Intipati Bandar Pintar tidak didefinisikan oleh seberapa maju infrastruktur ICTnya, tetapi cara ia dibentuk oleh beratus ribu bangunan digital yang bersambung, dengan berbilion aktiviti yang saling berkaitan yang berlaku setiap hari, hasil daripada interaksi berjuta-juta orang yang tinggal, bekerja, dan hidup di bandar, merangkumi gaya hidup digital.
Gambar 1: Tiga tahap Konsep Perbandaran Pintar
Ekosistem Perbandaran Pintar TimeTec merupakan hasil usaha TimeTec R&D selama bertahun-tahun, yang bermula dari tenaga kerja pintar, pengguna dan aliran kenderaan sebagai modul utama, kemudian disambungkan dengan sistem komuniti pintar untuk bangunan kediaman dan komersial. Ia menggunakan pengkomputeran awan, IoT, kecerdasan buatan (AI), 5G dan big data sebagai infrastruktur teknologinya, merangkumi lebih dari sepuluh aplikasi awan, dirancang dengan teliti, dan berfungsi dengan sempurna dalam keadaan mandiri atau dalam persekitaran bersepadu, untuk memberikan automasi dan kecekapan yang lebih baik, yang akhirnya akan memberikan keselesaan hidup bandar.
Ekosistem ini merangkumi aktiviti kehidupan di rumah dan kerja harian seperti kerja dari rumah dalam norma baru, pengenalan wajah di pejabat, parkir tanpa tunai dan tanpa sentuhan, kawalan akses untuk pintu, penghadang berputar dan lif, pengurusan penyewa, kemudahan tempahan, pengurusan pelawat, rondaan dan pengawasan, automasi dan keselamatan pejabat pintar dan rumah pintar, bil dan pembayaran perakaunan harta tanah, penyelenggaraan kemudahan, perniagaan berhampiran komuniti (near field commerce), dan banyak lagi. Semua aktiviti ini ada di Ekosistem TimeTec, sesuai untuk menara pejabat, bangunan kerajaan, pusat membeli-belah, hospital, sekolah, bangunan kediaman dan lain-lain, untuk memudahkan perjalanan transformasi digital. Dengan Ekosistem Perbandaran Pintar TimeTec, kami memperjuangkan gaya hidup abad ke-21.
Gambar 2: Aplikasi cloud TimeTec digabungkan menjadi ekosistem Perbandaran Pintar
Gambar 3: Ilustrasi Gambaran Keseluruhan Perbandaran Pintar TimeTec
Gambar 4: Komponen digital utama yang terlibat dalam bangunan pejabat pintar dengan penyewa berbilang
Gambar 5: Persamaan & perbezaan komponen digital untuk Smart Office & Smart Residential Community
Untuk memudahkan pengurusan dan meningkatkan penggunaan untuk menjana pengewangan yang lebih baik dalam projek perbandaran, TimeTec telah menggabungkan semua komponen digital dengan fungsi operasi dan pemasaran menjadi satu Aplikasi super.
Bagi mana-mana pemaju perbandaran yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Ekosistem Perbandaran Pintar TimeTec untuk projek pembangunan campuran, sila hubungi Encik Aiden Teh di [email protected] (010-2211150), atau Encik Kelvin Lim di [email protected] (012-6891180). Talian umum dan e-mel kami: 03-80709933 dan [email protected]. Anda juga boleh menghubungi kami untuk perundingan dan pembentangan.
Berikut adalah pautan untuk artikel berkaitan yang telah diterbitkan di Malaysiakini.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web kami di: http://www.timeteccloud.com, www.timetecbuilding.com
Mengenai Kumpulan TimeTec
Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec: TimeTec Cloud, FingerTec, iNeighbour, TimeTec Building,
Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain.