Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Siri Bangunan Digital (2/13) : Pengurusan penyewa TimeTec memperbaiki penglibatan semua
Diterbitkan:  Apr 14, 2021 2:19 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Kurangnya penglibatan teknologi menjadikan Pengurusan Penyewa sebagai proses bukan CRM (Customer Relationship Management) iaitu tidak melibatkan pengurusan perhubungan pelanggan untuk bangunan komersial. Ini bermakna menjaga hubungan baik dengan penyewa adalah jauh lebih kritikal berbanding aktiviti berkaitan bayaran seperti memungut sewa, bayaran penyelenggaraan, dana simpanan, bayaran tempat letak kereta bermusim, dll.

Ketika ini, kebanyakan pemilik bangunan komersial atau syarikat pengurusan harta tanah tidak menawarkan Aplikasi mudah alih kepada penyewa untuk komunikasi dua hala ataupun memperluas perkhidmatan kepada pekerja para penyewa untuk aktiviti yang lebih berguna. Oleh itu, bagaimana cara menambah nilai untuk pengurusan bangunan moden?

"Salah satu kesulitan pengurusan penyewa adalah kesukaran untuk menyalurkan pengumuman kepada setiap penyewa dan pekerja. Contohnya, di dalam kecemasan, ketika mereka perlu mengeluarkan semua orang dari bangunan dengan segera, termasuk pelawat, bagaimana cara mereka melakukannya? Ini adalah tentang hidup dan mati. Oleh itu, sistem pengurusan penyewa moden harus menjadikannya ciri default atau sedia ada untuk kebaikan semua, " kata Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec .

Aplikasi TimeTec QF Master, membaca kod QR & Pengecaman Wajah untuk Kawalan Akses.

Beliau menekankan bahawa sistem pengurusan penyewa profesional masa kini harus memperluas perspektifnya. Mereka semestinya mempunyai fungsi yang komprehensif yang membolehkan pengurusan meningkatkan hubungan dengan penyewa dan pekerja mereka, bahkan dengan pengunjung yang mengunjungi bangunan mereka.

Menurut Teh Hon Seng lagi, "Sistem ini harus memungkinkan penyewa untuk menempah fasiliti, membuat pembayaran, melaporkan sebarang kejadian, mendaftarkan acara, untuk memohon memperbaiki kerosakan, untuk memperbaharui pas letak kereta bermusim, untuk menjemput pengunjung, untuk tinjauan pendapat, dll; semuanya di dalam satu Aplikasi. "

Menurut beliau lagi, “Anda harus memasukkan kawalan akses IoT di kawasan umum ke dalam sistem pengurusan penyewa, misalnya, pintu pusing di lobi, lif, tempat letak kereta, di pelbagai pintu, untuk mencapai persekitaran aliran pengguna yang lebih selamat dan selesa. Penyewa boleh menggunakan alat pengecaman wajah atau kod QR untuk akses fizikal yang boleh disimpan di telefon bimbit penyewa. "

Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan TimeTec

Sejak tahun lalu, TimeTec telah bekerjasama dengan KONE, pengeluar lif ketiga terbesar di dunia, untuk menyepadukan Siri DX, yang mempunyai kemampuan IoT lif, ke Ekosistem Bangunan Digital TimeTec, untuk menandakan kedatangan era baru dalam kawalan akses untuk pengurusan bangunan.

"Apabila pengurus bangunan jelas tentang bagaimana mengumpul dan menghubungkan data dari satu aliran aktiviti ke satu yang lain, mereka akan dapat mengubah dan menyempurnakan operasi mereka bahkan membuat aliran pendapatan baru dengan mengintegrasikannya dengan modul perdagangan kami yang tersedia, iaitu i-Ad, i-Merchants dan TimeTec Mart," jelas Teh Hon Seng.

Hubungi Aiden Teh, Pengurus Pembangunan Perniagaan di [email protected] atau 010-2211150 untuk temu janji.

Untuk artikel sebelumnya mengenai ekosistem bangunan komersial pintar TimeTec, klik pautan ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/569781

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/569779

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS