Dipengaruhi moto “Memperkasakan Komuniti Untuk Perubahan Positif”, Lalamove meluaskan inisiatif 'Deliver Care' kepada pertubuhan amal milik Uncle Kentang, Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia. Kerjasama ini membolehkan penghantaran barangan keperluan asas dari Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia kepada golongan kurang bernasib baik dan petugas barisan hadapan berjalan lebih pantas dan lancar.
Lalamove memperkenalkan inisiatif ‘Deliver Care’ pada Mac 2020. Inisiatif ini bergerak sebagai penyelesaian berdaya maju kepada masalah logistik untuk organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang membataskan pergerakan terhadap kenderaan yang tidak dikategorikan sebagai sektor penting.
Tahun ini, lebih 30 NGO telah mengambil peluang perkhidmatan Lalamove untuk menghantar barangan keperluan asas kepada petugas kesihatan barisan hadapan dan golongan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia dan Uncle Kentang
Dikenali atas usaha mereka yang berkhidmat kepada golongan kurang berkemampuan, Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia lebih terkenal dengan reputasi Kuan Chee Heng, pengasas persatuan, atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’.
Gelaran ‘Uncle Kentang’ berasal daripada kerja amal beliau terdahulu yang menghantar kentang sebagai diet penting dan sihat kepada golongan yang memerlukan. Kuan percaya terdapat pelbagai cara untuk masak dan hidang kentang, tidak seperti beras yang sering dimakan dengan garam atau kicap di rumah-rumah yang mempunyai bahan masakan terhad.
Hasilnya, mereka yang menerima bantuan Kuan memberi nama panggilan ‘Uncle Kentang’ kepadanya. Nama timangan itu dekat di hati mereka yang tersentuh dengan sifat pemurah Kuan.
Sebagai penghargaan atas kerja amal Kuan, Kuan menerima anugerah 'Commonwealth Points of Light Award’ daripada Ratu Elizabeth II. Bagaimanapun, Kuan mendedikasikan anugerah tersebut kepada rakyat Malaysia yang komited untuk membantu golongan memerlukan di negara ini.
Cabaran membantu golongan yang memerlukan semasa ‘lockdown’
Menurut Kuan, pandemik merupakan cabaran hebat bukan hanya kepada rakyat, malah organisasi beliau turut terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara langkah berjaga-jaga yang dipatuhi semasa memberi sumbangan amal adalah mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka dengan betul. Terdapat juga isu logistik yang harus ditangani disebabkan hanya kenderaan dan pemandu tertentu sahaja dibenarkan berada di atas jalan raya untuk aktiviti yang dibenarkan.
Oleh itu, Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia melalui beberapa cabaran hebat semasa memberi tugasan kepada pemandu dan kenderaan untuk penghantaran kebajikan.
“Pandemik dan PKP telah menyukarkan mereka yang berpendapatan rendah untuk mencari sesuap nasi. Kami telah menerima sehingga 300 panggilan sehari dari golongan yang memerlukan bantuan. Kami cuba sebaik mungkin untuk memastikan mereka ini dapat dibantu, tanpa mengira sumber dan tenaga kerja kami yang terhad,” kata Kuan.
‘Deliver Care’ bersama Lalamove
“Lalamove adalah servis penghantaran pertama yang memberikan khidmat logistik percuma kepada Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia. Kami amat bersyukur atas perkhidmatan Lalamove yang membantu kami menghantar barangan penting kepada mereka yang memerlukan. Saya pula memang sudah biasa dengan servis penghantaran Lalamove. Saya selalu menggunakan perkhidmatan mereka untuk menghantar ‘Uncle Kentang White Coffee’ kepada pelanggan saya!”
“Dengan inisiatif Deliver Care oleh Lalamove, memang lebih mudah untuk kami menyusun penghantaran berskala besar yang membawa barangan asas kepada penerima di sekitar Lembah Klang. Disebabkan servis penghantaran ini percuma, kami tidak perlu risau jika sudah melebihi perbelanjaan. Kami amat mengalu-alukan kolaborasi bersama bisnes dan orang awam untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia,” tambah Kuan.
Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, memuji kerja amal yang dilakukan oleh Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia. “Kami berharap kerjasama kami bersama Uncle Kentang dapat menarik lebih banyak NGO untuk mengambil peluang inisiatif penghantaran percuma kami.”
“Kami mempunyai jumlah kenderaan yang lebih dari cukup dan rakan penghantar terlatih untuk meringankan beban logistik yang dihadapi NGO. Oleh itu, kami mengalu-alukan NGO, bukan sahaja di Lembah Klang, malah di Pulau Pinang dan Johor, untuk bekerjasama dengan kami dan menambah baik kehidupan rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik,” kata Jane.
Pada masa ini, Lalamove menerima permohonan dari NGO yang ingin menyertai inisiatif Deliver Care tanpa sebarang bayaran. Lalamove akan terus memperkasa dan menghubungkan komuniti semasa waktu getir ini dengan tajaan servis penghantaran kepada pusat kebajikan. Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif penghantaran percuma dan pendaftaran, sila layari laman Deliver Care Lalamove.
Kandungan ini disediakan oleh Lalamove Malaysia.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.