Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
UEM Edgenta terokai pasaran Arab Saudi, tandatangan Memorandum Eksplorasi Perniagaan
Diterbitkan:  Apr 30, 2021 12:19 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

UEM Edgenta Berhad (“UEM Edgenta” atau “Syarikat”), syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur terkemuka di Asia Tenggara telah menandatangani Memorandum Eksplorasi Perniagaan (“MoBE”) dengan Asma Advanced Solutions LLC (“Asma Advanced”), untuk mengenal pasti strategi untuk memperluaskan pasaran perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan dan pasaran pengurusan fasiliti bersepadu di Arab Saudi.

Asma Advanced merupakan sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh Progressive Impact Corporation Berhad (“PICORP”) dan Syarikat Saham Bersama Tertutup Arab Saudi, Trade House Group Company (“THG”).

MoBE ini dijangka akan membuka jalan untuk kerjasama masa hadapan bagi meneroka dan mengenal pasti peluang yang berpotensi dalam usaha untuk memperluaskan perniagaan yang berdaya maju secara komersial di Arab Saudi. Turut hadir semasa majlis menandatangani memorandum hari ini ialah Syahrunizam Samsudin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta dan Sheikh Abdulwahab bin Nasser Al-Akeel, Pengerusi Asma Advanced. Majlis disaksikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia (“MITI”).

Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan bersama dalam tempoh lapan bulan akan datang dan memanfaatkan kekuatan semua pihak untuk meneroka peluang perniagaan.

“Ini menandakan lebih banyak peluang untuk kami mempelbagaikan lagi aliran pendapatan Syarikat ketika meneroka pasaran baharu di Arab Saudi. Kami sangat gembira dengan prospek ini di kala kita sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi pasca pandemik dan menerusi pengalaman kami dalam Sokongan Penjagaan Kesihatan yang mendalam serta pelbagai. Kami yakin kerjasama kami dengan Asma Advanced ini akan mendorong pertumbuhan selanjutnya dalam strategi pengembangan serantau, untuk kami merealisasikan visi kami ‘Edgenta of the Future 2025’,” kata Syahrunizam selepas majlis tersebut.

“Aspirasi kami adalah untuk menjadi penyedia pilihan, terutamanya dalam bidang penyelesaian kesihatan dan alam sekitar. Dengan kerjasama ini, kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan UEM Edgenta, Syarikat penyedia perkhidmatan Sokongan Penjagaan Kesihatan yang berpengalaman di mana kami kini sedang memperkenalkan penyelesaian inovatif ke pasaran Arab Saudi,” kata Sheikh Abdul Wahab.

“MoBE akan menggariskan kerjasama yang rapat antara kedua-dua pihak termasuk penglibatan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan dan memahami peraturan serta keperluan pasaran tertentu. Ia juga akan mengenal pasti peluang yang berpotensi untuk UEM Edgenta membuktikan kemampuannya dan menawarkan penyelesaian bagi mewujudkan struktur komersial, sekiranya wujud peluang sebelum akhir Disember 2021."


Kandungan ini disediakan oleh Neruda Communications.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS