Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Lebih 3,800 jenama baharu sertai LazMall Malaysia menjelang Lazada 9.9 Biggest Brands Sale
Diterbitkan:  Aug 26, 2021 9:30 AM
Dikemaskini: 1:30 AM

Lazada, platfrom eDagang terkemuka di Asia Tenggara, telah melancarkan pesta jualan akhir tahunnya dengan beribu jenama dan penjual di seluruh Malaysia menyertai 9.9 Biggest Brands Sale. Lebih 3,800 jenama baharu telah menyertai LazMall Malaysia sepanjang tahun lepas dan akan menyertai Jualan 9.9 Lazada buat julung kalinya tahun ini, memberikan lebih pilihan barangan bermutu tinggi kepada para pembeli.

“Kami amat teruja kerana lebih daripada 3,800 jenama baharu telah menyertai LazMall Malaysia dalam tempoh hanya setahun, termasuk Nike, La Mer, Aesop, dan banyak lagi. Pasukan LazMall komited untuk terus menyediakan pengalaman beli-belah dalam talian yang terunggul kepada rakan-rakan jenama kami, dan juga memastikan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi. Momentum LazMall ini dijangka akan semakin kukuh dan berterusan,” kata Chenxi Zhou, Ketua LazMall, Lazada Malaysia.

“Janji 100% tulen LazMall, yang disokong oleh jaminan pengembalian wang 5x untuk produk tiruan, dan juga pulangan percuma 15 hari mendapat sambutan baik daripada pembeli tempatan dalam talian. Hakikat ini dibuktikan oleh bilangan pelanggan dan pesanan LazMall di Malaysia yang meningkat lebih dua kali ganda secara tahunan pada bulan terbaharu. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai keyakinan lebih tinggi untuk membeli dalam talian sempena Lazada 9.9 Biggest Brands Sale, kerana mengetahui bahawa LazMall adalah rakan niaga yang dipercayai bagi jenama tempatan dan antarabangsa,” kata Chenxi.

Mulai sekarang, pengguna Lazada boleh mendapatkan baucar-baucar Penghantaran Percuma harian dan mengumpulkan Lazada Bonus di aplikasi setiap hari sambil menantikan 9.9 Biggest Brands Sale pada 9 hingga 11 September, kerana Lazada Bonus akan boleh digunakan untuk menebus diskaun RM9 bagi setiap RM99 yang dibelanjakan*.

Dengan pilihan Payment On Delivery melalui Duitnow QR yang dilancarkan oleh Lazada baru-baru ini, para pembeli boleh membuat bayaran secara tunai atau tanpa tunai apabila menerima pesanan Jualan 9.9 Lazada ini. Pengguna Touch n 'Go Duitnow QR akan menerima baucar Penghantaran Percuma tambahan. Pembeli baru di Lazada juga akan menikmati baucar diskaun RM12 untuk pesanan pertama.

Sementara itu, Brand Mega Offers dengan diskaun sehingga 60% ditawarkan sepanjang pesta jualan oleh jenama-jenama popular seperti Innisfree, POCO, PUMA, Lego, dan Timberland, di samping tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers yang memberi khidmat Penghantaran Percuma dan banyak lagi dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi pada 9 September.

Lebih ramai jenama dari segala industri menyedari potensi apabila memanfaatkan ciri-ciri pemasaran, teknologi inovatif, dan rangkaian logistik luas LazMall untuk mencapai kumpulan pelanggan Lazada di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang Lazada 9.9 Biggest Brands Sale, sila layari: https://lzd.co/MegaSale

Untuk maklumat lanjut mengenai LazMall, sila kunjungi: https://lzd.co/LazMallMalaysia


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS