Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
FGURA™, koleksi terhad keluaran Monsta yang perlu dimiliki bersempena dengan ulangtahun ke-10 BoBoiBoy!
Diterbitkan:  May 19, 2021 8:00 AM
Dikemaskini: 12:00 AM

Kemeriahan sambutan Aidilfitri oleh para peminat dan penonton siri BoBoiBoy berterusan apabila pelancaran produk mainan terbaharu dari Monsta; FGURA™ BoBoiBoy telah diumumkan pada minggu raya yang lepas, seiring dengan tema sambutan ‘BoBoiBoy Beyond 10’.

Monsta yang kini sedang giat meraikan ulangtahun ke-10 siri BoBoiBoy di tahun 2021 ini, hadir dengan 4 reka bentuk figura aksi adiwira BoBoiBoy yang terbaharu di bawah jenamanya sendiri; FGURA™.

Projek ini dilaksanakan apabila kejayaan filem pecah panggung ‘BoBoiBoy Movie 2’ pada tahun 2019 menunjukkan permintaan yang mendadak terhadap pelbagai barangan dan mainan siri BoBoiBoy di dalam serta di luar pasaran Malaysia.

“Produk keluaran Monsta seperti koleksi permainan kad dan buku komik bulanan merupakan salah satu daripada barangan keluaran Monsta yang berjaya membawa pulangan besar kepada siri BoBoiBoy. Melihat kepada permintaan produk mainan BoBoiBoy yang semakin meningkat ini pula, Monsta telah mendedikasikan masa lebih dari setahun untuk proses penyelidikan serta rekaan mainan bagi menghasilkan figura aksi yang berkualiti pada harga yang berpatutan,” kata Ketua Jenama & Pemasaran Antarabangsa, Monsta, Faiz Zainal Aabidin.

“Berbekalkan duit raya yang diterima tahun ini, para peminat boleh mendapatkan 2 daripada 4 figura terbaharu ini sekarang. FGURA™ BoBoiBoy dan BoBoiBoy Blaze kini sudah pun berada di pasaran dengan harga RM49 seunit,” ujarnya lagi. Manakala FGURA™ BoBoiBoy Ais dan BoBoiBoy FrostFire pula bakal menyusul pada bulan Julai 2021.

Kesemua figura tersebut dijual di cawangan-cawangan 7-Eleven Malaysia yang terpilih pada harga promosi raya, RM45. Bagi mereka yang lebih selesa membuat pembelian secara atas talian, Monsta Store Shopee menawarkan BoBoiBoy Galaxy Card FGURA™ edisi terhad eksklusif secara percuma dengan setiap pembelian ‘Set Combo’ yang berharga RM98.

Bersempena dengan sambutan ‘BoBoiBoy Beyond 10’, para peminat tidak boleh melepaskan peluang untuk menjadi salah seorang daripada mereka yang memiliki set terhad koleksi FGURA™ BoBoiBoy yang terbaharu ini. Mari luangkan masa anda bersama keluarga tersayang dengan mainan adiwira tempatan yang mesra kanak-kanak dan semestinya akan membawa keriangan kepada semua.


Kandungan ini disediakan oleh Animonsta Studios Sdn. Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS