang mendaftar dengan jualan yang meningkat lebih dua kali ganda menjelang akhir 2020.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan untuk membantu dan menyokong PMKS tempatan, Lazada baru-baru ini bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk melancarkan kempen ‘Shop Malaysia Online’ (Beli-Belah Malaysia Dalam Talian) dan ‘Go-eCommerce’ (Manfaatkan eDagang), dan juga kempen ‘Beli Barangan Malaysia' dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kempen-kempen tersebut diadakan secara serentak di Lazada sehingga 31 Disember 2021.
Pada awal tahun ini, Lazada bekerjasama dengan Invest Selangor, Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) untuk menganjurkan 4 kempen E-bazar, iaitu E-Bazar Raya 2020, E-Bazar 11.11 Mega Sales, E-Bazar CNY 2021 dan E-Bazar Raya 2021, untuk merangsang ekonomi negeri Selangor. Lazada juga berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Melaka untuk menyediakan laman ‘Melaka E-Bazaar’ dalam usaha menyokong dan menggiatkan semula industri pelancongan tempatan yang terjejas teruk akibat pandemik.
Untuk maklumat lanjut: https://s.lazada.com.my/s.WJyJr
Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.