mk-logo
Pengumuman
Dutch Lady Milk Industries Berhad menyambut baik langkah Kerajaan mempercepatkan usaha vaksinasi di sektor industri perkhidmatan perlu
Diterbitkan:  Jun 7, 2021 6:11 PM
Dikemaskini: 10:11 AM

Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI), sebuah syarikat peneraju produk tenusu di Malaysia memuji tindakan Kerajaan mempercepat dan mengutamakan usaha-usaha vaksinasi di kalangan para kakitangan – tempatan dan warga asing – yang berkhidmat dalam industri perkhidmatan perlu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengarah Urusan DLMI Tarang Gupta berkata bahawa kenyataan Menteri Penyelaras Program Immunisasi Kebangsaan Covid-19 YB Khairy Jamaluddin berkenaan langkah mengutamakan vaksinasi golongan dalam industri perkhidmatan perlu dalam PKP 3.0 amatlah dialu-alukan bagi membantu melandaikan lengkok peningkatan kes positif Covid-19 secepat yang mungkin, terutamanya untuk membina semula ekonomi dan negara kita.

“Sepertimana syarikat-syarikat Malaysia yang lain, kami menyokong penuh usaha-usaha Kerajaan menggalakkan vaksinasi di samping mempercepatkan proses-proses membentuk imuniti kelompok seberapa segera,” kata beliau.

Berdasarkan statistik Kerajaan, terdapat kebimbangan ketara berhubung penularan tinggi kluster di sektor-sektor pembuatan dan pembinaan. Berpandukan data dari Kementerian Kesihatan, sektor pembuatan (tidak hanya terhad kepada perkhidmatan perlu sahaja) telah mencatatkan sejumlah 48% kluster Covid-19 sepanjang tempoh 22 Februari dan 2 April 2021 yang lalu.

Pada waktu yang sama pula usaha-usaha Kerajaan negeri Selangor memperhebatkan ujian saringan dan catatan jumlah kes Covid-19 yang meningkat, memperlihatkan perlunya solusi untuk mempercepatkan inisiatif vaksinasi di Selangor.

Tarang memaklumkan bahawa kakitangan DLMI di Selangor adalah komponen kritikal dalam rangkaian bekalan susu negara; seandainya wujud sebarang wabak Covid-19 berkemungkinan besar mendatangkan impak besar termasuk gangguan kepada pembuatan, pengedaran dan bekalan produk-produk tenusu kepada rakyat di seluruh tanah air kita.

Berpandukan pendirian teguh Kerajaan Persekutuan menumpukan usaha-usaha vaksinasi bersasar di kalangan para kakitangan di sektor perkhidmatan perlu, DLMI berharap dapat memainkan peranan efektif untuk terus membekalkan produk-produk tenusu yang berkualiti tinggi dan berkhasiat kepada negara.

“Kami akan sentiasa berganding bahu dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat kita dan bekerjasama dalam memastikan tiada gangguan ke atas bekalan produk-produk tenusu yang berkhasiat kepada negara,” ujar Tarang lagi.

DLMI adalah di antara syarikat tenusu yang paling banyak membeli susu segar tempatan. DLMI turut aktif dalam memainkan peranan penting membangunkan industri perladangan tenusu tempatan yang lestari dalam usaha membantu negara kita mencapai tahap kecukupan diri (self-sufficiency) yang disasarkan dalam produksi susu tempatan pada masa akan datang.

Pada tahun lalu, DLMI telah komited sejumlah RM400 juta dalam bentuk pelaburan baharu untuk membangunkan kemudahan pengilangan terkini di Bandar Enstek, Negeri Sembilan yang bakal menghasilkan pelbagai aneka produk tenusu berkhasiat sejajar dengan misinya untuk terus memupuk rakyat Malaysia yang sihat untuk generasi masa hadapan.

#StrongMeStrongerUs #NourishingOurNation #StrongwithDutchLady #LindungDiriLindungSemua


Kandungan ini disediakan oleh Neruda Communications.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS