Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
OPPO memilih Lazada Sebagai rakan eDagang eksklusif untuk pelancaran Reno6 Pro terkini di LazMall
Diterbitkan:  Aug 17, 2021 7:00 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

OPPO hari ini mengumumkan permulaan kerjasama eksklusif dengan Lazada Malaysia untuk melancarkan OPPO Reno6 Pro, keluaran terbaru dalam rangkaian telefon pintar siri Reno. Dianggap sebagai ‘Pakar Video Potret’, OPPO Reno6 Pro boleh dimiliki menerusi pra-pesanan dari sekarang sehingga 23 Ogos 2021 secara eksklusif di LazMall, destinasi jenama rasmi yang dijamin tulen oleh Lazada.

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan Lazada bagi pelancaran inovasi terkini kami, OPPO Reno6 Pro, kepada para pembeli dalam talian di Malaysia. Kerjasama strategik in bertujuan untuk menggembirakan peminat setia kami di LazMall dengan pelbagai ganjaran dan pengalaman membeli-belah yang eksklusif, sambil memanfaatkan jumlah pelanggan yang besar dan penyelesaian pemasaran terunggul di Lazada,” kata Isaac Lee, Ketua eDagang, OPPO Malaysia.

Isaac Lee, Ketua eDagang, OPPO Malaysia.

Para pembeli dalam talian boleh yakin akan ketulenan produk dan tawaran terhebat apabila membeli OPPO Reno6 Pro di LazMall, dengan janji 100% tulen yang disokong oleh jaminan pengembalian wang 5x, dan janji pulangan percuma 15 hari*. Pelanggan juga boleh membuat pra-pesanan secara eksklusif di LazMall pada harga RM2,999 dan diberi ganjaran penghantaran percuma RM0 dan juga hadiah percuma bernilai sehingga RM1,099*. Seramai 100 pelanggan pertama yang membuat pra-pesanan bagi telefon pintar tersebut di kedai rasmi OPPO di LazMall juga akan menerima diskaun tambahan RM50 dengan menggunakan kod baucar ‘OPPO50’ semasa membayar.

“LazMall memainkan peranan penting dalam strategi perniagaan Lazada kerana jenama-jenama hari ini gigih mendigitalkan perniagaan melalui berbilang saluran untuk berinteraksi dengan pelanggan dan kekal berdaya saing dalam era digital. Kerjasama dengan OPPO menerusi saluran LazMall kami membolehkan pelanggan OPPO menikmati pengalaman beli-belah bermutu tinggi di dalam talian, sambil yakin bahawa mereka akan menerima produk tulen dan tawaran terbaik bagi produk terkini,” kata Chenxi Zhou, Ketua LazMall, Lazada Malaysia.

OPPO Reno6 Pro terbaru ini dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon™ 870 5G dengan RAM 12GB dan storan 256GB. Skrin lengkung 6.55-inci juga memaparkan Kamera Swafoto 32 MP di hadapan untuk menyokong pengalaman video potret dan kamera matriks 50MP AI Quad di belakang. Dilengkapi dengan bateri 4500 mAh dan pengecasan 65W SuperVOOC 2.0, pengguna boleh memanfaatkan telefon pintar untuk menikmati pengalaman permainan dan videografi terkemuka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://lzd.co/LazMallMYOppo

*Tertakluk kepada terma dan syarat


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS