Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Allianz Malaysia capai GWP RM2.78 bilion untuk setengah tahun pertama 2021
Diterbitkan:  Aug 26, 2021 8:00 AM
Dikemaskini: 12:00 AM

Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) umumkan keputusannya untuk setengah tahun pertama 2021. Kumpulan telah mencatatkan Premium Bertulis Kasar (GWP) sebanyak RM2.78 bilion pada enam bulan pertama 2021, peningkatan 8.6 peratus berbanding RM2.56 bilion yang dicapai pada tempoh yang sama pada 2020. Aset Keseluruhan Kumpulan meningkat 8.7 peratus kepada RM22.29 bilion setakat bulan Jun 2021 berbanding RM20.51 bilion yang diraih tahun lepas. Keuntungan Sebelum Cukai menurun 19.6 peratus kepada RM273.7 juta untuk setengah tahun pertama tahun ini, berbanding RM340.5 juta yang diraih pada tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Zakri Khir, berkata: “Dengan penerusan sekatan dan kenaikan kes COVID-19 yang membimbangkan terus menguasai pemikiran dan kehidupan seharian rakyat Malaysia, ia amat penting bagi penanggung insurans untuk terus memainkan peranan kami dalam menyediakan perlindungan yang bermanfaat dan diperlukan oleh pelanggan kami. Walaupun keadaan pasaran yang mencabar, Allianz Malaysia telah berjaya mencapai keputusan yang berdaya tahan untuk setengah tahun pertama 2021. Semua orang mahu bertahan dalam pandemik. Jadi, walaupun Kumpulan telah mencapai keputusan yang berdaya tahan, kami kekal berwaspada dengan ketidaktentuan persekitaran perniagaan semasa dan akan terus melaksanakan strategi jangka pendek untuk kekal selari dengan cabaran dan ketidaktentuan yang mungkin akan dihadapi.”

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Zakri Khir

Allianz General catat keputusan GWP, keputusan pengunderaitan, dan untung yang lebih baik

Anak syarikat insurans am Allianz Malaysia; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah merekodkan GWP sebanyak RM1.19 bilion pada setengah tahun pertama 2021, peningkatan sebanyak 4.7 peratus dari RM1.14 bilion pada tahun 2020. Keputusan Pengunderaitan meningkat sebanyak 21.9 peratus kepada RM119.8 juta pada setengah tahun pertama tahun ini dari RM98.3 juta pada setengah tahun pertama tahun lalu sementara Keuntungan Sebelum Cukai meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM207.6 juta untuk enam bulan pertama 2021 dari RM193.9 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah Aset meningkat sebanyak 3.0 peratus kepada RM7.10 bilion setakat bulan Jun 2021 dari RM6.89 bilion pada tahun lalu. Nisbah Gabungan Allianz General adalah sebanyak 88.9 peratus pada setengah tahun pertama 2021 berbanding 90.1 peratus pada tempoh yang sama pada 2020. Menurut pencapaian pasaran ISM Insurance Services Malaysia Berhad (ISM), Allianz General berada di tempat pertama dalam industri insurans am, dengan memiliki 13.0 peratus bahagian pasaran untuk setengah tahun pertama 2021.

“Mengendalikan persekitaran perniagaan berhenti-mula mempunyai cabarannya tersendiri, dan kami tahu suku kedua tahun ini mempunyai barometer yang lebih baik untuk menilai kemampuan Allianz General dalam menyesuaikan diri dengan ketidaktentuan persekitaran perniagaan. Walau bagaimanapun, Syarikat telah mencatatkan pencapaian yang kukuh kerana premium yang lebih tinggi dari perniagaan motor kami sementara keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi adalah kerana penambahbaikan kebolehuntungan pengunderaitan. Seperti apa yang dilakukan pada bulan-bulan sebelumnya, Allianz General akan terus fokus pada produk dan perkhidmatan dengan nilai tambahan yang akan memenuhi keperluan pelanggan ketika masa yang sukar ini,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.

Allianz Life kekal berdaya tahan dengan GWP RM1.42 bilion

Anak syarikat insurans hayat Kumpulan; Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) terus melakarkan pertumbuhan yang positif, dengan mencatatkan peningkatan GWP 11.6 peratus kepada RM1.59 bilion pada setengah tahun pertama 2021 dari RM1.42 bilion pada tahun 2020. Premium Perniagaan Baharu (ANP) meningkat 51.5 peratus kepada RM323.3 juta pada setengah tahun pertama 2021 dari RM213.4 juta pada 2020 sementara Keuntungan Sebelum Cukai menurun sebanyak 50.5 peratus kepada RM76.7 juta pada enam bulan pertama tahun ini berbanding RM155.1 juta yang dicapai pada 2020. Jumlah Aset meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada RM14.76 bilion setakat Jun 2021 berbanding RM13.22 bilion pada 2020. Berdasarkan statistik Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) untuk Januari hingga Jun 2021, Allianz Life berada di tangga kelima dalam industri insurans hayat dan memegang 9.0 peratus bahagian pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross, berkata: “Terdapat nilai positif yang dipelajari dari pencapaian Allianz Life untuk setengah tahun pertama 2021. Allianz Life telah mengembangkan GWP sebanyak 11.6 peratus walaupun dalam persekitaran yang sengit dan sukar, dan saluran “bancassurance” dan agensi kami mencapai prestasi cemerlang untuk mendorong ANP kami melebihi tahap RM300 juta pada suku kedua tahun. Pada masa yang sama, penurunan Keuntungan Sebelum Cukai ialah kerana peruntukan tuntutan yang lebih tinggi yang ditetapkan dan kerugian nilai saksama pada pelaburan yang lebih tinggi dari kadar bunga yang lebih tinggi yang kami lalui pada suku tahun pertama tahun ini. Untuk masa hadapan, Allianz Life akan terus mengutamakan para pelanggan kami dan kekal dengan matlamat kami untuk memudahkan produk dan perkhidmatan kami dengan menambah usaha i untuk pengalaman tuntutan pelanggan yang lebih baik.”

Terus menyediakan perlindungan yang diperlukan dan diinginkan pelanggan

Selain meneruskan dengan program Komuniti Allianz We Care, yang menawarkan sokongan vaksinasi dan COVID-19 percuma dan manfaat kesihatan dan gaya hidup, Kumpulan juga telah melancarkan Allianz Business Shield untuk PKS pada suku kedua 2021.

Tinjauan Entrepreneur Development and Cooperatives Minister (MEDAC) baru-baru ini melaporkan lebih 90 peratus usahawan tidak memiliki insurans sementara lebih 70 peratus tidak memiliki manfaat pekerjaan.

Menambahbaik produk PKS sebelumnya, Allianz Business Shield kini menawarkan perniagaan-perniagaan dengan perlindungan yang lebih baik dan fleksibel untuk lebih 63 kelas pekerjaan dan pilihan untuk menambah 17 perlindungan dari Manfaat Bantuan Susah Payah dengan perlindungan COVID-19 kepada Kemalangan Peribadi Kumpulan, Rompakan ke Kerosakan Mesin serta Barangan dalam Transit, dan lebih lagi.

“Kami telah menambahbaik Smart Retail Shield, yang telah dilancarkan pada Mei 2020 dengan Allianz Business Shield, kerana kami ingin menawarkan PKS dengan perlindungan dan fleksibiliti yang lebih baik. Oleh itu, mereka bukan sahaja mempunyai pilihan untuk memilih perlindungan yang diinginkan tetapi juga mempunyai kemudahan untuk menyesuaikan jumlah yang diinsuranskan mereka serta pilihan untuk hanya menambah perlindungan yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan mereka,” kata Sean. 


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS