Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
UEM Sunrise menyumbang kepada latar langit Dutamas dengan majlis ‘topping out’ Residensi Solaris Parq
Diterbitkan:  Apr 6, 2021 11:49 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia telah mengadakan majlis ‘topping out’ kediaman servis Residensi Solaris Parq dengan jayanya pagi tadi.

Projek yang dilancarkan pada Oktober 2017, ‘topping out’ merupakan fasa pengkonkritan tapak bumbung dan melambangkan satu lagi pencapaian bagi komponen kediaman dalam fasa pertama rancangan induk pembangunan bercampur seluas 18.76 ekar yang dikenali sebagai Solaris Parq.

Residensi Solaris Parq adalah sebuah kediaman servis mewah pegangan bebas yang merangkumi dua menara yang terdiri daripada 41 tingkat, masing-masing dengan 288 unit. Residensi Solaris Parq menawarkan lima jenis reka bentuk yang berbeza untuk dipilih dengan keluasan saiz rumah antara 721 kaki persegi dan 2,469 kaki persegi untuk memenuhi para pembeli rumah, yang terdiri daripada penghuni individu sehingga ke keluarga yang bersaiz kecil dan besar. Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM755 juta, Residensi Solaris Parq dijangka akan meningkatkan daya tarikan Mont’Kiara dan Dutamas sebagai alamat mewah yang diidamkan dengan ciri reka bentuk menara berkembar gabungan elemen kemewahan, alam semula jadi dan keselesaan.

Dengan harga permulaan iaitu RM948,800, Residensi Solaris Parq kini hanya tinggal beberapa unit dan disasarkan untuk siap pada suku kedua tahun 2022.

Residensi Solaris Parq akan menampilkan lebih daripada 30 kemudahan yang canggih untuk dinikmati oleh para penduduk Residensi Solaris Parq di bawah tiga kawasan kemudahan bertema yang akan meningkatkan konsep kemewahan yang diinspirasi oleh alam semula jadi:

  • The Meadow – Terletak di pintu masuk dengan lanskap yang indah dan lobi besar dengan siling berketinggian 6m.

  • The Canopy – Terletak di podium yang lengkap dengan pelbagai fasiliti mewah, termasuk sebuah kolam renang bersaiz Olimpik sepanjang 50m dan spa hujan.

  • The Cloud – Terletak di tingkat teratas, lengkap dengan ruang rehat peremajaan, dek untuk meditasi, pokok renek wangi dan jakuzi bumbung dengan menikmati pemandangan panorama indah Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Pembangunan tersebut juga dilengkapi dengan sistem keselamatan empat peringkat berserta set kunci digital di pintu masuk utama semua unit untuk keselamatan dan keselesaan para penduduk.

Ketua Pegawai Operasi (Wilayah Tengah) UEM Sunrise Liong Kok Kit berkata: “Majlis ‘topping out’ di Residensi Solaris Parq melambangkan komitmen kami menambah nilai kepada kawasan Dutamas. Sebagai salah satu pemaju hartanah terkemuka, kami berharap untuk mewujudkan lebih banyak tempat kediaman untuk semua dan pada masa yang sama, mengembangkan kemasyarakatan dengan perniagaan-perniagaan sekitarnya. Kami amat berpuas hati dengan usaha berterusan serta tahap pembinaan Residensi Solaris Parq dan kami menantikan persiapannya pada tahun depan.”

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah mengetuai majlis tersebut diiringi oleh Liong dan ketua kumpulan projek Solaris Parq, Rudy Lim Lai Huat. Kontraktor utama iaitu HAB Construction Sdn Bhd diwakili oleh pengarah-pengarah eksekutif, Haw Beng Wah, Ong Tien Ling dan Wilson Haw Wei Sheng, manakala rakan kongsi di GDP Architects, Muhammad Feeda bin Ahmat turut hadir. Majlis tersebut hanya merangkumi upacara ‘topping out’ dan diikuti dengan sesi gambar berkumpulan di mana Prosedur Operasi Standard dipatuhi dengan ketat.

Residensi Solaris Parq menandakan fasa pertama pembangunan rancangan induk pegangan bebas yang bersepadu di Solaris Parq serta pembangunan berterusan UEM Sunrise di kawasan Dutamas. Pembangunan tersebut akan diteruskan dengan fasa kedua yang terdiri daripada ruang komersial dan runcit serta satu lagi komponen kediaman dan sebuah taman terbuka seluas dua ekar.

Fasa kedua, atau Plot B Solaris Parq, menawarkan empat menara pejabat yang terdiri daripada dua menara suite pejabat berstrata dan dua lagi untuk penjualan blok gabungan akan dibuka untuk tempahan. Dengan pereka-pereka tersohor dipilih untuk membangunkan menara pejabat yang canggih, para pekerja serta penduduk akan menikmati pelbagai tawaran menarik yang mengadunkan aspek kerja, riadah dan kehidupan.

Turut dalam perancangan pembangunan tersebut adalah panggung wayang pertama di kawasan Dutamas/Mont’Kiara, mentakrif semula pengalaman peruncitan dan kehidupan kontemporari yang terbaik, dengan bantuan teknologi yang moden termasuk kemudahan berasaskan aplikasi seperti direktori, pembayaran, penghantaran dan navigasi jalan.

Selain itu, para penduduk dan pembeli akan menikmati akses yang mudah ke Publika Shopping Gallery, pusat membeli belah berciri kreatif yang dibangunkan oleh UEM Sunrise, melalui jejantas tertutup, serta jarak yang dekat ke pusat-pusat komersial dan runcit serta pelbagai institusi pendidikan dan hospital. Para penduduk dan pembeli juga akan menikmati akses mudah ke kawasan sekitar melalui lebuhraya-lebuhraya penting seperti Lebuhraya SPRINT, Penchala Link dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Pembangunan Solaris Parq mempunyai GDV lebih daripada RM3 bilion dan dijangka akan menggandakan dan melengkapkan kejayaan Solaris Dutamas.

Untuk maklumat lanjut, sila layani www.uemsunrise.com.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS