Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Allianz Life melancarkan Allianz PrimeCover, pelan pertama yang menggabungkan perlindungan untuk kematian, TPD & pendapatan untuk penyakit kritikal
Diterbitkan:  Mar 26, 2021 1:21 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) melancarkan pelan insurans berkaitan pelaburan premium (ILP) yang baru iaitu Allianz PrimeCover.

Ia adalah pelan perlindungan pertama di pasaran yang menggabungkan perlindungan untuk kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) serta pendapatan untuk penyakit kritikal di bawah satu pelan. Allianz PrimeCover mempunyai tiga pilihan untuk jangka masa pembayaran premium iaitu bayaran-enam (tempoh pembayaran premium selama enam tahun), bayaran-10 dan bayaran-penuh dengan jangka masa perlindungan sehingga usia 60, 70, 80 atau 100.

Jumlah minimum yang dijamin untuk pelan ini ialah RM500,000 untuk individu berumur 50 tahun ke bawah, dan RM350,000 untuk individu yang berumur 51 tahun ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross berkata produk ini mensasarkan pelanggan yang memerlukan perlindungan insurans yang tinggi ketika berada dalam tahun pendapatan produktif mereka dan merancang warisan kewangan mereka untuk generasi seterusnya.

“Allianz PrimeCover bertujuan untuk memberikan perlindungan bagi individu yang diinsuranskan dan keluarganya sekiranya berlaku sebarang kecelakaan. Sekiranya yang diinsuranskan meninggal dunia atau didiagnosis dengan TPD, keluarganya akan tetap mempunyai kewangan yang stabil untuk meneruskan kehidupan. Walaupun dengan hanya memiliki harga premium yang berpatutan, pelan tersebut menjamin perlindungan nyawa hingga tiga kali ganda jumlah yang diinsuranskan atau nilai akaun, bergantung kepada jumlah yang lebih tinggi.

“Pembeli, pada waktu pembelian, juga dapat mempunyai fleksibiliti untuk memilih jangka waktu pembayaran premium dan jangka waktu yang sesuai dengan keperluan dan situasi kewangan mereka," katanya.

Allianz PrimeCover menyediakan pendapatan untuk penyakit kritikal selama tiga tahun sekiranya individu yang diinsuranskan disahkani menderita penyakit kritikal, bagi membolehkan mereka fokus kepada proses pemulihan mereka.

Ia juga mempunyai manfaat Prime Booster, di mana ia membayar jumlah yang setara dengan 1.5% dari jumlah asas yang diinsuranskan ke atas polisi setiap lima tahun bermula dari tahun polisi ke-20 atau usia 60 tahun, bergantung kepada masa yang lebih lama. Ini dapat meningkatkan nilai akaun untuk mencapai lebih banyak simpanan untuk tujuan warisan.

Bersempena dengan pelancaran produk baru ini, Allianz Life telah melaksanakan dua kempen, iaitu kempen Bonus Tunai dan Jumlah Diinsuranskan Percuma. Kempen ini hanya layak untuk pelan bayaran-penuh.

Bagi kempen Bonus Tunai, premium asas satu bulan akan dikembalikan kepada pelanggan yang layak dengan mengkreditkan jumlah tersebut ke dalam polisi. Sementara itu, kempen Jumlah Diinsuranskan Percuma menawarkan jumlah asas 10% percuma yang dijamin semasa perlindungan kematian / TPD sehingga kematangan polisi. Kedua-dua kempen ini tertakluk pada terma dan syarat masing-masing.

Untuk pelanggan yang berminat dengan pelan terbaru dari Allianz Life ini, serta kempen-kempen tersebut, sila hubungi ejen Allianz Life masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS