Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
KOPETRO sediakan bank sumbangan makanan buat golongan yang memerlukan
Diterbitkan:  Sep 21, 2021 12:09 PM
Dikemaskini: 4:09 AM

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) tampil melancarkan program bank makanan atas rasa tanggungjawab untuk membantu masyarakat yang dihimpit masalah kewangan akibat pandemik Covid-19 yang mula merebak sejak lebih setahun yang lalu. Keadaan menjadi lebih mudarat susulan perintah berkurung yang diarahkan kerajaan sejak bulan Jun 2021 yang lalu, menyebabkan ramai yang tidak mampu menampung kos kehidupan kerana tidak boleh bekerja.

Untuk fasa pertama Program Bank Makanan KOPETRO, ianya bakal dijalankan di tujuh lokasi stesen minyak PETRONAS milik mereka iaitu di AU 2 Taman Keramat, Brickfields, Alam Sutera (Puchong), Buloh Kasap dan Mukim Sermin di Segamat, serta di Tanjung Rambutan dan Taman Anda di Ipoh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, inisiatif ini bukanlah yang pertama bagi KOPETRO menghulurkan bantuan kepada orang ramai. Sebelum ini KOPETRO pernah menyertai sebuah program kemasyarakatan dibawah kelolaan sebuah stesen televisyen dalam menyampaikan bantuan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan seperti polis, tentera laut termasuklah petugas-petugas kesihatan di pusat kuarantin. Pada bulan puasa yang lalu juga, melalui kerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia, KOPETRO telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga bekalan makanan kepada 50 artis-artis veteran tempatan yang putus punca pendapatan akibat pandemik ini.

“Kesan pandemik Covid-19 sememangnya amat luar biasa terhadap kehidupan manusia. Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita sama-sama membantu dan menyokong golongan yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” ujar beliau.

Biarpun mempunyai sejumlah peruntukan untuk menampung kos bekalan makanan bagi program ini, Ahmad Shakir mengalu-alukan sokongan orang ramai yang berkemampuan untuk sama-sama disalurkan kepada lebih banyak penerima dan mereka yang memerlukannya.

Layari laman web www.kopetro.com.my untuk butiran lanjut mengenai syarikat atau ikuti akaun media sosial berikut untuk perkembangan promosi terkini daripada KOPETRO:

Facebook: www.facebook.com/kopetroberhad

Instagram: www.instagram.com/kopetroberhad


Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS