Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Allianz Malaysia umumkan keputusan kewangan bagi Q1 2021
Diterbitkan:  May 20, 2021 1:49 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (AMB) umumkan keputusannya bagi suku pertama tahun 2021. Kumpulan telah merekodkan Premium Bertulis Kasar (GWP) sebanyak RM1.48 bilion untuk suku pertama tahun ini (Q1 2021), kenaikan 8.8 peratus daripada RM1.36 bilion pada suku pertama tahun lepas. Jumlah Aset Kumpulan meningkat 12.3 peratus kepada RM21.71 bilion setakat 31 Mac 2021 berbanding RM19.33 bilion tahun lepas, sementara Keuntungan Sebelum Cukai menurun 26.7 peratus kepada RM67.4 juta dalam suku pertama 2021 berbanding RM91.9 juta dalam suku pertama 2020, terutamanya disebabkan oleh perubahan nilai saksama dalam segmen insurans hayat.

Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Zakri Khir kata: “Kami tahu bahawa kesan selepas wabak COVID-19 akan mengambil masa untuk hilang, dan untuk satu tahun kemudian, kebanyakan negara, termasuk Malaysia, masih terbelenggu oleh kesan COVID-19 yang tidak henti kerana ia akan terus mengalami gangguan dalam proses pemulihannya. Walaupun cabaran perniagaan dan persekitaran ekonomi agak dingin berikutan pelaksanaan semula sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) antara Januari hingga Februari tahun ini, Allianz Malaysia tetap berjaya memberikan hasil yang berdaya tahan. Dalam mengamati strategi COVID-19 kerajaan yang kelihatan seperti tidak berpenghujung, dan dengan itu, masa depan tampak suram bagi Malaysia. Oleh yang demikian, Allianz Malaysia akan terus berusaha mencapai kemajuan, menggunakan strategi jangka pendek dan dorongan yang berterusan dalam meningkatkan kemajuan perniagaan, disaat kita bersedia untuk tahun yang lebih mencabar lagi.”

Allianz General kekal berdaya tahan kerana premium motor lebih tinggi
Anak syarikat insurans am AMB; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) melaporkan RM656.4 juta dalam GWP dalam suku pertama 2021, peningkatan sebanyak 7.0 peratus daripada RM613.6 juta pada 2020. Keuntungan Penguderaitan meningkat 84.0 peratus ke RM48.4 juta dalam suku pertama 2021 berbanding RM26.3 juta dalam suku pertama 2020. Keuntungan Sebelum Cukai meningkat 24.3 peratus ke RM92.6 juta dalam suku pertama 2021 berbanding RM74.5 juta suku pertama tahun sebelumnya. Jumlah Aset meningkat 5.2 peratus ke RM7.01 bilion setakat 31 Mac 2021 daripada RM6.66 bilion tahun sebelumnya. Nisbah Gabungan bagi suku pertama 2021 meningkat ke 90.5 peratus, berbanding 94.8 peratus dalam suku pertama 2020. Berdasarkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Allianz General berada di kedudukan pertama di kalangan industri insurans am, meraih peningkatan 13.3 peratus bahagian pasaran pada suku keempat tahun 2020.

"Prestasi keseluruhan Allianz General didorong terutamanya oleh perbelanjaan dan penjimatan yang lebih rendah daripada tuntutan motor ekoran penurunan jumlah pengguna jalan raya semasa sekatan pergerakan yang dikenakan dalam dua bulan pertama 2021. Khususnya, industri insurans am berkembang sebanyak RM184.9 juta atau 3.9 peratus pada suku pertama 2021, disokong oleh pertumbuhan dalam segmen motor, kebakaran, dan liabiliti, dan menyumbang terutamanya pada bulan Mac sebagai hasil daripada perubahan yang ketara penurunan GWP pada bulan yang sama tahun lalu disebabkan oleh MCO yang pertama,” kata Zakri Khir, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General.

Allianz Life berterusan untuk mencapai pertumbuhan positif
Anak syarikat insurans hayat Kumpulan; Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) melaporkan GWP sebanyak RM825.6 juta pada suku pertama 2021, peningkatan 10.3 peratus daripada RM748.5 juta yang dicapai dalam suku pertama 2020. Premium Perniagaan Baharu (ANP) meningkat sebanyak 39.7 peratus berjumlah RM171.3 juta dalam suku pertama 2021 daripada RM122.6 juta dalam suku pertama 2020 yang disumbangkan terutamanya oleh premium yang lebih tinggi dari saluran agensi dan manfaat kakitangan. Allianz Life mencatat pertumbuhan negatif Keuntungan Sebelum Cukai pada suku pertama 2021. Sementara itu, Jumlah Aset meningkat 16.1 peratus ke RM14.25 bilion setakat 31 Mac 2021 berbanding RM12.28 bilion pada 2021. Berdasarkan statistik Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) untuk Januari hingga Mac 2021, Allianz Life berada di kedudukan yang keenam dalam industri insurans hayat, dengan kenaikan 8.8 peratus bahagian pasaran berbanding 7.7 peratus pada 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross kata: “Permulaan tahun 2021 adalah sama sukarnya untuk digerakkan seperti tahun sebelumnya. Penurunan Keuntungan Sebelum Cukai kami disebabkan oleh kerugian nilai saksama pelaburan yang berpunca daripada kadar faedah yang lebih tinggi. Walaupun cabaran seperti ini akan berterusan dalam beberapa bulan mendatang, Allianz Life akan terus fokus untuk memacu perniagaan baru dan mencatatkan pertumbuhan positif dari segi perniagaan baru. Pada masa yang sama, kami akan memusatkan perhatian pada kesederhanaan – jika sesuatu adalah tidak cukup baik untuk pelanggan, maka ia tidak cukup baik – dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik dalam tuntutan. Program Allianz We Care Community (We Care) kami, yang dilancarkan pada bulan Jun 2020, terus memberikan manfaat COVID-19 dan kesihatan percuma kepada rakyat Malaysia (pelanggan dan bukan pelanggan Allianz Malaysia), termasuklah untuk kemasukan ke hospital dan manfaat kematian kerana COVID-19, juga manfaat kesihatan dan gaya hidup yang lain. Pada akhir bulan Mac 2021, program ini telah mengumpulkan kira-kira 700,000 ahli.”

Menyertai usaha memerangi rasuah dengan Rasuah Busters
Di sebalik semua yang sedang berlaku, Allianz Malaysia percaya inilah masa yang sesuai untuk menjadi suara perubahan dan menjadi syarikat insurans pertama yang bergabung dengan Rasuah Busters, sebuah gerakan yang memberi kuasa kepada masyarakat tempatan untuk menolak amalan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mendedahkan bahawa dari 3,981 kertas siasatan mengenai rasuah yang dibuka antara 2017 dan 31 Mac 2021, 627 kes melibatkan sektor swasta, dengan 927 tangkapan dibuat dan 256 pertuduhan dengan kadar sabitan 125 kes. 

Zakri mengatakan bahawa dengan memilih untuk menggunakan #RasuahBusters. Kami anti rasuah sebagai slogan, Syarikat mengambil sikap tegas dalam menuntut pertanggungjawaban yang lebih besar dalam organisasinya dan di sektor korporat secara amnya.

"Rasuah ada dalam setiap golongan masyarakat dan industri, termasuk insurans. Walaupun kita selalu tidak mudah terpengaruh dalam mencapai pengurusan yang baik, semangat itu telah dipandu oleh prinsip-prinsip ketelusan, integriti, dan pertanggungjawaban. Sebagai sebuah syarikat, kita mampu melakukan yang lebih baik. Dengan menyertai gerakan Rasuah Busters, kami secara efektif mengatakan bahawa ia sudah cukup kerana kita membuat pendirian kolektif yang kuat dalam menolak segala bentuk rasuah dalam semua yang kita lakukan," kata Zakri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rasuah Busters, kunjungi www.rasuahbusters.com atau laman sosialnya di Facebook, Instagram, dan Twitter dan gunakan tanda pagar #RasuahBusters untuk mengesan aktiviti-aktiviti antirasuah kumpulan ini.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS