Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Allianz Life menyediakan perkhidmatan perubatan di rumah untuk pelanggan
Diterbitkan:  Oct 12, 2021 4:00 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) bekerjasama dengan Speedoc untuk memperkenalkan perkhidmatan hospital di rumah yang pertama seumpamanya, Allianz Care@Home, perkhidmatan untuk pelanggannya yang merupakan pesakit COVID-19, untuk mendapatkan rawatan perubatan dari rumah.

Dengan penyediaan penyelesaian rawatan perubatan sehenti tersebut, Allianz Life mensasarkan untuk memberikan perkhidmatan Allianz Care@Home untuk pesakit COVID-19 (yang tergolong dalam kategori 3 ke atas) sementara mereka menunggu untuk dimasukkan ke hospital.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Joseph Gross berkata pelancaran Allianz Care@Home adalah tindak balas syarikat untuk membantu memberikan sokongan yang sangat diperlukan kepada pelanggan ketika pandemik COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya.

“COVID-19 mempunyai impak yang besar pada sistem kesihatan kita dan hospital di seluruh negara menghadapi cabaran kekurangan katil untuk pesakit COVID-19 disebabkan oleh lonjakan kes positif harian. Oleh itu, beberapa pesakit COVID-19 diminta untuk memantau keadaan mereka di rumah dan ini sangat menakutkan bagi seseorang yang sudah merasa sangat sakit, mengalami penderitaan mental dan sangat tertekan.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Joseph Gross

“Apa yang boleh kita lakukan sebagai syarikat yang memberikan perlindungan adalah dengan membawa rawatan perubatan profesional ke rumah pelanggan untuk memberi mereka jaminan, ketenangan jiwa, sementara menunggu untuk mendapatkan katil di hospital. Ini sangat penting kerana COVID-19 terus menguji kesiapsiagaan hospital dalam menangani kemasukan pesakit yang sakit parah. Dengan perkhidmatan Allianz Care@Home, pasukan perubatan akan dihantar ke rumah pelanggan kami untuk memberikan rawatan perubatan awal dan sokongan yang diperlukan, dan membantu untuk memudahkan kemasukan ke pusat perubatan yang ditetapkan untuk rawatan lebih lanjut,” katanya, sambil menambah bahawa ini ialah untuk bersama dengan pelanggan ketika mereka sangat memerlukannya.

Pada awal bulan September, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa beberapa negeri telah melebihi kapasiti wad COVID-19 termasuk Pulau Pinang pada kapasiti 117%, Perlis (102%) dan Johor (101%).

Negeri-negeri yang hampir mencapai kapasiti katil untuk wad COVID-19 adalah Kelantan (95%), Kedah (94%) dan Sabah (92%). Sementara itu, kapasiti katil di Selangor adalah 66% dan Kuala Lumpur 58%.

Perkhidmatan lawatan rumah Speedoc untuk pesakit COVID-19 pada mulanya hanya terdapat di Lembah Klang sahaja. Susulan permintaan yang tinggi, Speedoc telah memperluaskan perkhidmatannya untuk menampung keperluan pesakit yang tinggal di luar kawasan liputannya sekarang. Perkhidmatan syarikatnya kini tersedia di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor Bahru mulai 15 September 2021. Syarikat itu juga sedang mengkaji kemungkinan memperluas perkhidmatan ini ke negeri lain.

“Dengan pasukan doktor dan jururawat merawat pesakit di rumah, program Allianz Care@Home mencipta persekitaran hospital dalam keselesaan rumah pesakit,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Speedoc, Dr. Shravan Verma.

“Pandemik ini telah mempercepatkan keperluan dan permintaan untuk penyelesaian perubatan berkemampuan teknologi untuk membawa rawatan perubatan kepada pesakit, tanpa terdedah kepada risiko yang tidak perlu ketika krisis. Dengan cara yang sama makanan dihantar ke rumah pengguna, Speedoc juga melakukan perkara yang sama dengan penjagaan kesihatan,” tambahnya.

Selain memberikan lawatan doktor dan jururawat ke rumah, perkhidmatan Speedoc juga termasuk pusat panggilan 24/7, surat rujukan atau nota ringkasan ke pusat khidmat perubatan, membantu kemasukan ke hospital mengikut garis panduan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), dan pengaturan ambulans darat tertakluk pada ketersediaan dan atas permintaan.

“Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Speedoc adalah perkhidmatan nilai tambah atas dasar tanpa tunai untuk semua pelanggan yang dilindungi di bawah pelan Hospital & Pembedahan (H&S) Allianz Life* untuk polisi yang sah. Ini adalah tambahan kepada pengumuman kami baru-baru ini bahawa kemasukan ke hospital untuk pesakit COVID-19 dalam Kategori 3, 4 atau 5 dilindungi di bawah rancangan H&S mereka,” kata Gross.

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Care@Home, sila hubungi ejen Allianz Life atau Speedoc di +6011 4166 1178.

*Tertakluk pada terma dan syarat


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS