Paling Popular
Terkini
mk-logo
Pengumuman
Sistem Tenaga Kerja TimeTec (Siri 5 - 6) - Menguruskan tuntutan dengan mudah melalui aplikasi pintar
Diterbitkan:  Mar 24, 2021 3:39 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Digitalisasi memberi definisi baru kepada istilah pemusatan. Ketika perkomputeran pada tahun 90an mengalihkan tugasan manual ke komputer peribadi serta menghapuskan kewujudan beberapa pekerjaan; digitalisasi, sebaliknya, telah melepaskan data dan membenarkan data untuk bergerak bebas dari satu jabatan ke jabatan yang lain, dan bergerak ke pelbagai destinasi, mewujudkan lebih banyak kemungkinan dalam menyuntik kesegaran dalam proses perniagaan. Keupayaan data dari pelbagai lokasi untuk dipusatkan dan diakses dalam masa nyata menjadikan digitalisasi mustahak dalam operasi perniagaan hari ini. Untuk penyelesaian TimeTec terkini, TimeTec Claim, satu ciri yang menjadikannya unggul berbanding pesaingnya ialah ciri kehadiran GPS dalam TimeTec TA yang merekod data kehadiran dari satu lokasi ke satu lokasi secara automatik dan memusatkan maklumat tersebut untuk amalan tuntutan perjalanan yang telus ​​melalui TimeTec TA, Sistem Kehadiran Pintar.

Norana Johar, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan TimeTec, menyambung Siri Sistem Tenaga Kerja TimeTec di Malaysiakini. "Apabila pelanggan semakin selesa dengan sistem cloud, keyakinan mereka terhadap aspek keselamatan semakin bertambah. Dahulu, kita perlu pergi bank untuk sebarang transaksi perbankan. Sekarang, kita boleh melakukannya dengan selesa dari rumah masing-masing, melalui komputer dan Aplikasi telefon pintar. Adakah selamat? Ya. Adakah berkesan? Tentu sekali. Sekarang, pelanggan lebih fokus kepada keberkesanan sistem cloud berbanding perkara lain," jelas beliau.

"Dalam usaha memindahkan penyelesaian tenaga kerja ke sistem cloud, kita tidak boleh memikirkan setiap penyelesaian secara silo. Semuanya perlu disepadukan, bergerak sebagai ekosistem. Anda boleh bermula dengan satu penyelesaian dan kemudian melengkapkan transformasi secara progresif. Tetapi untuk menukar hanya satu sistem dan menganggap proses transformasi telah berjaya bukanlah proses digitalisasi yang ideal." TimeTec (https://www.timetec.com.my/) telah memasarkan rangkaian penyelesaian tenaga kerjanya ke pasaran yang terdiri dari TimeTec TA untuk Waktu Kehadiran, TimeTec Cuti untuk Pengurusan Cuti, TimeTec VMS untuk Pengurusan Pelawat, TimeTec Hire untuk Pengambilan Pekerja, TimeTec Patrol untuk Pemantauan Pengawal Keselamatan, dan yang terbaru adalah TimeTec Claim untuk Pengurusan Tuntutan Pekerja.

“Pengurusan tuntutan merupakan satu lagi aspek operasi yang telah diperbaiki dengan digitalisasi. Automasi tuntutan memudahkan tugasan rutin pentadbiran HR, dan dalam pada masa yang sama, memuaskan hati semua pihak berkepentingan, termasuk pekerja, pentadbir dan pihak pengurusan,” kata Norana. TimeTec Claim mengautomasikan lapan jenis tuntutan yang sering digunapakai perniagaan, termasuk tuntutan perjalanan, makanan, utiliti, elaun harian, penginapan, sewaan kereta, penerbangan dan pembayaran pendahuluan.

Norana Johar, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan TimeTec

"Di masa hadapan, kami menjangkakan pelanggan kami akan memerlukan lebih banyak jenis tuntutan, dan kami bersedia untuk menyesuaikannya. Kesesuaian merupakan kelebihan digitalisasi dan sistem cloud, ia memberi pelbagai kemungkinan,” tambahnya. Bukan hanya itu, TimeTec Claim juga menangani pelbagai jenis tuntutan, kadar yang berbeza, menyediakan perincian semua tuntutan untuk pengiraan, dan sesebuah syarikat dapat menetapkan beberapa kelulusan dalam TimeTec Claim agar sesuai dengan kehendak masing-masing.

TimeTec Claim adalah bahagian yang penting dalam ekosistem pengurusan tenaga kerja, dan TimeTec sedang berusaha untuk melancarkan penyelesaian ini pada tahun ini juga. Norana juga membincangkan satu ciri unik di dalam TimeTec Claim, iaitu kebenaran mengeksport tuntutan sebagai item yang boleh dibil kepada pelanggan. Contohnya, apabila syarikat menghantar jurutera ke tapak projek, penginapan, pengangkutan, tambang dan banyak lagi boleh ditukar menjadi item yang dibil kepada pelanggan dengan mudah dan cepat.

"Peningkatan kecekapan proses ini dilihat sebagai nilai tambah, kerana ia dapat menjimatkan banyak masa dan sumber daya syarikat. Bayangkan bagaimana sistem ini dapat meringankan beban HR dalam memproses tuntutan dan memuaskan pekerja pada masa yang sama. TimeTec Claim juga memberikan analisis trend tuntutan untuk pemantauan; ini meningkatkan ketelusan dan meningkatkan penglibatan pekerja,” tambahnya.

Untuk demo dan rundingan PERCUMA, hubungi Encik Marcus Tng, Pengurus Jualan dan Pemasaran TimeTec Cloud Sdn. Bhd. di [email protected] (016-9608348) atau Encik Syed Mohd Firdaus Syed Mohd Fuzi di [email protected] (012-9478907). Talian am dan emel: 03-80709933 dan [email protected].

Nantikan artikel Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec seterusnya pada setiap hari Rabu! Klik di sini untuk artikel keempat siri ini: https://www.malaysiakini.com/announcement/566965

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/566963

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselamatan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com

Sistem TimeTec telah berada di pasaran sekitar 8 tahun dengan rangkaian pelanggan terkenal seperti QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Adabi, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain untuk menggunakan TimeTec sebagai alat digitalisasi tenaga kerja mereka. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS