Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Serlahkan potensi diri anda di ISKL sebagai pencetus perubahan
Diterbitkan:  Aug 20, 2021 6:12 PM
Dikemaskini: 10:12 AM

Apa itu pencetus perubahan? Apabila kita berbicara mengenai Changemakers (pencetus perubahan), kita akan terfikir individu seperti ahli sains dan politik yang sering kali melakukan pencetus perubahan. Namun begitu, terdapat pelbagai cara untuk mencetuskan perubahan dalam dunia masa kini. Sesetengah perubahan yang dilakukan mungkin nampak nyata, manakala selainnya mungkin meninggalkan kesan yang tidak dapat dilihat. Tanpa kita sedari tindakan kita mungkin telah merubah kehidupan seseorang.

Di The International School of Kuala Lumpur (ISKL), kami menggalakkan pelajar untuk Be All You Are yang merangkumi Misi dan Moto sekolah untuk membolehkan pelajar menghadapi cabaran, memikul tanggungjawab baharu dan memenuhi potensi diri pada setiap masa.

Baru-baru ini, pelajar kami telah menganjurkan acara Virtual TED-Ed Student Talks yang bertemakan Ikigai, iaitu perkataan bahasa Jepun yang membawa maksud “penyebab kewujudan.” Ceramah tersebut bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar agar kekal tabah dalam waktu pandemik ini dan mementingkan perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan diri sendiri. Seramai 13 penceramah TED-Ed dari Sekolah Tinggi telah membincangkan pelbagai topik yang antaranya menyentuh mengenai jurang kekayaan, dan sikap berfikiran terbuka juga stereotaip jantina. Salah seorang penceramah, Diya N., telah menyentuh mengenai cara berfikiran terbuka yang secara tidak langsung mengaitkan topik ini dengan situasi pandemik yang sedang melanda dunia pada masa kini. Beliau menyatakan bahawa “Kita perlu berfikiran terbuka untuk menerima vaksin yang diberikan, cara bagaimana kita dapat membantu sistem kesihatan yang makin terbeban, menurunkan kadar pengangguran, mencari jalan penyelesaian, serta cara terbaik untuk menyelamatkan nyawa.

Walau sebesar mana pun masalah yang sedang dihadapi, kita harus cuba untuk mencari jalan keluar dari kepompong pemikiran yang sempit, menerima realiti dengan berfikiran terbuka dan menerima keterbatasan yang ada pada kita - apa yang penting adalah, kita harus sentiasa mencari idea, peluang-peluang dan perspektif yang baharu untuk menangani setiap perubahan.” Inilah perubahan yang ingin diterapkan oleh ISKL, dimana sebarang tindakan kecil pasti akan meninggalkan kesan yang besar kepada seseorang. Kita seharusnya sedar bahawa setiap individu mempunyai keupayaan untuk menjadi pencetus perubahan.

Dalam komitmen untuk mencapai visi dan misi ISKL, kami menawarkan Biasiswa ISKL Pathways kepada dua pelajar warganegara Malaysia yang akan menamatkan penilaian sekolah Tingkatan 3 pada tahun 2021. Biasiswa ini adalah berdasarkan merit dan keperluan yang setara dengan pengajian selama tempoh empat tahun dari Gred 9 hingga Gred 12 dalam Program Sekolah Tinggi.

Biasiswa ini akan diberikan kepada pelajar yang layak, berkompetensi dan bersemangat untuk mencapai kejayaan, memupuk dan membimbing serta menbangunkan minat dan pemahaman mereka untuk merubah diri dan memberikan impak positif kepada orang lain serta persekitaran.

Jadi, siapakah pencetus perubahan di ISKL? Mereka merupakan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan semulajadi, mempamerkan kecemerlangan akademik, komited untuk menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dari segi sosial, meninggalkan impak dalam komuniti, mempunyai rekod prestasi yang baik, penglibatan untuk memperbaiki komuniti dan persekitaran, mempunyai semangat kesukarelawan, sentiasa mengikuti perkembangan mengenai isu global, menunjukkan kemahiran yang tinggi untuk bekerjasama, menyelesaikan masalah, mendengar pendapat, mencapai kesepakatan dan menunjukkan komitmen serta menjadi penggalak sejajar dengan visi ISKL’s School-wide Learning Results (SLR).

Dengan latar belakang komuniti yang diwakili lebih daripada 65 buah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, ISKL sentiasa mengadakan pelbagai jenis acara untuk meraikan kepelbagaian budaya di sekolah serta program khusus untuk membantu para pelajar supaya mempunyai satu sudut pandangan yang global. Sebagai contoh, inisiatif Global Action Program (GAP) di mana Program ini telah direka untuk membina kesedaran dan memupuk sifat persefahaman di antara pelajar terhadap isu global di Asia Tenggara dan penglibatan mereka secara langsung dalam mengenali budaya, alam sekitar dan aktiviti sosial di negara tersebut.

Pelajar Diploma IB kami yang mengikuti Program Creativity, Activity, Service (CAS) sering diminta untuk memikirkan semula erti “kebajikan/khidmat masyarakat”. Berdasarkan maksud Service (khidmat) dalam CAS, penglibatan dan kerjasama pelajar ISKL dengan masyarakat adalah penting bagi menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan. Banyak aktiviti yang pernah dianjurkan yang melibatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan di dalam dan luar Kuala Lumpur. Contohnya aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang telah dijalankan serta mewujudkan aktiviti kitar semula komuniti oleh Earth Club di bawah CAS dan Social Change Makers atau Red Hats di sekolah rendah.

Sejajar dengan falsafah pendidikan yang memastikan kepentingan aktiviti kebajikan/khidmat masyarakat, ISKL akan melatih kemahiran yang diperlukan untuk para pelajar menyertai aktiviti praktikal yang memberikan impak terhadap komuniti di sekeliling mereka dan memastikan para pelajarnya tahu bahawa mereka boleh melakukan perubahan yang positif dan mencari jalan yang dapat memberi kesan terbaik terhadap masyarakat.

Oleh yang demikian, kami menjemput individu-individu yang berminat untuk menjadi pencetus perubahan dan mereka yang percaya bahawa peranan yang kecil boleh menghasilkan impak yang besar untuk hadir dan Be All You Are bersama kami di ISKL. Penerima biasiswa akan mendapat akses kepada pembelajaran

berkualiti tinggi yang membolehkan setiap pelajar memilih kurikulum yang paling sesuai dengan keupayaan, minat dan aspirasi mereka. Biasiswa yang berasaskan merit dan keperluan ini hanya terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia yang akan menamatkan Tingkatan 3 dan lulus penilaian tahun akhir sekolah pada waktu permohonan.

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Biasiswa ISKL Pathways, sesi maklumat akan diadakan pada hari Rabu, 8hb September 2021 pada jam 5:00 petang hingga 7:00 malam. Sila daftar di sini dan klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa ISKL Pathways

Kenali Diri Anda di ISKL hari ini, pilihlah jalan yang terbaik untuk memanfaatkan potensi diri anda sepenuhnya.


Kandungan ini disediakan oleh The Society of the International School of Kuala Lumpur.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS